Monday, June 16, 2008

EURO2008: Bergadang, lentok, main gear

Mulai malam tadi, pasukan-pasukan yang bertanding di Euro 2008 mula bermain dalam perlawanan terakhir dalam pusingan awal. Kepada peminat-peminat di Malaysia, ini bermaksud tiada lagi perlawanan yang bermula jam 12 tengah malam. Hanya ada perlawanan-perlawanan yang bermula jam 2.45 pagi.

Mesti pagi esoknya lentok je nak ke pejabat. Kalau duduk dalam meeting, mesti darah tak mengalir ke kepala, sebaliknya mengalir ke kepala yang satu lagi hingga membuat kepala yang satu lagi aktif dalam meeting. Aduuuhhhh... takpe, aku akan kosongkan jadual kerja aku hari Rabu nanti supaya boleh aku lentok beri'tikaf di surau. Go France!

--------------------

Nasi lemak favorite aku ialah nasi lemak Lentok di area Taman Permata. Walaupun ahkamsa kata nasi lemak Pak Ayob di Seksyen 20, Shah Alam tu sedap sehingga keluar dalam paper.

--------------------

Aku rasa satu fatwa patut dikeluarkan oleh PDRM. Selama ini mereka menyaman pemandu-pemandu kereta yang lentok kerana melekapkan handphone ke bahu untuk bercakap-cakap dalam handphone. (kalau difikirkan, mungkin tak wajar untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan handphone ketika memandu sebab mungkin itu panggilan kecemasan atau panggilan daripada boss mereka yang kalau diorang tak jawab, mesti dia akan cakap "baik campak lombong je handphone tu")

PDRM sepatutnya menyaman pemandu-pemandu yang aweknya lentok di sebelah hingga menyebabkan kenderaan terhuyung hayang atau sekejap laju sekejap perlahan. Aku tahu yang bila laju tu sebab pemandu kereta tu tersentap kesedapan lantas menekan pedal minyak. Atau mungkin kejadian penumpang sebelah lentok disebabkan faktor kecemasan juga?! Ye tak ye, bawak kereta kenalah main gear. Bukan gear tu laaa, NGOK!


1 comment:

Anonymous said...

pembetulan: iktikaf kat masjid aje lah, kat surau tak dinamakan iktikaf *mode urut-urut janggut sambil membetulkan serban*

Related Posts with Thumbnails