Sunday, June 08, 2008

EURO2008: Gua pun Go Port....


Malam itu, aku pun membuka kempen Euro 2008 dengan grande! Apa barang tengok bola di rumah, tengok di kedai lah dengan kawan! Dengan kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je. Orang lain sebut wooo... aku pun sebut wooo... orang lain sebut aaaa... aku pun sebut aaaa... mata orang lain tepat ke skrin besar dan mulut kepoof-kepuff asap rokok, mata aku pun tepat ke awek berkopek besar dan mulut pok-pek bercerita dengan kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je.

Half-time: Switzerland 0, Czech 0.
"Order air lagi?" aku.
"Dah laa kita bayar je, kita pergi port lain!" kawan aku.
"Cantek! Kan kita nak tengok Portugal main, kena cari port baekk punyaaa (diffy)!" aku.

1.00am - merentas highway, meredah hujan, badan rapat ke stering kereta untuk melihat dengan lebih jelas.

2.30am: Tiba di port baru!
"Best gila! Apsal aku tak pernah sampai sini?" aku.

Satu khemah Coleman berkapasiti 4 orang, sebuah lampu suluh yang malap, sebuah tukul, sebiji bantal kusyen bersarungkan replika jersi Les Bleus no. 12. Cukup!

2.50am - khemah siap dipasang, di bawah pohon rumbia (aku bedal je sebab malam, tak nampak pokok apa), bertentangan laut. Berjalan aku dan kawan aku hingga ke tengah laut.

Lihat ketam mengorek-ngorek pasir dan mengambus-ngambuskan semula bersama-sama diri mereka. Unik dan sistematik. Cuma aku terpaksa pakai selipar berjalan di pasir sebab aku tak sampai hati terpijak ketam yang banyak dengan tapak kaki aku. Sadis!

3.30am: Hujan, lepak dalam khemah Coleman berkapasiti 4 orang, berkongsi sebiji bantal kusyen bersarungkan replika jersi Les Bleus no. 12.

Half-time: Portugal 0, Turkey 0 (keputusan semasa melalui my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile)
"Orang lain Go Potugal! Kita Go Port Dickson!" kawan aku.
"Euro jugak tu... alaa setakat Christiano Ronaldo yang missed penalty dan nangis teresak-esak tapi awek-awek tetap cakap cute tu..."

5.30am: "Weh, bangun, bangun dah 5.30am. Jom blah" aku. Cukuplah pacak khemah untuk tiga jam buat syarat. Bukan apa, kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je, takde 'visa' datang ke Port Dickson dan cuma berharap kitorang tiba di rumah sebelum bini dia bangun tidur.

Lagipun dapatlah aku rehearsal pasang khemah sebelum ke Balok ni. Kenalah pasang secara perfect pada pemasangan kali pertama. Malulah nanti pada delinn, kalau aku pasang khemah tak betul, kan? Dah le aku nak kena prepare sandwich setupperware untuk dia buat bekal dalam kereta. Malulah aku, kan?

6.05am: Selamat tinggal Teluk Kemang. Aku dah jumpa port baru di Tanjung Tuan!

Motive of the story, dengan harga petrol yang tinggi ni, patutkah 21hb Jun ni aku pergi Balok?! Aku pergi Tanjung Tuan je pun ok, kan? Tak payah aku prepare sandwich, kan?! Wakakakakak


2 comments:

DeLinn said...

ehem!

prepare jugak, buat sedap-sedap yek sardin tu, takmo pedas sangat hahahaha

Jingga Studies said...

meh mai balok!!!! nanti contact aku..21st aku kerja 22nd ko ade lagi kan!..nanti aku suruh pogym masak..but ko jgn nakal2 sangat...sini org sopan2! haha

Related Posts with Thumbnails