Wednesday, June 02, 2010

144th to 150th: Cerita KT Tiga!


Fuhh... banyak lagi nak cerita ni.

Lepas kitorang balik dari laut/mencandat pagi tu, breakfast dulu, makan roti canai. Masssehhhh tak dapat nasi dagang yang ditunggu-tunggu! Tapau roti canai untuk surirumah-surirumah yang menanti hasil tangkapan di rumah. Lepas Sempoii buat check-up kat Klinik 1Malaysia, aku ikut Arc, delinn, Aisyah dengan Sempoii ke Pasar Payang, menjamu mata dan membantu menjana ekonomi negeri Terengganu. Hehehe...

Rush jugak waktu menengok-nengok benda kat Pasar Payang hari tu sebab lepas Zuhur, cadangnya nak lunch then ke Taman Tamadun Islam. Dan tak tau laa kenapa macam tak mari je mood nak menyopping hari tu. Dalam hati aku berkata, "Cukuplah cash yang aku bawak ni, berlebih-lebih agaknya..." Kita nantikan cukup ke tak cukup, hehehe...

Macam kat KB dulu, at our first shopping stop, aku ended up dengan ikan kering je. This time pun, aku ended up dengan foods, bukan ikan kering, tapi serunding daging. Itu sahaja. Dalam perjalanan ke parking dari Pasar Payang tu, rasa macam tak puas hati je sebab tak beli apa-apa sangat.

Siap sampai ke kedai emas pun aku dok tengok lagi apa-apa benda yang aku boleh beli, cincin ke apa ke kan? Tak puas sebab tak beli apa-apa. Anyway, sampai dekat tempat kereta kitorang park, ada pulak sorang makcik bukak payung, jual baju-baju santai dan blouse batik.

Sementara menunggu kereta sejuk heheheh... kitorang pun tengok-tengoklah barang kat makcik tu, boleh tahan jugaklah blouse batik situ, harga pun ok, aku rasa lah... so, aku rembat 3 blouse untuk kakak dan kakak ipar aku, satu lagi untuk... errr... takpelah, dan sehelai baju ala-ala santai (dan jarang menampakkan puting) untuk aku. Ni hasil tangkapan aku right outside where our car was parked. Lumayan tak?


While delinn, arc dengan Aisyah dah ready masuk kereta sebab yang geng-geng lain dah ready tunggu kitorang nak lunch sekali, aku masih dok melayan sempoii yang tak habis-habis lagi nak memborong blouse. Habis dikiranya adik-beradik dia, figuring what sizes they wear. Siap sempoii boleh tanya makcik tu, "Adik beradik saya berapa orang ye?" dan makcik tu boleh pulak jawab, "Adik beradik saya sembilan orang..." hehehe...

Terpaksa juga kitorang guna kekerasan dan ugutan supaya sempoii finished up her buying supaya tak terganggu aktiviti-aktiviti seterusnya. Too bad that it was the last time this trip that sempoii shopping di Passar Payang lagi sebab malam tu dia admitted kat KT Specialist Hospital. Sedih pulak aku jadinya, especially bila tengok gambar ni, bila Sempoii acting as if dia yang menjual kekacang tu. Ni pun lepas aku rasa setengah jam dia memilih souvenir untuk satu sekolah anak dia. Huhuhu....


Lepas lunch di Medan Selera Batu Burok, kitorang ke Taman Tamadun Islam. Tujuan asal - sila ingat ye, tujuan asal, nak melawat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan naik river cruise.

Cuma, tujuan asal tu telah dipinda lepas geng-geng ni nampak a big signage "Barang Terus dari Kilang" or something like that. Dan apa yang dari kilang tu? Kain batik ye tuan-tuan dan puan-puan.... dan ada pulak sale waktu tu, lebih murah dari yang dijual di Pasar Payang ataupun di Pasar Siti Khadijah. Apa lagi?

Tarikan keindahan Masjid Kristal pun tak dapat menandingi tarikan keindahan batik kan? So, ada laa dekat sejam (atau sejam lebih??) kitorang mengappreciate keindahan batik kat situ (macam wine appreciation jugak laa batik ni...) dan tertangkap lah aku dengan batik ni (batik crepe overlay), untuk aku buat baju batik aku. Dulu kat KB dan dapat sehelai. Huhuhu... tapi, aku suka laa... heheheh


Lepas dah berjaya mendapat hasil tangkapan, aku gi solat sekejap kat Masjid Kristal. Nak tengok jugak apa yang bestnya. Cantik laa bagi aku tapi functionality macam tak kena je. Mungkin jugak too crowded with visitors waktu tu, ada pulak satu kumpulan nak buat majlis akad nikah. Time aku solat, geng-geng makcik kumpulan pengantin tu borak punya kuat lah, dah le diorang lepak kat 5 atau 6 saf dari depan.

Keluar dari Masjid Kristal tu, dapat news yang tiket untuk river cruise dah habis. Aku tak laa ralat sangat sebab susah-susah sangat, aku gi je river cruise kat Kuala Kangsar pun boleh. Hehehe. Kitorang terus masuk Taman Tamadun Islam je lah. Sewa buggy yang 7 orang, dan aku sama LB sewa basikal. Ni gambar dua budak perempuan ponteng sekolah, diorang dah hijacked basikal aku dan LB.


Pada aku, bagus jugak lah TTI ni, macam round the world in half an hour. Boleh tengok masjid-masjid di dunia. Ada Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal dan banyak lagi lah... banyak gambar yang aku ambik, nanti aku upload kan. Ni gambar aku berlatarbelakangkan Taj Mahal. Mahal woo gambar nih! Mahal sebab baju "nombor 2" tu ke agaknya? Heheheh...


Anyway, waktu kat replika Kubbah AS-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, LB suruh kitorang posing depan replika tu. Sekali, brader yang jaga replika tu, yang bagi penerangan tentang masjid tu, kasik aku pakai jubah dia. Heheheh... rasa macam tok arab je aku jadinya, cuma jambang aku nak kena sikat sikit aaa. Siapkan Sempoii nak dekat-dekat dengan aku, amik gambar sekali, aku cakap, "Harammm harammm..." Ekekeke... amacam? Smart tak aku pakai jubah?


Lepas TTI, kitorang balik siap-siap, malam tu PO bawak gi Bukit Tunggal makan sotong dan ikan bakar, dapp!!! Gambarnya ada kat entry semalam kan? Tu je yang sempat amik, sebab tak menyempat-nyempat nak membedal sotong. Hehehehe...

Okeh, aku dah penat update ni. Esok sambung lagi lah cerita KT ni. Last round punya...

3 comments:

Anonymous said...

Uhh batik crepe 4 meter tu utk buat baju kemeja? Banyak lebih tu...Biasanya tu utk baju kurung, kalau utk kemaja lelaki biasanya dah ada yg 2 or 2.5 meter.

Err baju yg tempah (beli kat KB dulu) tu pun 4 meter gak ke? Kain lebih tu boleh buat baju kurung budak huhuhu

silent reader (org ganu)

Anonymous said...

telan air liur je la...aku

royce

Deo said...

Anon,
Takpe terlebih jgn terkurang. Yg 2 meter plus, takde jual. Yg last time aku beli kat KB direct dari tempat buat batik so ada lah yg 2 meter plus, asalnya kain tu diorang nak jahit jadi baju.

Royce,
Pe lagi, join le next time...

Related Posts with Thumbnails