Haihh... hari tu aku bukak puasa kat satu gerai tepi-tepi Rumah Limas kat Danga Bay ni. Biasalah aku order nasi ayam penyet, pastu aku order sayur. Dan teh o panas, tapi kedai sebelah yang angkat order. Sekali air tu sampai, nah nalaaa punya RM2 segelas. Apa punya pundekk laa kan? Nasib baik time tu aku dah berbuka, kalau tak turun mendadak-dadak pahala puasa aku time injury time gitu dengan sumpah seranah aku.
Itu pun, tiga kali aku tanya brader waiter muka pecah rumah tu, "Berapa??" Slow je dia jawab, "Dua ringgit bang..." Aku tanya balik, "Berapa teh o ni?" Dia jawab lagi tapi makin slow, "Dua ringgit..." Aku balas balik, "Teh o macam ni pun dua ringgit?" sambil aku hulurkan dua keping duit seringgit. Tu pun aku pilih duit seringgit yang buruk-buruk je aku bagi kat brader tu. Ekekeke...
Aku pun amik laa gambar teh o tu letak dalam facebook aku, aku tulis "jangan main-main, kat JB teh o bodoh macam ni pun dua ringgit!" Dan elok laa si Famil Basa Basi Nano Nano tu commented, "Itu maknanya petanda ke-4, ha apa lagi ko tunggu?" Aduuuhhh....
Sekarang ni, housemate aku bukan lagi menghitung hari dah. Menghitung jam dah... pantang kalau orang tanya je bila last day dia, dia akan jawab, "65 jam lagi..." macam tu. Chess set betul laa. Dan boleh kata hari-hari ada orang ajak dia lunch farewell macam tu. Ada jugak le aku ikut tiga empat kali. Dan tiap-tiap kali tiga empat kali aku ikut lunch tu, masing-masing cerita pasal nak berhenti kerja, nak submit resume dan cerita-cerita berbaur berhenti kerja.
Dan terbawa-bawa laa aku ke ofis semangat nak berhenti kerja tu. Dan rasa longlai laa aku melangkah masuk pejabat tiap-tiap pagi. Terasa mengantuuukkkk je tiap-tiap hari kat ofis. Dan rasa macam putus sudah laa kasih sayang aku pada company ni, dan punah laa harapan untuk aku semat Johor dalam jiwa aku. Takde maknanya... haa cerita pasal Johor ni kan, hari tu dapatlah satu email dari anak raja yang kerja company aku ni...
Company aku ada sponsor teater play pasal sejarah Johor. So ada lah tiket-tiket free untuk staf. Dress code untuk lelaki Islam ialah baju melayu teluk belanga. Okaylah fine laa bila dia tulis dress code macam tu kan. Understandable laa kan? Pastu mengada-ngada anak raja ni tulis lagi satu paragraph, "...and for those who does not even own one yet (baju teluk belanga), I do humbly suggest for you to get one… Hello! it is
This weekend, aku planned nak balik SA. Pagi buta Isnin balik ke JB. Then, lepas kerja hari Isnin aku akan balik SA semula sebab hari Selasa tu aku ada interview. Ye tuan-tuan dan puan-puan, interview kerja. Weekend lepas pun aku dah attended satu interview kerja informal. Yang bestnya, bila aku tanya mamat yang interview aku tu, "What exactly you want me to do if I were to join this company?" Dia jawab, "That's something I have to think about, I need to see your strengths and experience..." Haihh... macam nak dapat je bunyinya tu....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
IIB...Idea Ini Bodoh
Post a Comment