Aku tengah lepak kat Sushi King Jusco Permas Jaya ni. 9.30pm baru aku keluar dari rumah hari ni setelah memerap tak buat apa seharian. Makan pun - sebungkus cottage fries dengan segelas orange yoghurt drink. Entahlah apahal tahap malas aku menjadi-jadi ni. Sakit badan sengal-sengal pun ada jugak ni lepas game badminton semalam. Nanti aku story.
For dinner ni pun, aku undecided between lasagna and sushi, tapi aku terfikir yang sure tak sedap lasagna kat Secret Recipe dan malas lah nak gi Italian restaurant mana-mana dengan aku berpakaian compang camping ni, rambut tak berminyak. So, sushi je lah.
Reflecting last week, it didn't go that well. Temper aku went sky high, ada je yang tak kena. Mungkin tak cukup rest jugak kot sebab pagi Isnin balik dari SA-JB, then lepas kerja balik SA semula dengan bas delay and took 6 hours to reach SA, then Selasa petang drive semula ke JB, with bowling practice yang postpones sebab secretary sengal tak book lane which forced me to skip my housemate's farewell. Not to forget yang aku batuk tak henti sepanjang minggu plus demam yang berpanjangan. Tapi climax nya was on Sunday yang aku kena pergi DEMC jam 6.30am tu sebab dah tak tahan panasnya badan aku.
Dengan interview yang didn't really go well sebab aku punya PAPI-I test result tu, dengan my bowling game last Friday yang tak berapa ngam. However, the team managed to finish at number 5 out of 8 teams. Hmmm.... power-power laa pakcik makcik MBJB, MPJBT semua tu. Even my total score that night pun lebih rendah dari some of the makciks yang tangan dan peha diorang kecik sikit je dari Shalin Zulkifli.
Then, lepas tournament tu (Friday), my colleague mintak replace dia untuk badminton on Saturday. Wife dia baru bersalin. Adehhh... dah le last aku pegang raket tiga bulan lepas dan competitive badminton ni memang lah bukan sangat untuk aku. Tapi nak buat macam mana kan? Last-last minit macam ni budak-budak company aku banyak dah balik KL.
So, Saturday tu bermain lah badminton aku ni. Bila aku sampai je kat dewan badminton MPJBT tu, to my shock and surprise, aku sorang je player lelaki dan 4 perempuan. It's a team event - ada acara bergu lelaki, bergu perempuan dan bergu campuran. Asalnya, aku patut main bergu campuran je. Alih-alih budak-budak lelaki yang dok training bagai semua tak turun. Malu lah wei, penganjur kejohanan tak cukup player dan kena forfeit men's doubles.
Panic lah kejap team captain (awek sorang tu). Kesian dia, she was frantically calling almost everyone she knows, asking to play. Dah le dia kata malam sebelum tu tak cukup tidur fikirkan the team strategy. Finally we managed to get another bidan terjun untuk partner aku in men's doubles just in time before the first match. Dan aku kena main mixed doubles jugak walaupun dalam rules kata tak boleh, but other teams kasi exception to team aku.
By the time second match tu, ada lagi sorang budak lelaki datang. So, aku main men's doubles je lah. Aku main tu pun semata-mata nak lengkapkan jadual, to avoid embarassment to the organizer which in the end it was an embarassment bila aku kalah kaw-kaw punya. Kalah tak melawan pun. Macam pasukan badminton Mexico lawan Malaysia. In the end, team aku kalah all the matches and finished last in the group. Sure team lain ingat, "ish teruk sangat ke company ni sampai takde yang terrer main badminton?"
Haa ok lah macam dah nak tutup je Sushi King ni sebab aku dengar diorang macam hempas-hempas periuk kat dapur tu, macam suruh aku blah je. Hope this week will be better for me.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment