Kelmarin, aku gi interview. Agak susah. Dan aku tak berapa confident dapat post tu. Salah satu sebabnya, sebelum aku attended interview tu, aku kena buat satu assessment, pasal personality. Waktu interview tu, the interviewers beritahu aku ada satu personality score aku yang agak membimbangkan diorang - emotion restraint aku scorenya low sangat-sangat. Maksudnya, kalau aku tengah tension atau stress, memang nampak sangat-sangat kat muka aku, kat tindakan aku. Tak boleh diselindung-selindung.
Memang aku akui, kat tempat kerja aku sekarang ni memang aku cepat tension. Salah satu sebab ialah teman-teman sekerja aku yang tak macam setahun lepas. Sorry to say lah that orang-orang yang baru masuk lately ni, say sejak bulan 1 lepas, macam sengal-sengal belaka. Tak macam orang-orang lama. Benda senang pun nak bertanya, tak cuba cari jalan dulu, lepas tu sampai 5-6 kali bertanya benda sama. Lepas tu, kerja berkira, ada territory, bla bla bla.
Bila aku naik angin, diorang kata aku temper. Padahal diorang tak tau yang kesengalan diorang tu lah yang buat aku temper. Aku ni mudah je orangnya. Meet my expectation, buat apa yang sepatutnya kena buat, aku happy. Bukanlah aku nak suruh petik bintang di langit ke. Contohnya, haa malam ni tadi.
Sepatutnya ada training bowling untuk Piala Iskondek hari Jumaat ni. At the same time, budak-budak office buat poolside bbq farewell untuk housemate aku. Aku tak boleh pergi lah party tu sebab aku dah committed untuk bowling dan sekarang ni memang aku tengah fokus untuk tournament tu. Team bowling aku pulak siap ada manager, ada secretary cukup.
Bila dah ada secretary, dah tau malam tu ada training, pakai otak laa sikit, buat laa booking lane. Dah le jam 8pm tadi baru dua orang je muncul, lane semua penuh pulak. Dalam jam 8.10pm secretary datang melenggang dengan otak dia letak kat lutut, tanpa rasa bersalah. Lepas tu tak tau nak buat apa. Sampailah manager datang dalam jam 8.45pm, baru laa kelam kabut kelam kabut. F! Alih-alih manager kata training postpone ke malam esok. Eloklah tu, malam ni dah rugi tak buat apa-apa, farewell untuk housemate aku pun tak pergi, malam esok nak kena datang semula training, lusa dah tournament.
Macam mana aku tak temper? Macam mana kat muka aku tak aku tunjuk rasa nak kasi penampor je kat orang yang buat aku temper tu? Macam mana tak aku hempas kerusi ke pintu ke? Bukannya aku expect dia pick-up the phone, call White House dan ajak Barrack Obama main bowling dengan kitorang?! Just pick-up the phone, cakap dengan awek kaunter tu, suruh reserve dua lanes. Tu je. Susah sangat ke? Nama je ada team secretary, tapi sengal. Bloody hell!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
6 comments:
huh! panassssss. mengeriiiiikannnn
errrr 2 lane takleh booking pakai tepon bos, kena pi sana byr booking bos...kalau I gi sana, nanti peluh2 I bos masuk opis balik (kekkeekekkeke lariiiiiiiiiiii)
arc
ini betul2 punya marah ni...tapi kalau aku pun aku hangin...hehehe...mau kena sound tepat...
rileks deo, jgn marah2 nanti kena jual hehe
“Innallaha maa Sobirin“ (God is with the person who is patient)..
bila "temperature" naik...tarik nafas dalam-dalam...lepas perlahan-lahan...ulang beberapa kali. Kalau ada air sejuk, minum air sejuk...kalau ada kesempatan, ambil wudhuk.
AKS
teraso den
Post a Comment