Untuk adik-adik yang akan mengambil peperiksaan PMR tahun ni. Ni ada soalan bocor. Salah satu tajuk karangan bagi kertas penulisan Bahasa Melayu ialah "Saya sebuah pokok".
Tips untuk markah lebih: Namakan lokasi pokok itu 'bandaraya Ipoh'. Untuk karangan yang lebih dramatis, mulakan hidup pokok itu dengan kesengsaraan seperti, "dahulunya, saya dijadikan tempat orang atau haiwan melampiaskan air kecil mereka...." ataupun "adakalanya juga, masyarakat seakan bersimpati dengan nasib saya sehingga ada yang bersedekah kepada saya dengan meletakkan limau di pangkal saya."
Dan akhiri karangan dramatis ini dengan kegembiraan. Terangkan aktiviti-aktiviti berprofil tinggi yang dijalankan di bawah pokok itu. Seperti "kini, saya tidak terasa terhina lagi. Persidangan DUN pun diadakan di bawah saya. Saya sungguh bangga!" Insyaallah boleh dapat 1A kertas tu.
--------------------
Perut aku bocor. Angin, lemak banyak dah keluar. Eekekekkekeke
Seluar kerja aku yang bersaiz 32 dah longgar. Kalau pakai belt, berlipat-lipat di pinggang seluar. Belt pun dah boleh kurangkan satu lubang.
Tadi aku shopping seluar kerja. Try saiz 31. Masih longgar. Saiz 30, ngam ngam. Tapi aku angkat saiz 31 jugak lah. 1 inci tu kira contingency laaa... macam buat budget gak, ada contingency heheheheh....
Nak kena ponggah balik seluar-seluar lama aku. Nasib baiklah aku tak kerat-kerat seluar-seluar lama buat kain buruk lagi. Huhuhu....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
Bro..
aku sebatang pokok la...lu punya penjodoh bilangan salah le..
Ha'ah ek... adehhhh.... sebenarnya wa nak cakap, aku sebatang pokok buah-buahan tu... hehehehehe
hihihi.
nasib lah,sampai soalan PMR pon terbabit dengan politik.
tuh belum kira ekonomi dunia lagi.
penin betul budak-budak sekarang nih
:)
Deo,
aku dah bagitau dia..dia kata kau dah tepon dia.
Post a Comment