Monday, November 24, 2008

Lepak JB je ker? Iyo laa...


Soalan lazim di pagi Isnin, "Kau tak balik KL last weekend?"

Jawapan lazim sejak dua minggu lepas, "Tak..."

Soalan lazim terlampau yang mengada-ngada yang kalau tak kena mood time tanya tu boleh buat sakit hati yang dah tanya soalan pertama, kau nak tanya soalan ni lagi buat apa, "Kau lepak JB je?"

Jawapan aku, "Tak..."

Soalan yang tak lazim yang tak pasal-pasal kena tanya sebab dah gatal-gatal tanya soalan lazim terlampau tadi, "Habis tu kau gi mana last weekend?"

Jawapan aku yang tak pasal-pasal kena jawab sebab aku jawab soalan kedua tadi macam gitu, "Aku lepak Permas je..."

Yes, it's real. Aku lepak Permas je last weekend. To be exact, aku lepak kat dalam kawasan apartment aku je sampailah jam 8.30pm Ahad semalam. Lepas Isyak, barulah aku keluar ke Jusco Permas Jaya. Tu pun sebab aku nak alihkan kereta aku ke uncovered parking sebab housemate aku balik dari KL malam tu (bulan ni giliran housemate aku park kat covered parking).

Aku pergi Jusco tu pun semata-mata bawak bakul kosong keluar dan masuk ke Supermarket Jusco tu tak tau nak beli apa lagi dan semata-mata aku beli McD's choc-a-top ice cream (ini semua pengaruh housemate aku makan benda ni). Lepas tu, ada lah dalam 20 minit je, aku balik semula ke apartment aku.

'Kuah dal' kan life aku last weekend. But, that's life for me, at least, than spending eight hours on highway back and forth JB-KL-JB, kan? Kuah dal pun kuah dal laa... mana laa tau kuah dal ni just untuk minggu-minggu terakhir aku kat JB ni, kan? Iye ye je...


3 comments:

Anonymous said...

deoooooooooooooo
mana ekau gi bertapa ek?,
esok balik kl kot ni.. opsss
-ojij-

meg said...

hallo brader,long time no hear... hari ni aku teringat kat ko. If ada kat kl isnin depan 1st Dec ni, jom pegi lunch dgn kipin...saje nak sembang sembang

meg said...

skype aku dah tak jalan, blog aku pun dah lama tak update...sejak aku duduk kat`environment' baru ni, no work-life balance...btw pn zainab today last day VSS...

Related Posts with Thumbnails