Thursday, June 05, 2008

No hush hush, no vitamin


O mak kau! O pak lah hang!
Kali ni aku terbabit. Dulu-dulu aku tak hairan, setakat naik 0x sen, apa ada hal? Kali yang lepas zaman pak lah hang naikkan 30 sen pun aku tak ambil port sebab kebetulan tangki minyak kereta aku memang dah penuh.

Kali ni aku terbabit. Tepat 14 minit sebelum tengah malam, bukan sebab kebetulan tangki minyak kereta aku memang dah penuh.


Aku top-up RM35 je malam tadi. Walaupun hanya RM35, RM35 malam tadi bernilai RM49.22 hari ini dan seterusnya. RM14.22 beza, banyak tu!

Boleh aku belanja 4 orang awek-awek kawan-kawan aku makan laksa Pak Yob atau Maggi Goreng Kumar di Riverside. Ataupun aku boleh beli 14 keping masalodeh yang kaya dengan kacang dal dan 14 keping wadeh yang kaya dengan rempah ratus dari Restoran Thoiyiba untuk dijamu kepada awek-awek kawan-kawan di pejabat sementara menunggu masa untuk balik kerja.

Ahhh... Tinggal kenangan semuanya. Biarlah resit terakhir ini menjadi bukti satu kenangan! Setidak-tidaknya ada juga alasan konkrit untuk mengurangkan dating yang lebih banyak membuang masa, wang ringgit dan tenaga.

Dan kini, lubang sebesar kepala pin notice board di boxer aku tidak lagi menjadi satu masalah. Akan aku pakai jua boxer ini hingga barai.

Aaaa asyiknya... panahan asmara
Aaaa asyiknya... menusuk jiwa


1 comment:

Related Posts with Thumbnails