Antara banyak-banyak raja kat malaysia ni, aku paling tak berapa gemar dengan perangai, tingkah laku dan ketaksenonohan ialah raja negeri tempat aku kerja laa.. entah le aku pun tak tau apsal. Antaranya, kalau plet kereta nombor 1 tu mostly keluarga diorang laa yang punya, pastu takde road tax pun. Banyak songelnya raja di negeri selatan ni.
Korang tau tak yang kalau time khutbah Jumaat, time doa tu, bukan main berjela-jela khatib kena sebut nama sanak keluarga, cucu papat diorang dalam doa. Bukan time solat Jumaat je, tiap-tiap kali lepas solat fardhu pun kena doa berjela-jela sanak keluarga diorang. Adeehhhh tapi time khatib/imam sebut nama sanak keluarga diorang, aku terus turunkan tangan aku, tak tadah pun lepas tu aku buat pandang-pandang kat langit. Ekekeke...
Hari Khamis lepas, sementara menunggu nak buka puasa, sempat laa kejap mengutuk raja negeri ni. Yang sebenarnya, aku lebih mengutuk anak raja yang kerja tempat aku ni. Ekekeke kurang laa pahala puasa nampak gayanya. Sampaikan member aku sorang tu dia cakap, "Weh.. kau kutuk-kutuk sultan ni nanti kau kena tulah dia baru kau tau."
Malam tu aku ada practice bowling, bukan main bertalu-talu batuk aku. Sebelum nak tidur malam tu, aku telan panadol. Pagi Jumaat, aku bangun batuk lagi bertalu-talu. Rasa tak sedap badan. Aku gi klinik, doktor kata demam ni. Terus dia bagi MC. Sepantas kilat aku terus balik Shah Alam. Berpinar-pinar jugaklah aku drive time tu dalam keadaan badan yang tak berapa best tu.
Waktu drive tu mula lah aku terfikir, entah-entah aku terkena tulah sebab mengutuk soltan kot? Adehhh... tak mungkin aku kata, dan aku pun tak percaya benda-benda mengarut ni sangat. Sampai je Shah Alam, aku minum ubat batuk dan terus lah terlelap. Petang sikit, aku bangun rasa macam makin teruk demam aku jadinya. Dah makan ubat seround pun makin teruk ke? Entah-entah memang betul kena tulah ni. Aku cakap dalam hati, "takkan nak kena cium tangan soltan baru baik demam aku nih?"
Malam tu aku gagah kan diri jugak gi tengok game bola kat stadium. Ekekeke... aku pakai baju dua lapis, dan dalam perjalanan ambik kawan aku, aku tak pasang aircond. Tapi waktu tengok game tu rasa macam nak pitam je, mata rasa kecik je. Time tu memang laa makin kuat kepercayaan aku kepada tulah sultan ni. Waktu break half time, aku terus masuk dalam kereta, aku tidur dalam kereta. Aku tak pasang aircond, bukak tingkap sikit je. Haaa.. nala punya peluh. Baru laa rasa sedap sikit badan.
Time ni pun macam ada sikit-sikit lagi laa ketidaksedapan badan aku. Tengoklah hari Isnin ni aku balik negeri tu, kalau badan jadi demam balik maknanya memang le aku kena gi cium tangan soltan tu. Huhuhuu...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
Aku ingat dulu.. masa blajar kat U negeri selatan tu, motor bf aku (skrg cik asben ler..hihii) kena clamp semata2 sebab parking kat tempat anak sultan tu biasa parking.. keta dah la huduh..kaler pink. Meluat gila.. huh..
ko get well soon.
kt batu pahat sebut nama sultan je.. takde la sampai sebut nama anak cucu..
Rul assalamualaikum,...kembalilah ke Shah Alam, negeri ku :-)
kekekeekke sempoii sama naik berapi hahaahah
Post a Comment