Cerita pasal final bolasepak SEA Games sikit lagi. Waktu game semi final hari tu, aku sempat tengok game Vietnam-Singapore ikut channel 5, Singapore. Dan kalau ikutkan prestasi permainan waktu semi final, aku rasa memang agak sukar Malaysia nak kalahkan Vietnam dalam perlawanan akhir. Tambahan pulak, kita kalah dengan Vietnam 3-1 dalam saingan peringkat kumpulan.
Tapi disebabkan kita berjaya kalahkan Thailand sedangkan Vietnam hanya seri di perlawanan peringkat kumpulan, adalah sedikit terpalit keyakinan yang Malaysia akan menang perlawanan akhir. Dan the hype sebelum perlawanan akhir, di pejabat, di kedai makan, di televisyen, di radio, di tag board, di blog, semuanya tu membuatkan perasaan berkobar-kobar untuk perlawanan akhir dan hati aku macam berkata yang sebelah kaki Malaysia dah menang emas.
Sampaikan petang tu, aku sepatutnya tumpang colleague aku balik ke KL. Aku cakap kat dia, kau nak balik terus lepas kerja, balik lah. Aku boleh balik KL naik bas. Kalau dia nak aku temankan dia jugak, hanya boleh gerak seawal-awalnya jam 8 malam (tu tak kira masa tambahan dan penalti... heheheh). Siap aku cucuk dia, aku cakap, "Lagi 20 tahun baru kau dapat tengok Malaysia menang pingat emas sekali lagi tau." Heheheh... anyway, dia ikut jugak cakap aku dengan housemate aku, balik lepas game bola.
Perlawanan akhir malam tu agak hambar di separuh masa pertama. Rasa macam tak berbaloi for all the hype je. Dan ada jugak lah sedikit hati aku berbisik, Malaysia ni kena tunggu 2 tahun lagi lah nampak gayanya dan Shebby Singh akan terus berbangga sebagai pemenang terakhir pingat emas bolasepak Sukan SEA untuk Malaysia. Namun, selepas Mohd Zaquan Adha dimasukkan, aku nampak barisan serangan ada sedikit berbahaya dan berbisa, dengan asakan demi asakan termasuk goal-line clearance oleh pasukan Vietnam.
Dan walaupun gol kemenangan malam tu hanyalah menerusi gol sendiri pemain Vietnam, tiada siapa dapat pertikaikan yang gol itu berpunca daripada asakan demi asakan jentera serangan Malaysia. Begitu jugalah berakhirnya penantian 20 tahun pingat emas bolasepak Sukan SEA untuk Malaysia.
Dan malam tu jugalah aku punya lah bangga menyanyikan lagu Negaraku, dan pertama kali juga lah aku berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku kat kedai makan. Boleh? Hehehehe... bukan selalu pun, sekali dalam 20 tahun. Oppsss.
Dengan ini juga aku berharap, Malaysia akan terus mendominasi ataupun paling kurang pun dapat bersaing rebut pingat bolasepak Sukan SEA yang akan datang. Dan janganlah sejarah Sukan SEA Manila 1991 berulang bila kita sebagai juara bertahan, tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas dengan Indonesia dan diaibkan pasukan Filipina.
Dan tahniah juga sebab aku tak payah lagi dengar Shebby Singh brag pasal dia menang pingat emas SEA Games tu. Kalau dia brag jugak, aku cantas kondek dia. Ehh... dia memang tak pakai kondek pun.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
Err masa kau masej kat aku malaysia 1 ,dah berlinang air mata... hehehehe
Rugi tak dapat tengok serangan bertubi2 yang sure mendebarkan..
kondek tu apa?
Post a Comment