Inilah padahnya cuti weekend panjang. Bila tiba masa nak balik JB, mulalah hati aku jadi gundah gulana. Kalau dulu, aku akan balik JB petang hari sebelum hari bekerja tapi sekarang aku dah belajar balik pagi hari bekerja tu (bergerak around jam 5am dari Shah Alam). Walaupun aku yakin yang aku akan mengantuk kat ofis, tapi apa aku peduli. Baik aku tidur semalam lagi kat SA kan?
Pagi tadi, macam meronta-ronta je hati aku sebut TAK NAK! macam iklan kempen anti merokok. Tak nak balik JB. Kaki dan tangan aku macam diikat-ikat di bucu-bucu katil, macam adegan seks ganas. Ekekekek... erkkk... teringat adegan ranjang dalam Transformers ROTF antara Sam dengan Alice, ganas dan mengerikaaannnn <-- iye aku dah tonton cite ni semalam!
Aku balik JB pagi tadi dengan my JB housemate yang bakal jadi ex-JB housemate. Mula-mula dia janji nak pick up aku jam 4.45am, aku pun dah standby dah. Sekali, message masuk dia kata jam 5.00am pulak. Aku pun turun je lah ke bawah tunggu dia siap-siap. Keluar je dari lif, dia called cakap jam 5.10am pulak. Amboi! Makin delay makin delay. Ekekeke... dalam kereta pun housemate aku dok mengeluh takde mood nak balik JB, walaupun dia tinggal 2-3 minggu je lagi nak blah.
Dan aku pun macam terasaaaaa sesangat lah tadi nak balik cari kerja di Klang Valley. Ideally kerja kat Shah Alam laaa... best wooo lepak Shah Alam. Weekend lepas, in three days, selain daripada gi ofis KL aku kat area Bangsar, aku tak keluar pun jauh-jauh dari Shah Alam. Cuma gi tengok wayang kat Summit USJ, pastu gi dinner sekali kat Puchong, the rest aku lepak Shah Alam je.
Makan nasi dagang kat Seksyen 11, makan gulai tempoyak ikan patin kat Seksyen 27, makan Ani Sup Utara kat TTDI Jaya, makan kuetiaw kungfu kat Seksyen 13, breakfast kat Restoran Geng (Upin & Ipin) kat belakang rumah aku, makan laksa utara paling top kat tepi jalan tepi Tesco Extra. Erghhh best part makan je nih. Tu belum campur nasi kandar Raihan lagi.
Dan bila sampai kat ofis JB, parking pulak macam gam***g! Korang tau lah ofis aku ni shop lots, waktu kitorang baru pindah JB, ofis kitorang je yang wujud kat sini. So, banyak laa parking nya. Since a year ago, macam-macam kedai bukak. Dah le staf kitorang 100++, campur dengan orang kerja kedai+ofis lain, pelanggan+clients diorang lagi. Hmm... kalau aku nak berhenti kerja JB ni, salah satu alasan aku nak kasi ialah, "syarikat tidak menyediakan tempat meletak kereta yang cukup". Boleh?
Tuesday, June 30, 2009
Sesekali gua terasa nak balik SA for good
Posted at 10:53 AM 2 comments
Friday, June 26, 2009
Sesucinya jantung aku...
Aku tanya Limah tadi, "hati dengan jantung tu sama ke?" Dia kata "hati lain, jantung lain." Aku tanya, "heart tu apa?" Dia kata, "jantung." Aku tanya, "Cinta datang dari hati ke dari jantung?" Dia kata, "hati kot?" Aku confused!
Aku tanya Yam pulak, "jantung dengan hati tu lain ke?" sebab dia kerja kat KKM, kan? Dia kata, "lain; hati = liver." Aku tanya, "kenapa orang melayu selalu cakap, cinta itu datang dari liver?" Dia kata, "ala sebab orang melayu salah tafsir bentuk jantung yang macam love sign tu kot as hati." Dan aku yakin! Cinta itu datang dari hati! Bukan dari liver! Ekekekeke....
Anyway, ini image dari heart scan aku hari tu...
This is what the report says:
Calcium Scoring
Coronary calcium is a marker for plaque (fatty deposits) in a blood vessel or atherosclerosis (hardening of the arteries). The presence and amount of calcium detected in a coronary artery by the CT scan, indicates the presence and amount of atherosclerotic plaque. These calcium deposits appear years before the development of heart disease symptoms such as chest pain and shortness of breath.
A score of zero indicates that there is no calcified plaque burden. This implies that there is no significant coronary artery narrowing and a very low likelihood of a cardiac event over at least the next 3 years. It does not absolutely rule out the presence of soft, non-calcified plaque or totally eliminate the possibility of a cardiac event.
A score greater than zero indicates at least some coronary artery disease. As the score increases, so does the likelihood of a significant coronary narrowing and the likelihood of a coronary event over the next 3 years, compared to people with lower scores. Similarly, the likelihood of a coronary event increases with increasing calcium percentiles.
Results
Your Calcium Score is: 0
which means... No identifiable plaque; and Risk of Coronary Artery Disease is very low, generally less than 5 percent.
Suci kan my heart? Hehehehe....
Mamak!! Nasi kandar, telur masin, bendi, ayam goreng potong, kari kasi lebih, teh tarik kawwww punya satu!!!
Posted at 6:53 PM 5 comments
Thursday, June 25, 2009
Sesedua batang gigi bawah
Aku kat Puteri Harbour ni, kat Nusajaya. Ada workshop sikit. Lawaaa siot. Nampak bot-bot berlabuh, overlooking Kota Iskandar (the new Johor State government complex). Rasa macam nak beli je bot seken hand, nak parking kat sini. Hehehehe...
Dalam workshop ni ada laa sorang mat salleh. Tengok dari rupa dia macam orang dari Eastern Europe. Dengar kawan dia bercakap, sounds British. Dia tak bercakap. Waktu diintroduce oleh kawan dia, rupanya mamat ni consultant or rather specialist on rail transport.
Kerja dia ni lebih kurang propose mode of rail transport laa either komuter ke LRT ke MRT ke monorel ke tram ke, depending on parameters macam population, trip generators, land size, bla bla bla. Pasal teknologi rail transport pun katanya dia expert.
Tapi, dia tak bercakap-cakap dari tadi. Muka serius je. Session dia lepas coffee break nanti. So, lambat lagi laa dia nak bercakap.
Tiba-tiba bos aku tanya, is there any rule of thumb for you to decide what type of rail transportation mode to use? Kawan dia tadi yang bercakap dari mula tak boleh jawab. So, kena pass kat mamat yang tak bercakap-cakap dari tadi tu.
Dia bukak mulut je nak jawab, terus aku nak tergelak, tersenyum aku nih. Muka dia serius, brutal, ada jambang nipis-nipis, smart orangnya, suara besar, macho. Consultant pulak tu kan? Expert in transportation field lagi.
Tapi yang missing nya gigi bawah belah depan dua batang. Alahai..... Sebelum aku gelak terbahak-bahak, baik lah aku update blog. So, sayangilah gigi anda. Dan kalau takdir korang hilang gigi dan korang kerja best, jadi konsultan ke apa-apa yang kena banyak bercakap, buatlah gigi palsu. Huhuhuh...
Posted at 10:08 AM 1 comments
Wednesday, June 24, 2009
Sesomething not to worry anymore
Setelah almost 2 weeks aku buat heart scan hari tu, kan? Boleh kata selang tiga hari sekali laa aku call doktor aku nak dapatkan result. Nak tunggu appointment aku 29 June lambat lagi so doktor kata dia call aku je lah. Tapi dari sehari ke sehari doktor tak call-call aku. Naik malu pulak aku dok call Nurse Emma tu follow up. Tak macam waktu lepas first medical test hari tu, bukan main laju je doktor call aku suruh datang jumpa dia. So, aku rasa macam takde benda yang nak dirisaukan laa since doktor tak beria-ia pun call aku.
Pagi tadi, aku buat mulut basi aku call je laa Nurse Emma tu. Emma cakap kat aku, since doktor macam tak heran nak call aku, dia cakap je lah result heart scan aku hari tu. So, Nurse Emma cakap, "bla bla bla artery, bla bla bla blockage, bla bla bla calcium, bla bla bla..." Aku nak salin pun tak sempat. Last-last aku tanya si Nurse Emma tu, "So, ok ke tak ok?"
Dia jawab balik "Ok, normal dan takde apa nak diworrykan." Tapi, kena bebel jugaklah sekejap dengan Nurse Emma, "makan kena jaga, rokok tu berhenti lah, exercise, bla bla bla, bla bla bla, bla bla bla (fade till black macam lagu Metallica)..." Getus hati aku (perghh pakai ayat getus), "mengalahkan doktor je si Emma ni menasihatkan aku." Ekekeke...
So, kesimpulannya jantung aku takde blockage mana-mana, semua normal. Cuma aku kena amik scanned film dan report tu je this Friday since aku ada kat KL time tu.
Dan... since jantung aku ok dan normal, ada ke sesiapa nak share-share? Ekekeke...
Posted at 12:47 PM 4 comments
Sunday, June 21, 2009
Sepetang surrounded with durian
Durian is now everywhere in Johor. Last week je tiga hari berturut-turut aku makan durian for dinner. And also for tea. Siap bawak balik masuk dalam peti ais and... taraaaa... durian for supper and breakfast. Fuhhh best! Last week ada siapa tah kat ofis aku menjamu duriang sebonet kereta Iswara. So berasak-asaklah makan durian kat luar ofis, malam tu berasap-asap laa masing-masing tahan panas.
Durian kampung tu, so takde laa yang isi tebal-tebal D24 ke which aku tak prefer sangat. Aku suka durian kampung yang isi tak berapa tebal (so boleh makan banyak-banyak heheheh) dan yang ada bermacam-macam perisa, vanilla, chocolate, yam, strawberry. Heheheh... dalam makan punya makan tu, aku tak sedar yang ada orang amik gambar. Lepas mamat tu email link photopage dia baru aku tau ada papparazi.
Tapi entah laa apsal aku kat company ni macam tak camera friendly, macam camera don't love me. Kalau ada event apa-apa, memang jaraaannggg laa ada muka aku. Mungkin laa kalau aku buat something tu, aku buat sepenuh perhatian, penuh khusyuk, bukan untuk tatapan umum, bukan untuk publisiti kan? Ha ha haa...
So, ni laa gambar-gambar makan durian yang ada muka atau sebahagian daripada badan aku...
Posted at 11:07 AM 1 comments
Friday, June 19, 2009
Sekor aku yang memula je aku sekor...
Ha ha haa...
Semalam ada bowling tournament kan? Aku Grey team kan? Aku main lane 15/16 tau? Sebelah aku kan? Semua pemain diorang pakai tshirt pink tau? Tapi terrer terrer diorang tau? First throw je kan? Diorang dah baling strike tau? Yang aku ni pulak kan? Dah le orang dok mark aku as gold medal winner kan? Pressure nye..... ya ampuuuuunnnn tau? Lepas aku tengok team pink ni mula-mula dah baling strike kan? Aku pun kamjat la tau? First frame aku, aku baling 5 dan 1 je tau? Huhuhu...
Tapi aku maintain composure aku tau? At the end of the first game kan? Aku scored 176 tau? Ok lah tu kan? Tapi mamat pink sebelah aku tu kan? First game dia score 202 tau? So for individual ranking lepas first game tu kan? Aku ranked #5 overall je tau? Just look how strong the field is kan? Second game tu kan? Aku dah rasa macam dah penat sikit tau? Yang team pink sebelah tu pun dah lemau sikit tau? Tapi aku maintain jugak lah kan? Aku score jugak laa 163 tau?
Yang game ketiga pulak and the final game tu kan? Adehhh... aku rasa nak tercabut lengan aku ni tau? Pastu kan? Aku rasa lane dia macam dah kesat je tau? Macam bola tu pergi tersangkut-sangkut tau? In the end kan? Hmmm malu tau nak sebut aku scored berapa untuk game tu tau? 113 je kau tau? Huhuhu... sedih tau? Rasa macam tak berbaloi je main elok-elok first two games tu tau? So, wat suspen je lah nak tunggu full result kan?
In the end, walaupun third game aku tu teruk kan? Aku still maintain gak lah tau? Dapatlah jugak overall individual #4 tau? Tapi team aku kan? Daripada 6 pasukan, dapatlah nombor 4 je tau? So, kan? Hopefully kan? Dapatlah aku represent company aku nanti main untuk Piala Iskandar nanti tau?
Jadi average score aku semalam kan? Dapatlah dalam 150.7 je tau? So, yang menang perngopian kopi mahal dengan aku nanti kan? Adalah sity29 tau? Sebab dia teka lower and closest to the actual score kan? Tapi tak patutlah kau sity29, patut-patutlah teka laa score aku tinggi sikit kan? Ini, ada ke 108 je ingat aku main kategori perempuan ke kan? Anyway, sity29, nanti aku ada meeting ke apa ke kat menara, aku call kau kita gi kopi mahal tau?
Sekian sahaja laporan dari Hasbullah Awang. Majulah sukan untuk mendapat tanah dan Datukship!
Hehehehe...
Posted at 10:21 AM 3 comments
Thursday, June 18, 2009
Sekor seekor sekorer
Hari ni wa rasa macam tak best je. Sebab pagi-pagi bangun, time wa gosok baju kerja housemate wa kata dia dah email bos dia indication that he's resigning. Hmmm... memang dah muktamad lah tu, takde talian hayat lagi dah. Last hope of him staying cuma meeting dia dengan bos dia je petang ni. Anyway, takpelah dia resign pun for better offer dan balik semula ke KL. Good for the family, kan Ed? Heheheh...
Yang aku tertekan ni sebab nak cari rumah/apartment sewa lain ni. The rental now is too expensive untuk aku seorang. Dan untuk cari housemate lain, aku tak rasa ada yang berminat sebab tempat aku tinggal sekarang ni kat Permas Jaya, jauh untuk orang Johor walaupun just 30 minit je dari ofis. So, weekend ni bermula lah episod memburu rindu rumah untuk disewa Ogos nanti.
-------------------
Ok, semalam aku practice bowling dengan team perempuan department aku. Boleh laa... lepas lebih setahun tak main bowling, since menang gold medal Khazanah Carnival last year. Biasalah orang Malaysia ni kalau dah jadi juara, dah tak payah training banyak-banyak lagi. Cukup laa dengan pujian, tanah, datukship, bini/awek artis... ekekekeke...
Sepatutnya semalam tu training sekali dengan selection untuk team aku for inter-department. Since departments kat company aku ni kecik-kecik, kitorang combined kan departments. Team aku ni - Grey team. Pastu takde respons untuk training semalam. So, by virtue of being a gold medalist from last year tournament, aku pun automatically selected laa. Diorang tak tau yang nak cucuk jari mana dalam lubang tu pun aku dah lupa. Ha ha haa...
Anyway, malam ni is the tournament. It's a team event, 4 to a team. Ada jugak individual prizes macam high game score and high series score. We'll play over 3 games, kalau tak silap aku. Aku tak tau macam mana performance aku malam ni nanti. Kalau ikut performance aku dalam Bowling Buddies kat facebook, high score aku 288. Ada siapa berani challenge aku? Ha ha haa...
Wish me luck.
Oh ye, sesiapa berani nak predict average score per game aku malam ni? Siapa yang teka tepat atau yang paling hampir tepat, aku belanja kopi mahal nanti balik KL. Tapi bukanlah kopi luwak yang keluar dari bontot tupai tu. Kopi stabak ke kofibin ke... haa sila teka. Rulesnya ikut cerita "The Price Is Right" - winning prediction is the one lower and closest to the actual score. Korang boleh teka banyak-banyak tapi tekaan pertama korang je yang aku amik kira.
Alright?!
Adios...
(p/s: Kalau nak live update score aku malam ni, follow me on twitter)
Posted at 9:31 AM 5 comments
Monday, June 15, 2009
Sebegini le rupanya mesin tu
Macam ni laa rupanya mesin tu...
dan macam ni lah keadaan aku waktu duduk kat atas mesin tu.
Mengerikaaaannnn... tapi tangan aku tak le berbulu macam tangan mamat dalam gambar tu.
Lagi mengerikan bila aku baca satu artikel tu, klik sini, kos mesin tu je dah $1 million. Tak pernah aku play around and be around benda yang semahal mesin tu. Dulu pernah laa waktu kerja kat bank, aku duduk dalam bilik kebal yang ada duit RM1.8 juta. Tapi ni mesin/benda.
Lagi mengerikan.... artikel tu kata "they expose patients to large doses of radiation, equivalent to at least several hundred X-rays, creating a small but real cancer risk." Huhuhuhu...
Aku called PMC tadi nak tanya result dan next appointment aku tapi Emma (misi doktor aku) cuti pulak. Hmmm... sure tak boleh tidurnya malam ni nih...
Posted at 4:29 PM 2 comments
Saturday, June 13, 2009
Sesesesese... tah aku takde idea nak letak tajuk apa
Ini aku nak buat satu pengakuan. Dengar sini elok-elok, rapat-rapat. Korang jangan ambik tak peduli dengan pengakuan aku ni. Sebabnya, kalaulah ada rezeki atau ditakdirkan aku jadi CEO ke ahli politik ke atau artis ke, bila wartawan tanya apa makanan kegemaran aku?, aku takkan jawab, "Salah satu makanan kegemaran saya ialah KFC." Ye laa... pernah ke korang tengok dalam biografi personaliti-personaliti, diorang tulis diorang suka makan KFC?
KFC ni memang laa jalan mudah untuk aku bila tak boleh nak berfikir nak makan apa. Ataupun bila aku rasa tak confident tentang tahap kebersihan ataupun keenakan makanan di food court especially food court Jusco Permas Jaya yang rasa makanannya, hmmm aku rasa makanan zirafah kat zoo Taiping lagi sedap kot. So, petang semalam pun sebab malas nak berfikir panjang nak makan apa kat food court Giant SA ni, aku pun ambil jalan mudah makan KFC saje lah. Heheheh...
Sekarang ni kat KFC, dah takde Hot&Spicy. Dah digantikan dengan KFC Fiery Crunch, yang lebih rangup dan lebih pedas. Aku pun rembat sesnack plate KFC Fiery Crunch. Bila dah duduk nak ngap, aku tengok dua botol sos atau meja. Sebotol, sos cili. Sebotol lagi, sos cili Thai. Sos tomato, tak nampak pun atas 5-6 meja depan aku. Malas lah aku nak bertekak lagi dengan pekerja atau pengurus restoran KFC hanya kerana orang Malaysia kurang makan sos tomato.
Tapi, orang Malaysia memang hebat! Dah le ayam pun spicy. Sos pun cili belaka. Tak macam orang Amerika, pengecut. Makan original recipe je. Lepas tu, sosnya pun sos tomato belaka. Cuma nak kurangkan kepengecutan diorang, diorang panggil sos tomato tu ketchup. Hehehehe...
Persoalannya: Berapa juta RM aku boleh saman KFC ni? Sebab bila doktor aku kata kadar kolesterol aku tinggi, aku syak ni semua berpunca daripada kulit ayam KFC yang perghhh... memang tak dapatlah aku tak masukkan ke dalam mulut aku. Rugi beb kalau kuis-kuis, buang-buang je kulit ayam KFC ni.
Dan... oleh kerana tahap kolesterol aku tinggi dan aku syak ia tinggi sebab aku makan kulit ayam KFC, aku nak tambah lagi satu kriteria kepada sesiapa yang berminat nak keluar dating dengan aku. Korang kena takde allergic atau pantang makan kulit ayam KFC, sebab bolehlah nanti korang makan kulit ayam KFC aku. Any takers?
Posted at 12:45 PM 7 comments
Friday, June 12, 2009
Sesiang sekali lagi di PMC
Last 2 weeks, korang tau kan aku gi buat full medical check-up yang siap kena buat stress test (running on treadmill) dan ada sikit comments laa from the nurses there. Tapi komen yang paling aku ingat sekali, dua-dua nurses tu cakap, "You tak nampak macam dah 30 lebih laa, nampak macam baru lepas sekolah je." Heheheh... bila aku dengar je komen diorang, makin laju aku berlari.
So, hari ni is my scheduled appointment to review the result with the doctor. Cuma, last week a nurse called me up to reschedule my appointment earlier. Dia kata doktor nak jumpa awal, nak discuss about result of the stress test. Aku pun cuak laa because I know it involves one of the most important parts/organs of the body. Tapi aku kan dari Johor, aku dah apply cuti semua for today, malaslah aku nak reschedule earlier, kan.
Aku siap cakap kat nurse tu, "don't tell me the doctor said that I won't live for the next 6 days. And if I were to die pun within that 6 days, nak buat macam mana kan? Dah takdir." Ha ha haa...
So, hari ni aku buat review dengan doktor. Semua ok, blood pressure, uric acid, liver, calcium, platelets, apa-apa entah lagi semua ok lah. Kecuali kolesterol aku tinggi lagi laaa. The only good side of it, the good cholesterol dah naik sebab aku exercise semua tu tapi bad cholesterol aku still tinggi. Jahat sungguh bad cholesterol aku ni.
Dan, satu lagi je problem nya. Yang doktor nak buat earlier appointment tadi tu. Hmmm... sekarang ni aku tengah.... lying on hospital bed, for the first time in my life aku kena pakai baju hospital. They put some wires to my body dan aku kena buat some scanning. For the time being, diorang kena monitor heart rate aku to stabilize around 65 before doing the scanning.
Oppss be right back.
--------------------
Sekarang aku dalam LRT nak ke Masjid Jamek then have lunch with Jijo. Tadi tu terberhenti jap sebab heart rate aku dah stabil, dan aku masuk bilik scan tu. All the procedures went well. They even inserted iodin to my body in order to have clearer image from the scanning. Rasa macam nak termuntah je bila iodin tu masuk dalam badan, pastu panaasss je satu badan.
After the scanning, doctors reviewed the films and they're ok with the result (gambar clear), so tak payah repeat. Jenuh laa kalau kena repeat, nak kena stabilize balik heart rate aku sebab lepas procedure tu jantung aku dag dig dug jadinya, sampai ke 80 heart rate aku. So, result will be out petang ni and communicated to doktor aku. Anything, my doktor will call me.
So far, aku ok. Tak payah nak tanya apa-apa, aku pun tak tau apa masalahnya dan berapa lama lagi aku boleh hidup. Heh!
Lagi satu lupa nak cite, scan tu costs nearly RM2000. Gila babas punya mahal dibandingkan dengan aku punya medical check up yang only RM900. Huhuhu...
Posted at 12:42 PM 1 comments
Tuesday, June 09, 2009
Sesedulu bersama mak korang
Korang sure ada banyak benda-benda yang waktu kecik-kecik dulu mak atau bapak korang buat ke atas korang. Sure ada benda yang korang suka atau yang korang tak suka. Bagi aku, banyak laaa benda yang aku suka. Dan ada juga benda yang aku tak suka.
Benda yang aku tak suka, sampai menangis-nagis dan menitis-nitis air mata aku jadinya. Kalau bapak aku gunting rambut aku. Entah apsal, kalau pergi gunting kat kedai, rilek je aku. Tapi kalau pak aku gunting, hmmm berderai.... lagi satu kalau pak aku ajar aku mengaji, adehhhh baru baca "Bismil....." je pun dah boleh berderai, bercucuran air mata aku ni.
Dan benda yang mak aku buat kat aku yang aku tak berapa nak ok... sikat rambut aku. Perghhh dah le di-brylcream-kan atau di-code10-kan rambut aku sampai berkilat sambut aku. Pastu mak aku pegang erat dagu aku dengan sebelah tangan, dan sikat rambut aku dengan tangan dia yang sebelah lagi.
Pastu, eloooookkkkkkkk je rambut aku belah tepi, siap ada garis luruuuuusssss je macam pakai pembaris. Waktu kecik sampai darjah tiga macam tu kira ok laaa kan mak aku sikat rambut belah tepi tu, tapi bila dah darjah 4 tu macam tak ok laa bila mak sikat rambut ni. Nak laaa sikat rambut sendiri kan? Pastu, nak laa belah tengah pulak kan? Ha ha haaa...
Mujur lah bila tingkatan satu, aku dah di asrama. Takde lah mak aku sikat rambut aku lagi. Dan sampailah sekarang ni, rambut aku dah takde berbelah-berbelah, kiri ke kanan ke, tengah ke. Dah tak pakai sikat dah pun. Macam mana jari aku mengadunkan rambut aku pagi tu, macam tu lah jadinya rambut aku hari tu. Rambut dah tinggal sikit ni, tak payah pakai sikat pun takpe.
Tapi still ada orang yang bawak sikat kat poket belakang ek? Macam ada sorang pakcik aku tu, asal turun kereta je mesti dikeluarkan sikat dulu dan disikat rambut dia sambil tengok ke cermin kereta. Dan tadi waktu google-google Joey BPR (sebab ada kawan aku sorang tu, dia kata muka dia macam Joey BPR time muda-muda...), terjumpa laa gambar ni.
Aku rasa penat mak diorang dulu-dulu nak sikat rambut diorang ek? Ha ha haa....
Posted at 4:27 PM 3 comments
Monday, June 08, 2009
Sejumaat malam lepas dengan Kak Leha
Ini cerita benar. Terjadi kepada aku. Sebelum tu, korang kena kenal watak-watak dan props serta lokasi dalam cerita ni:
1. Cheng - kawan aku di tempat kerja lama aku di Shah Alam. Dia ni star player bola. Ada dalam entry sesebelum ni aku letak gambar dia.
2. Mat Saad - sama juga, kawan aku di tempat kerja lama aku di Shah Alam. Dia ni star player bola juga, ada jugak dalam entry sesebelum ni.
3. Kak Leha - ini nanti kemudian aku cerita siapa dia.
4. YM - yahoo messenger
5. Office Cheng - Cheng bekerja di bilik drawing di bangunan R&D. Dalam bilik tu, dia sorang je sebab dia sorang je yang in-charge for all the drawings.
(Dialog telah diadaptasi untuk disesuaikan dengan entry blog. Kesemua dialog berlaku dalam YM)
Jumaat, 29 Mei 2009 5:45pm
Cheng: Sorry, esok tak boleh nak breakfast lah. Nak gi Gemas, nak mengantar anak buah kahwin.
Deo: Ok lah lain kali kita minum sekali.
Ahad, 31 Mei 2009 11.15pm
Cheng has signed back in
Deo: Bro! Kat mana ni?
...no reply
BUZZ!!!
Deo: Halloooooo....
(around 11.45pm, Cheng has signed out)
Jumaat, 5 Jun 2009 around 3.30pm
Cheng has signed back in
Deo: Broooooo.......
Cheng: Ye ye...
Deo: Mana pigi, cuti balik kampung ke?
Cheng: Tak laa tak cuti, company block YM tak boleh access, ni baru boleh masuk semula.
Deo: Oooo... ehhh hari Ahad lepas YM Cheng menyala jam 11 malam, online dari mana tu?
Cheng: Kau biar betul? Mana ada online? Kat rumah tak online laa..
Deo: Hmmm...
Cheng: Jangan-jangan Kak Leha pakai komputer aku tak?
Cheng: Macam mana nak tukar password Yahoo! aaa?
Deo: Jap, kena check laa tak biasa buat ni.
Cheng: Ok lah gi check dulu, nak gi main karom jap.
Deo: Ok. Nanti aku kasi step-by-step instruction.
Cheng has signed out.
(around 6.35pm, Cheng has signed back in)
Deo: Dapat tak instruction tu? Faham tak?
Cheng: Hmmm... tengah nak fahamkan laa ni.
Cheng: Ok bro, dah tukar dah. Thanks.
Deo: Ok. No problem.
Jumaat, 5 Jun 2009 8.15pm
Deo: Aikk... ada lagi? Jam berapa nak balik ni bro?
Cheng: Jap lagi nak balik lah.
Cheng: Leha habis kerja jam 8.30.
Deo: Ha ha haa... haaa cakaplah Leha Leha, nanti keluar betul-betul kang?
Cheng: Ye, Leha laa ni. Abang Cheng dah balik. Ni Abang A**ul kan?
Deo: Hehehehe.. ye laaaa....
Deo: Leha, kau gi hembus telinga abang Cheng perlahan-lahan. Tak pun kau gigit je tengkuk dia sikit. Ha ha haaa...
Cheng: Abang Cheng dah balik laa. Tinggal Leha sorang je kat dalam bilik ni.
Deo: Kenapa Leha tak ikut abang cheng balik? Tumpang naik motor dia, duduk kat belakang.
Cheng: Leha tinggal dalam bilik ni je laa...
Deo: Abang Cheng kat office selalu [tuuuuuuttttt... part ni tak lepas oleh Lembaga Penapisan Filem]
Deo: Leha kenal Mat Saad tak?
Cheng: Tak.
Deo: Laaa... star player bola company ni pun Leha tak kenal ke?
Cheng: Leha kenal abang cheng je sorang.
Deo: Ooooo... yang hari tu buang-buang baling-baling tray kat auditorium tu Leha punya kerja ke?
Cheng: Yang tu kawan-kawan Leha kot.
Cheng: Ehh ok lah Leha nak balik tempat Leha laa. Esok abang a**ul sembang lagi laa dengan abang cheng.
Deo: Rileks laa dulu Leha.
Cheng has signed out.
Sabtu, 6 Jun 3.30pm
Cheng has signed back in
Deo: Cheng
Cheng: Yup?
Deo: Kerja jugak hari ni?
Cheng: Biasa laaa....
Deo: Semalam balik kerja jam berapa?
Cheng: Awal, lepas tukar password semua tu. Dalam jam 7.15pm.
Deo: Ye ke????
Cheng: Kenapa?
Deo: Takde apa....
Cheng: Semalam, Mama ajak gi pasar malam Bukit Lanchung. Tu yang awalnya.
Deo: Main-main laa Cheng ni.
Cheng: Apanya?
Deo: Habis, yang aku borak dengan Cheng jam 8.15pm tu apa dia?
Cheng: Kau jangan main-main! Hari tu jam 11, ni jam 8 pulak?
Cheng: Patut-patut lah, takkan sampai ke YM???
Deo: Laaa betul laaa... Jap, nak check archive.
(too bad aku tak on kan message archiving, so takde history)
Deo: Hmmm aku tak on kan archiving function laaa.
Cheng: Ok lah nak buat kerja jap.
Sejam kemudian... perbualan telefon.
Deo: Cheng, kat office lagi ke?
Cheng: Ha'ah
Deo: Ni cerita semalam tu.
Cheng: Jangan cerita pasal ni boleh tak? Cerita pasal lain laa.
Deo: Ha ok lah.
Cheng: Jangan dia kacau saya sudah lah.
Deo: Ok ok.
Dah dua hari ni, walaupun aku tunggu tapi Leha tak online nak borak dengan aku.
Oh ye, fakta yang aku tertinggal di awal tadi. Cheng seorang yang agak takut dengan unsur-unsur halus dan aku dan kawan-kawan rapat yang lain yakin yang dia takkan main-main nak sebut-sebut, nak berlakon-lakon bila dia tinggal sorang kat office jam 8 malam macam tu. Dan Leha ialah nama samaran lembaga/makhlus halus yang tinggal di bangunan R&D company lama aku di Shah Alam.
Posted at 10:04 AM 6 comments
Friday, June 05, 2009
Semalaman hingga kesubuhan merempit
Iklan:
wit-ty
adj. wit-ti-er, wit-ti-est
1. Possessing or demonstrating wit in speech or writing, very clever and humorous.
2. Characterized by or having the nature of wit; funny or jocular: a witty saying.
3. Quick to discern and express amusing insights or relationships.
4. Entertainingly and strikingly clever or original in concept, design, or performance: a witty sculpture; witty choreography.
wit-ti-ly adv.
wit-ti-ness n.
Ada orang cakap kat aku...
Entahlah orang tu dalam keadaan sedar atau tidak, ataupun dalam keadaan sakit hati kat aku ataupun nak melobi aku untuk sebidang tanah di Johor (ha ha haa), "walaupun ur words were quite saucy but u still sound witty sometimes!"
Witty tu! I take it as complement... walaupun dia ada letak kat hujung tu sometimes. Well, at least I can be clever or original in concept or funny or jocular or humorous sometimes, kan?
Cerita:
By the time korang baca entry ni, mungkin korang bangun atau tak tidur-tidur lagi jam 4.30am. Ataupun kalau korang baca entry ni between 5.30am to 9.30am, aku dalam perjalanan dari KL ke Ipoh nak ke rumah mak-pak aku. Ataupun kalau korang baca entry ni between 9.30am to 12.30am, mungkin aku sedang cover tidur aku balik tak hengat. Ataupun kalau korang baca entry aku in between 12.30pm to 2.00pm, mungkin aku tengah kat masjid nak solat Jumaat (hmm... yang ni takkan lah mungkin jugak, kan?).
Ataupun kalau korang baca entry ni in between 2.00pm to 5.30pm, mungkin aku sambung balik tidur aku. Ha ha haaa... ataupun kalau korang menyalahgunakan kemudahan internet di office, yang jenis access internet dari office je dan korang baca entry ni pada hari Isnin, aku mungkin tengah kerja (kerja pun mungkin ek? he he hee...) kalaupun bukan tengah kerja, mungkin aku tengah ketip kuku kat ofis ke. Heh! Gasaklah bila pun korang nak baca entry ni.
Time aku publish entry ni, aku lepak kat McD KL Sentral. Ini je tempat yang boleh lepak legally kat KL Sentral ni between 12.00am to 5.00am. Kat tempat-tempat lain, korang boleh lepak sehinggalah korang dihalau oleh security. Kalau takde duit nak beli even fries ataupun sundae yang RM1 kat McD tu, korang boleh lepak ataupun baring/tidur je kat atas lantai kat luar KL Sentral (opposite Hilton dengan Le Meridian tu).
Yang aku tak pahamnya, Security sini lebih rela korang tidur baring-baring kat luar and depan pintu masuk KL Sentral tu yang membusukkan penglihatan daripada korang elok-elok duduk secara sopan sambil menggunakan komputer riba di salah satu meja di luar restoran KFC yang tidak dibuka 24 jam semata-mata untuk mendapatkan bekalan elektrik yang terlalu limited dan tidak diletakkan di tempat-tempat strategik walaupun pihak pengurusan KL Sentral menyediakan perkhidmatan wifi.
Haaa... amik kau luahan satu ayat daripada mangsa infra kelas pertama tapi mentaliti dunia lebih teruk daripada negara Somalia.
Kalau dah sediakan wifi free tu, sediakan lah plug points yang mencukupi, kan? Dah le plug points nya ada sekeping dua keping je kat tiang mana-mana tah. Pastu tak boleh pulak lepak dekat-dekat plug points tu. Bukannya aku saje-saje datang KL Sentral sebab nak curipakai wifi, aku ada tiket laaa... tiket jam 5.30am. Aku tanya balik security tu (kesian lah pulak sebab dia kena drill dengan aku), "Kalau saya tak boleh duduk sini sebab KFC tak bukak 24 jam, tunjukkan saya kat mana saya boleh gunakan plug point."
Dia kata, "sebenarnya tak boleh pakai plug points kat sini-sini..." Aku questioned dia balik, "Habis tu apasal Management provide free wifi tapi tak provide plug points? Ingat laptop pakai batteri AA ke?" Dah Security tu asyik quote "management bagi arahan", "management bagi arahan", aku pun boring laa nak argue dengan dia, macam tak constructive, macam tak challenging. So, aku blah je lah dari situ dan lepak kat McD ni yang jugak ada satu je plug point di mana meja berhampiran plug point tu telah diambil oleh seorang pelanggan yang sedang tidur. Damn it!
Dan nak je aku hempuk kepala pelanggan yang tengah tidur tu dengan tray McD ni supaya dia pi tidur kat meja lain yang berjauhan daripada satu-satunya plug point yang terdapat di McD yang dibuka 24 jam dan satu-satunya tempat yang legal untuk lepak between 12am to 5am di KL Sentral ni.
Nasib baiklah aku hanya ada 2 jam setengah je nak tunggu sebelum tren aku tiba sebab aku lepak kat mamak kat Putrajaya beberapa keping geng reban tadi. Adalah si delinn ratu cantik sintok, arc, lb, angah, wan, krozz dan yop.
Itu je lah nak cerita. Agaknya pasal kes-kes macam kat atas tadilah yang ada orang tu cakap aku witty 'sometimes' je kot. Adehhh... macam manalah gayanya nak jadi witty all the time ni, ek?
Posted at 4:38 AM 0 comments
Thursday, June 04, 2009
Semalam nanti di KL Sentral
Flashback:
Aku di Sofitel Senai ni. Seperti yang kujangka (macam lagu KRU) sampai je aku di ofis dari meeting di Gelang Patah semalam, bos aku suruh aku attend workshop UPEN tu pulak kat Senai. Berlari berkejaran lah aku lupakan segala duka aku ke Senai pulak.
Cerita:
Esok (Jumaat), company aku cuti. Ganti Sultan Mizan punya harijadi. So, aku plan nak balik Ipoh laa. Lamaa dah tak tidur bawah ketiak mak nih. He he hee.. cadangnya, memang aku malas nak drive ke Ipoh tu sebab kalau aku drive, sure aku akan stop overnight kat Shah Alam nak recharge. Tapi kalau setakat cuti tiga hari, dengan nak recharge kat Shah Alam pergi dan balik, ada laa dapat setengah hari je aku spend time kat Ipoh.
Dari bulan lepas lagi aku dah usha tiket kapalterbang JB-Ipoh. Takde perkhidmatan, baik MAS, Air Asia ataupun FireFlyz. Aku try check KL-Ipoh pulak. Pun takde. Hmmm dah ditamatkan perkhidmatan ni. So, lapangan terbang Ipoh dah jadi apa sekarang ni ha? Dan aku berkira-kira lah nak beli tiket keretapi je. Cuma JB-Ipoh ada satu je direct train dan masanya tak sesuai dan lama sangat perjalanannya. Naik bas? Hmm... no way unless it is emergency dan dah takde pilihan lain lagi.
Akhirnya, aku decided nak naik coaster yang company provide JB-KL. Turun kat Menara TM, then aku naik LRT ke Sentral dan amik train ke Ipoh. So, aku beli tiket keretapi KL-Ipoh je lah. Balik hari Ahad nanti pun sama macam tu. Naik train KTM Ipoh-KL, sampai KL Sentral aku akan naik LRT ke Menara TM dan naik company coaster KL-JB.
Masalahnya pulak, dari JB coaster akan gerak jam 6pm. Dan biasanya akan tiba di Menara TM jam 10pm macam tu. Train malam KL-Ipoh ada jam 9.30pm which memang tak sempat. Dan last train out is at 10.30pm. Yang ni aku tak berani nak gamble laa takut terkejar-kejar aku nanti. So, the best way is to buy the first train out which is at 5.30am dan tiba di Ipoh jam 8.30am Friday.
Masalahnya pulak lagi, kalau coaster aku sampai jam 10pm, aku sampai di KL Sentral jam 11am, apa aku nak buat sementara tunggu jam 5.30am ni? Adehhh... yang pasti, aku malas nak balik ke Shah Alam. Sebab, kalau aku balik Shah Alam, dah sure aku malas nak balik ke Ipoh. Tambah pulak dengan aku tak berkeretanya kali ni, kan?
Hmmm... takpe lah, tengok lah mungkin aku lepak kat Steven's Tea Garden kat Midvalley yang 24 jam tu atau lepak je laa kat ceruk mana-mana kat KL Sentral tu sesambil online, sesambil main facebook ke, twitter ke atau ada ke sesape nak layan aku kat tag box ke ataupun Jijo nak datang KL Sentral dan temankan aku borak-borak sampai pagi ke. Apa gunanya ada kawan kan, Jijo? Ataupun aku gi tidur kat masjid negara ke atau dataran merdeka ke atau kat bangku mana-mana kat Central Market je ke, atau aku gi sewa rumah tumpangan mana-mana, atau ahhhh... tengok lah macam mana nanti.
Okay, workshop dah nak start.
Adios bebeh...
Posted at 8:28 AM 3 comments
Wednesday, June 03, 2009
Sepetang semalam di Kuala Sepetang <-- macam real je.
Iklan:
Kalau aku jadi Menteri Pelajaran, aku kasi sekolah cuti 265 hari supaya jalanraya tak jem. Ha ha haa… alaa lagipun syllabus sekolah kat Malaysia ni aku rasa 100 hari setahun pun dah cukup, dah boleh cover. Oppsss… Tapi, kalau nak jadi Menteri Pelajaran, aku kena bertanding pilihanraya. Kalau aku nak menang dalam pilihanraya, aku tak boleh jadi calon Bebas. Aku kena join dan jadi calon mana-mana parti beruk kat Malaysia ni. Adehhh…. Tak jadi lah nak jadi Menteri Pelajaran, jem pun jem laa…
Cerita:
Semalam petang boss aku suruh aku attend satu workshop oleh UPEN untuk dua hari, Rabu dan Khamis 8.30-5.30pm kat Sofitel, Senai. At the same time, boss aku suruh aku attend jugak satu meeting kat Medini hari Rabu 10.00am. Adehhh… dia nak juga aku attend dua-dua benda ni. So, sepetang lah aku berkira-kira macam mana nak aku lalui hari ni.
Dah le UPEN tak kasi itinerary workshop tu. So, aku berkira-kira laa untuk attend meeting di pagi Rabu, then lepas meeting tu baru lah aku join workshop. Tapi, biasanya the gist of a workshop is in the first session. Mungkin facilitator nak pecahkan kitorang ke dalam kumpulan ke, ataupun nak assign tasks or just brief on the deliverables.
Aku berkira-kira jugak nak attend workshop from 8.30 to 9.30am kat Senai then cabut ke Medini for the meeting. Senai to Medini aku rasa ada laa dalam 30 minit kot. Macam orang gila jugak laa kan jadinya aku nanti. Mau berbakul sumpah seranah waktu driving yang terkejar-kejar tu nanti kan? Mau laa semua pemandu kat Malaysia ni jadi bodoh pada pandangan mata aku, kan? Ha ha haa…
At last, boss kepada boss aku nak boss aku jugak yang attend workshop tu. So, aku attend meeting setengah hari. Boss aku attend workshop dua hari. Maknanya…. kemerdekaan selama satu setengah hari! Jangan boss aku suruh aku ganti dia untuk workshop second day tu sudah le.
Iklan:
Cakap pasal boss ni kan, korang sure tak tau kan pasal Si Puaka dah nak kena transfer ke tempat lain. Alsebabmusabab nya sebab tak perform laa... apa lagi.. ha ha haaa....
Posted at 9:00 AM 0 comments
Monday, June 01, 2009
Sesiang di PMC
Aku sekarang di Subway, KL Sentral. Ye! Subway Restaurant yang takde kat JB tu. Huhuhu...
Hari ni aku ada medical check-up kat Pantai Medical Center. Bukan pre-employment check-up laa. It's just a routine check-up provided by the company once in 2 years. Alang-alang dah company bayarkan, buat je lah. Elok pun kalau early detection ni. Lagipun dah lamaaaaa sangat aku tak check cholesterol level aku yang tinggi ni.
So, pagi-pagi aku dah keluar rumah, sebelum jam 7am. Dan aku sampai kat PMC tu jam 7.30am sedangkan appointment. aku jam 8.30am. Melangut je laa aku kat lobby sambil tengok misi lawa-lawa masuk kerja. Dah le tak boleh nak minum, nak sarapan, sengsara jadinya aku nak tunggu sejam lagi.
First thing yang aku kena buat - amik urine dengan amik darah. Ok je sebab aku memang rasa nak terkencing dari tadi. Cuma, tengahari semalam aku lunch kat Mak Jah, makan sambal tumis ikan bilis dan petai. Hmmm... so time kencing tu adalah lagi sipi-sipi bau petai. Lantak le nanti bila diorang bukak botol urine aku tu sure semerbak je kan? Ha ha haa.... lepas amik urine dengan darah, aku ke x-ray dan ultrasound pulak.
Nak check janin agaknya. Ha ha haaa...
Untuk ultrasound, aku kena penuhkan bladder aku. Minah kat kaunter tu kata, minum sampai terasa nak kencing. Adehhh, dah le baru lepas amik urine tadi. Berlahak-lahak aku minum air masak. Sesambil nak penuhkan bladder aku, gi buat x-ray dulu. Dah le bilik tu sejuk, pastu kena bukak baju, pastu lembuuuutttt je tangan awek tu pegang-pegang belakang badan aku. Fuuuhhh... nasib baiklah x-ray bahagian atas badan je.
Sampai kembung perut aku ni minum air masak tapi waktu aku masuk first, bladder aku belum cukup penuh lagi. So, kena tunggu kat luar sampai rasa nak kencing lah pulak. Bila dah aku rasa nak terkencing sangat, bilik untuk ultrasound pulak dah penuh. So, aku kena mengepit laa tahan kencing for a good 15 minutes sebelum buat ultrasound scan tu.
Gila betul, rasa macam tahan kencing waktu stuck dalam traffic jam kat Federal Highway je. Tapi yang tersegannya sebab misi tu suruh aku londehkan seluar. Malu laaa, lain lah kalau nak pi urut tak laa malu nak londeh seluar. Ha ha haa. Dah settled, diorang bagi aku makan sandwich then baru jumpa doktor.
Then, diorang pasang all the mak bapak wires kat badan aku before aku stepped on the treadmill. Bagai nak gila jugaklah inclination dia naik every three minutes. After about 13 minutes, diorang kata ok dah cukup. Lega! Itupun macam nak tercabut nyawa dah larinya, mana dengan badan penuh wires, then tangan aku dibalut dengan blood pressure punya gadget tu.
So, ok lah. Lagi seminggu aku jumpa doktor semula untuk review. Sebelum jumpa doktor tu, aku nak makan lah beriyani ke kambing ke kulit ayam KFC hot & spicy ke, sebelum doktor kata macam-macam, kan? Huhuhu....
Posted at 12:08 PM 0 comments