Somehow, I placed my phone on standby, in case Joe would call. The last time he called, he said he would call again in two weeks time. And yes, he called around 9.30pm and we talked about 33 minutes.
Mula-mula perbualan kitorang, Joe yang tanya aku apa cerita? Aku cakaplah takde cerita apa, aku baru balik dari Penang, dan Geng Rebanamaya baru balik dari KT trip last weekend. Pastu dia tanya lagi cerita kat Malaysia. Aku tanya balik, kau nak cerita apa? Politik ke? Joe cakap, ceritalah sape-sape mati ke? Laa... pastu dia sambung, "cerita-cerita artis ke?" Hehehe... bukan aku laa the right person nak cerita pasal artis. so, aku cerita sikit pasal the recent cabinet reshuffle, after MCA presidential election, then the by-election in Sibu dan jugak pasal Rachel Cory tu.
As for him, nothing much happened in the last 2 weeks. Dia masih menunggu the second hearing sometimes in later this month. Dan Joe ada sebut, dah 45 hari dah dia kat situ. Anyway, Joe masih berharap dia akan dapat balik ke Malaysia sebelum puasa ni tapi dia tak rule out the possibility yang dia akan ada kat situ sampai bulan Oktober.
Yang jadi panjang perbualan kitorang tu lepas aku tanya, "Kau nakal lagi tak?" Dia gelak je. Lepas tu dia start bercerita pasal budak-budak Islam Unit dia yang asalnya ada 8 orang, tapi sekarang tinggal 6 orang je sebab seorang dah released dan seorang lagi pulak, dari Sierra Leone dah converted to Christian sebab he kind of losing hope to God for not releasing them from detention center despite praying every day. Hmmm...
6 orang yang tinggal tu, kira golongan minoriti lah kat situ, as compared to berbagai-bagai mazhab penagnut agama Christian kat situ. Lepas tu pulak Christians kat situ, geng baik-baik, jenis tangan tak lekang dengan bible, pastu dok baca bible most of the time. Time solat Jumaat, barulah yang 6 orang Islam kat unit Joe ni dapat campur dengan orang-orang Islam unit lain, so dapatlah jemaah dalam 60 orang.
Yang minoriti 6 orang ni pulak, macam-macam karakternya. Dengan mamat Iran yang tah lain betul bacaan solat dia dan ajak puasa sunat hari Jumaat, pastu bila ditegur, mula tak nak bercakap sesama diorang dan tak nak solat sekali, dengan mamat Bosnianya yang tak pandai solat langsung. Cuma ada sorang ni lah mamat Somalia yang baik, lembut je orangnya, yang boleh jadi contoh lah.
Joe ada cerita sikit pasal savings dia, how much he has with nekrock dan his investment online, forex and whatever yang dia pernah cerita kat blog dia dulu. Cara dia cakap tu, memang he's really thinking about coming home to Malaysia dan aku rasa dia ada lah congak-congak apa dia nak buat nanti. Cuma he mentioned he would have to come back with lot less of money than what he envisioned lah. Tapi dia kata that's secondary lah for now, dia lebih risaukan pasal nak balik ke Malaysia.
Since Sempoii ada tanya kat aku hari tu pasal David dengan King Mongkut, aku pun tanyalah kat Joe. Joe kata, malam dia kena tangkap tu, lepas diorang soal siasat dia, termasuk dia kerja kat mana, siapa majikan dia semua, diorang did call David dan diorang informed Joe yang David had confirmed that Joe worked for them. So, Joe pun takde care to inform them again. Aku assume David dengan King Mongkut would already have Joe's replacement lah kot.
Lastly aku sempat gak tanya, whether anyone in his family tahu pasal cerita dia ni? Dia kata tak, pastu dia start tersedih. Aku tanyalah kalau dia perlukan anyone of us to assist him to inform this to his family? Pastu dia cakap, dia tak nak sedih lah, waktu dia baru-baru masuk dulu, dia dah puas bersedih, so, dia tak nak sedih-sedih dah (sedih bila bercakap pasal keluarga, kot?). So, aku cakaplah ok ok no problem, just let anyone of us kalau dia rasa perlu.
Itu je lah yang sempat kitorang sembang. Ok, kalau dia call lagi, aku update lagi. Kalau korang nak tanya apa-apa kat dia, boleh lah letak dalam komen, nanti aku try tanya Joe.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
alhamdulillah dia ok je...harap2 dia dpt balik dgn selamat...
AKu baru terbaca about this... Hopefully dia dpt balik secepat mungkin & without much hassle. Aminnn
.:Pe4RL:.
Post a Comment