Tuesday, March 10, 2009

Lamanya...


Sekarang ni aku masih di Shah Alam. Kalau ikut perancangan asal, aku dah kat JB. Pagi tadi lepas dikayakan sebanyak RM150 oleh kerajaan Malaysia (rebat petrol motosikal), aku kemas-kemas nak lunch di Menara TM dengan kawan-kawan lama. Dan terus nak shoot balik JB dari sana. Elok je aku nak keluar, boss aku suruh aku attend meeting di Putrajaya hari Rabu petang.

So, extend le sehari lagi aku di SA/KL. Lunch jumpa my greatest bunch of friends. We had lunch at the same place we had lunch a year ago sebelum aku resigned from TM. Cuma this time around, lepas lunch dah tak pergi kedai kristal cari cincin dah. Ekekeke lemak laaa tiap-tiap tahun diorang nak belikan cincin kat aku kan? Lepas lunch, aku dropped by kat ofis KL jumpa boss aku mintak details for the meeting tomorrow.

Alih-alih meeting tu postpone to Thursday morning. Dan boss aku kata aku boleh work in KL on Wednesday. Fuhhh... extend for another day aku kat SA/KL. Lamanyaaaaaaa.... kali ni aku lepak SA/KL.

Tapi tak boleh lah extend sampai Friday kat SA/KL sebab aku ada another meeting in JB on Friday. Petang Khamis tu pun aku ada Town Hall session kat JB (Town Hall = quarterly session when Management meets the staff, briefing on company's performance and future plans). Kalau sempat, lepas meeting pagi Khamis tu, aku nak terus balik JB to catch the Town Hall. Mana lah tau MD aku nak announce bonus ke, kan? Heheheheh...

Meeting aku on Thursday ni kat Kementerian Pengangkutan. Mesyuarat jawatankuasa kerja bagi pengangkutan di antara Malaysia dan Singapura (pasukan Malaysia). Perghhh... macam main bola pulak ada wakil Malaysia ni. Hahahaha...

Lama dah aku tak meeting dengan gomen ni sebenarnya. Dan pertama kali ni aku meeting dengan Transport Ministry ni. Yang aku pernah meeting dengan gomen sebelum ni, dengan Ministry of Tourism dan Ministry of Agri waktu aku tolong boss aku buat hal-hal ASEAN business council tahun 2002-2004 dulu, selain daripada MITI lah sebab company aku waktu tu bawah MITI.

So, kena buat research lah sikit sebelum gi meeting ni, kan? Bukanlah research apa sangat cuma takut nanti yang Dato' aku panggil Tan Sri, yang Tan Sri aku terpanggil Encik, yang Encik aku terpanggil Dato' pulak.

Hampehhhh, menyusahkan hidup je semua benda Dato', Tan Sri, Mak Nenek, Tok Cik semua ni...


No comments:

Related Posts with Thumbnails