Monday, June 08, 2009

Sejumaat malam lepas dengan Kak Leha


Ini cerita benar. Terjadi kepada aku. Sebelum tu, korang kena kenal watak-watak dan props serta lokasi dalam cerita ni:
1. Cheng - kawan aku di tempat kerja lama aku di Shah Alam. Dia ni star player bola. Ada dalam entry sesebelum ni aku letak gambar dia.
2. Mat Saad - sama juga, kawan aku di tempat kerja lama aku di Shah Alam. Dia ni star player bola juga, ada jugak dalam entry sesebelum ni.
3. Kak Leha - ini nanti kemudian aku cerita siapa dia.
4. YM - yahoo messenger
5. Office Cheng - Cheng bekerja di bilik drawing di bangunan R&D. Dalam bilik tu, dia sorang je sebab dia sorang je yang in-charge for all the drawings.

(Dialog telah diadaptasi untuk disesuaikan dengan entry blog. Kesemua dialog berlaku dalam YM)
Jumaat, 29 Mei 2009 5:45pm
Cheng: Sorry, esok tak boleh nak breakfast lah. Nak gi Gemas, nak mengantar anak buah kahwin.
Deo: Ok lah lain kali kita minum sekali.

Ahad, 31 Mei 2009 11.15pm
Cheng has signed back in
Deo: Bro! Kat mana ni?
...no reply
BUZZ!!!
Deo: Halloooooo....
(around 11.45pm, Cheng has signed out)

Jumaat, 5 Jun 2009 around 3.30pm
Cheng has signed back in
Deo: Broooooo.......
Cheng: Ye ye...
Deo: Mana pigi, cuti balik kampung ke?
Cheng: Tak laa tak cuti, company block YM tak boleh access, ni baru boleh masuk semula.
Deo: Oooo... ehhh hari Ahad lepas YM Cheng menyala jam 11 malam, online dari mana tu?
Cheng: Kau biar betul? Mana ada online? Kat rumah tak online laa..
Deo: Hmmm...
Cheng: Jangan-jangan Kak Leha pakai komputer aku tak?
Cheng: Macam mana nak tukar password Yahoo! aaa?
Deo: Jap, kena check laa tak biasa buat ni.
Cheng: Ok lah gi check dulu, nak gi main karom jap.
Deo: Ok. Nanti aku kasi step-by-step instruction.
Cheng has signed out.
(around 6.35pm, Cheng has signed back in)
Deo: Dapat tak instruction tu? Faham tak?
Cheng: Hmmm... tengah nak fahamkan laa ni.
Cheng: Ok bro, dah tukar dah. Thanks.
Deo: Ok. No problem.

Jumaat, 5 Jun 2009 8.15pm
Deo: Aikk... ada lagi? Jam berapa nak balik ni bro?
Cheng: Jap lagi nak balik lah.
Cheng: Leha habis kerja jam 8.30.
Deo: Ha ha haa... haaa cakaplah Leha Leha, nanti keluar betul-betul kang?
Cheng: Ye, Leha laa ni. Abang Cheng dah balik. Ni Abang A**ul kan?
Deo: Hehehehe.. ye laaaa....
Deo: Leha, kau gi hembus telinga abang Cheng perlahan-lahan. Tak pun kau gigit je tengkuk dia sikit. Ha ha haaa...
Cheng: Abang Cheng dah balik laa. Tinggal Leha sorang je kat dalam bilik ni.
Deo: Kenapa Leha tak ikut abang cheng balik? Tumpang naik motor dia, duduk kat belakang.
Cheng: Leha tinggal dalam bilik ni je laa...
Deo: Abang Cheng kat office selalu [tuuuuuuttttt... part ni tak lepas oleh Lembaga Penapisan Filem]
Deo: Leha kenal Mat Saad tak?
Cheng: Tak.
Deo: Laaa... star player bola company ni pun Leha tak kenal ke?
Cheng: Leha kenal abang cheng je sorang.
Deo: Ooooo... yang hari tu buang-buang baling-baling tray kat auditorium tu Leha punya kerja ke?
Cheng: Yang tu kawan-kawan Leha kot.
Cheng: Ehh ok lah Leha nak balik tempat Leha laa. Esok abang a**ul sembang lagi laa dengan abang cheng.
Deo: Rileks laa dulu Leha.
Cheng has signed out.

Sabtu, 6 Jun 3.30pm
Cheng has signed back in
Deo: Cheng
Cheng: Yup?
Deo: Kerja jugak hari ni?
Cheng: Biasa laaa....
Deo: Semalam balik kerja jam berapa?
Cheng: Awal, lepas tukar password semua tu. Dalam jam 7.15pm.
Deo: Ye ke????
Cheng: Kenapa?
Deo: Takde apa....
Cheng: Semalam, Mama ajak gi pasar malam Bukit Lanchung. Tu yang awalnya.
Deo: Main-main laa Cheng ni.
Cheng: Apanya?
Deo: Habis, yang aku borak dengan Cheng jam 8.15pm tu apa dia?
Cheng: Kau jangan main-main! Hari tu jam 11, ni jam 8 pulak?
Cheng: Patut-patut lah, takkan sampai ke YM???
Deo: Laaa betul laaa... Jap, nak check archive.
(too bad aku tak on kan message archiving, so takde history)
Deo: Hmmm aku tak on kan archiving function laaa.
Cheng: Ok lah nak buat kerja jap.

Sejam kemudian... perbualan telefon.
Deo: Cheng, kat office lagi ke?
Cheng: Ha'ah
Deo: Ni cerita semalam tu.
Cheng: Jangan cerita pasal ni boleh tak? Cerita pasal lain laa.
Deo: Ha ok lah.
Cheng: Jangan dia kacau saya sudah lah.
Deo: Ok ok.

Dah dua hari ni, walaupun aku tunggu tapi Leha tak online nak borak dengan aku.

Oh ye, fakta yang aku tertinggal di awal tadi. Cheng seorang yang agak takut dengan unsur-unsur halus dan aku dan kawan-kawan rapat yang lain yakin yang dia takkan main-main nak sebut-sebut, nak berlakon-lakon bila dia tinggal sorang kat office jam 8 malam macam tu. Dan Leha ialah nama samaran lembaga/makhlus halus yang tinggal di bangunan R&D company lama aku di Shah Alam.


6 comments:

mofaaz said...

perghhh...gila arrr
klau aku mau keras kat keyboard tue..

Anonymous said...

huh..menyeramkan aaa ko ni


Limah

Hazelsyd said...

OMG deo!!

Hazelsyd said...

btw deo,

kalau spam guna ym id kengkawan aku and buzz aku ngan promosi2 tah haper2 tu aku biasa gaks kena belah mlm2 or subuh2..but...citer nih, si leha sembang ngan ko..that is really something! huhuhu

Anonymous said...

Deo

Ko perasan dak lately ni ko banyak ter'kena' atau 'ter'temu' dengan benda-benda halus ni? bunyi kerusi, guli, cakar, and now leha... kan? Masa ko chat tu, ko kat SA kan?. Gi baca2 Yassin kat rumah ko tu.

-DeLinn-

edrina said...

huh mengeriiikaaannnn....

Related Posts with Thumbnails