Ok ni last punya entry pasal trip ke KT hari tu, janji! Ekekeke... anyway, walaupun dah 4 hari sejak meninggalkan KT, tapi ke'warm'an trip tu masih terasa lah, masih terbayang-bayang Mitsubishi Grandis di depan mata, badan pun masih rasa terbuai-buai macam waktu naik bot, kain-kain batik kat rumah pun masih ditenung-tenung lagi (selagi tak hantar ke tailor dan selagi dah dibahagi-bahagikan lah hasil tangkapan tu).
Pagi Ahad tu, kitorang siap-siap semua, tunggu hos bawak gi breakfast nasi dagang (phewww... at last! save the best for last kot?!). On the way ke Chendering nak makan nasi dagang tu, kitorang tersinggah kat Kuala Ibai, tempat jual keropok keping. Sedapp katanya, tah le aku belum try, belum goreng lagi. Ingatkan tempat jual beli je, rupanya tempat buat keropok keping sekali, macam IKS.
So, merasa lah kali ni IKS keropok keping, kat KB dulu IKS buat batik. Sempat le tengok keropok sebelum dipotong, macam french loaf rupanya pun ada, sempatlah beramah mesra dengan Pok Ali, amik gambar bagai. Siap Pok Ali kata nanti masuk facebook, ekekeke... Ni gambar diorang tengah menyusun kepingan-kepingan keropok untuk dijemur (kot?) Surprisingly, aku tak nampak lalat pun kat situ, tebuan je ada sekor.
Yang ni, keropok loaves sebelum dipotong menjadi keping-kepingan keropok....
Kalau korang lalu Kuala Ibai, nak beli keropok keping, boleh cari tempat ni, dia dekat-dekat dengan Istana Badariah. Nama tempatnya, Keropok Pak Da Endut Mak Da Selmih, atau call Pok Ali 019-9092754.
Lepas tu, baru lah dapat breakfast nasi dagang di Chendering, aku tak ingat nama kedainya, tapi memang penuh laa tempat tu. Kerpok lekor dia sedap, pulut panggang/lepe pun sedap (too bad ada sikit je yang tinggal hari tu), dan of course nasi dagang nya yang sedap... dan mengenyangkan walaupun portionnya nampak sikit. Tak sempat aku nak amik gambar nasi dagang sebelum, cuma ada selepas je... ni gambar gulai ikan tongkol lepas Angah dah belasah kepalanya. Dari gambar ni, verdictnya surelah DAPPPP kan?!!! 2 thumbs up!
Lepas dah breakfast, back to KT untuk last round shopping mania. On the way tu, singgah di Keropok Lekor 3-007. Aku rasa famous kedai ni. Asalnya, kitorang nak order yang dekat Kg Losong tapi order dah full, hari tu ramai gila buat tempahan. So, aku rasa 007 ni the next best after Losong lah. Boleh lah tahan rasanya, aku dah goreng dah, much better than we normally find dekat pasar malam lah. Hehehe... macam-macam jenis keropok ada jual kat sini, macam dalam gambar ni tapi kitorang pilih keropok lekor yang direbus saja untuk dibawa balik.
Lepas tengok Sempoii kat KT Specialist, kitorang proceed ke Pasar Payang. Surprisingly, dalam takde apa yang menarik dan tertarik untuk dibeli hari sebelumnya menjadi a complete turnaround pulak hari tu. Aduuuhhhh segala benda yang aku nampak, semuanya aku suka. Even, sebelum aku naik tangga Pasar payang tu pun, aku dah terbeli satu cincin batu JJ untuk disesuaikan dengan baju melayu aku yang warna hijau.
Bila dah naik ke Pasar Payang tu, kain batik marble yang semalamnya aku tengok macam tak cung, tetiba je jadi cung hari ni. Mungkin sebab semalamnya, Sempoii panggil kain batik tu, kain batik tanah liat. Tapi, the next day, Angah sebut kain batik marble. Of course laa marble sounds more attractive daripada tanah liat kan? So, aku rembatlah dalam 5 helai.
Pastu mata aku tertarik-tarik pulak tengok songket. Walaupun dah beli kat KB hari tu, tak pakai pun lagi hati aku macam cakap, "beli lah beli lah..." Lagipun everytime aku tunjuk kat mak aku songket yang aku baru beli, mak aku akan cakap, "Takpe beli songket boleh simpan, pakai ganti-ganti..." Ye lah ganti-ganti setahun dua kali. Ekekeke.... Aku terbeli sehelai ni yang simpler daripada the one bought in KB tapi RM10 lebih mahal. Memang ada orang kata songket Terengganu lagi mahal dari songket Kelantan (nak sedapkan hati... ekekekek). Ni songket yang aku beli.
Bila dah beli songket tu, rasa macam dah le, tapi still hati macam tak puas hati. Lalu kat kedai lain, mata ni dok perati lagi kain-kain songket. Sampai laa kat satu kedai songket ni, aku tengok boleh tahan songket-songket situ tapi aku tak singgah pun kedai tu. Bila aku dah kat kedai sebelah, baru aku ternampak dari kejauhan akan keindahan satu songket ni yang tersergam tergantung kat kedai tadi. Dan harganya boleh tahan tersergam jugak lah. Ekekekeke...
In the end, lepas aku usap-usap, belai-belai dan kutampakkan songket tu ke kulitku, aku pun bargain lah dengan tuan kedai tu. Dan aku rasa aku dapat harga yang berpatutanlah demi hatiku yang telah jatuh dengan songket tu, cinta pandang pertama agaknya. Heheheh...
Tu je lah yang aku beli, tertiris-tiris lah jugak poket aku. Lepas shopping mania tu, balik semula ke homestay, packing siap nak balik ni. Then, ke rumah PO untuk tea session (ribena session, actually ekekekeke). Lebih kurang jam 4.30pm ke 5pm macam tu, diorang hantar aku balik ke homestay sebab bas aku jam 8.30pm, then diorang gerak balik ke KL. Around 7.45pm, PO amik aku dan hantar ke bus stand KT, to catch my bus back to JB (yang bosan tu).
So, overall memang best gile aaa trip nih. Thanks to the host, PO, yang sempoi walaupun baru baik demam dan kesakitan kaki lepas balik mencandat, dan Kabas Rebanamaya yang never failed to make a simplest itinerary something enjoyable and unforgettable.
Kalau korang nak baca updates lain trip KT ni, boleh click kat blog Angah kat sini atau blog delinn kat sini dan sini dan sini ataupun korang boleh tengok gambar kat photobucket aku kat sini atau picasa delinn kat sini.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
waa..borong sakan
Post a Comment