Thursday, June 04, 2009

Semalam nanti di KL Sentral


Flashback:
Aku di Sofitel Senai ni. Seperti yang kujangka (macam lagu KRU) sampai je aku di ofis dari meeting di Gelang Patah semalam, bos aku suruh aku attend workshop UPEN tu pulak kat Senai. Berlari berkejaran lah aku lupakan segala duka aku ke Senai pulak.

Cerita:
Esok (Jumaat), company aku cuti. Ganti Sultan Mizan punya harijadi. So, aku plan nak balik Ipoh laa. Lamaa dah tak tidur bawah ketiak mak nih. He he hee.. cadangnya, memang aku malas nak drive ke Ipoh tu sebab kalau aku drive, sure aku akan stop overnight kat Shah Alam nak recharge. Tapi kalau setakat cuti tiga hari, dengan nak recharge kat Shah Alam pergi dan balik, ada laa dapat setengah hari je aku spend time kat Ipoh.

Dari bulan lepas lagi aku dah usha tiket kapalterbang JB-Ipoh. Takde perkhidmatan, baik MAS, Air Asia ataupun FireFlyz. Aku try check KL-Ipoh pulak. Pun takde. Hmmm dah ditamatkan perkhidmatan ni. So, lapangan terbang Ipoh dah jadi apa sekarang ni ha? Dan aku berkira-kira lah nak beli tiket keretapi je. Cuma JB-Ipoh ada satu je direct train dan masanya tak sesuai dan lama sangat perjalanannya. Naik bas? Hmm... no way unless it is emergency dan dah takde pilihan lain lagi.

Akhirnya, aku decided nak naik coaster yang company provide JB-KL. Turun kat Menara TM, then aku naik LRT ke Sentral dan amik train ke Ipoh. So, aku beli tiket keretapi KL-Ipoh je lah. Balik hari Ahad nanti pun sama macam tu. Naik train KTM Ipoh-KL, sampai KL Sentral aku akan naik LRT ke Menara TM dan naik company coaster KL-JB.

Masalahnya pulak, dari JB coaster akan gerak jam 6pm. Dan biasanya akan tiba di Menara TM jam 10pm macam tu. Train malam KL-Ipoh ada jam 9.30pm which memang tak sempat. Dan last train out is at 10.30pm. Yang ni aku tak berani nak gamble laa takut terkejar-kejar aku nanti. So, the best way is to buy the first train out which is at 5.30am dan tiba di Ipoh jam 8.30am Friday.

Masalahnya pulak lagi, kalau coaster aku sampai jam 10pm, aku sampai di KL Sentral jam 11am, apa aku nak buat sementara tunggu jam 5.30am ni? Adehhh... yang pasti, aku malas nak balik ke Shah Alam. Sebab, kalau aku balik Shah Alam, dah sure aku malas nak balik ke Ipoh. Tambah pulak dengan aku tak berkeretanya kali ni, kan?

Hmmm... takpe lah, tengok lah mungkin aku lepak kat Steven's Tea Garden kat Midvalley yang 24 jam tu atau lepak je laa kat ceruk mana-mana kat KL Sentral tu sesambil online, sesambil main facebook ke, twitter ke atau ada ke sesape nak layan aku kat tag box ke ataupun Jijo nak datang KL Sentral dan temankan aku borak-borak sampai pagi ke. Apa gunanya ada kawan kan, Jijo? Ataupun aku gi tidur kat masjid negara ke atau dataran merdeka ke atau kat bangku mana-mana kat Central Market je ke, atau aku gi sewa rumah tumpangan mana-mana, atau ahhhh... tengok lah macam mana nanti.

Okay, workshop dah nak start.
Adios bebeh...


3 comments:

Anonymous said...

ala deo, aku cuti gak esok dan plan nak balik kg petang ni, takde rezeki lagi nak jumpa hang ni.. mcm 1 ogos aje? huhuhu

err kalau ko sampai kl 6 ptg boleh la ikut aku sekali,turun kat jelapang tu ka. ekekekke
-ojij-

nino said...

alaaaaaaaaaaa.
semua nak cerita pasal ipoh.
geram betul laa.
nasib baik xde cerita pasal manjung.

:(

edrina said...

ehehehe kiter pun nak jenjalan ker utara.. jalan2 tido hotel kat penang ekekekeke

Related Posts with Thumbnails