Monday, June 30, 2008

EURO2008:Terkenang-kenang


Ok, Euro 2008 dah selesai. Pasukan Sepanyol menjadi juara, menewaskan Jerman 1-0. Pemain terbaik perlawanan akhir ialah Fernando Torres yang juga penjaring gol tunggal perlawanan. Bagi aku takdelah banyak pun kenangan tentang Euro 2008 ni. Untuk pengetahun korang, takde satu pun game penuh yang aku tengok live termasuklah game final. Aku dok tengok sekerat-sekerat, takpun aku bangun tidur, check out results ataupun aku tengok rematch the following night, itu pun bukan satu game penuh. Dah laa team favorite aku tersingkir awal, match results prediction aku pulak semuanya dok tersasar je. huhuhu...

Anyway, see you in Poland-Ukraine 2012!

--------------------

Semalam aku ke Amcorp Mall, mencari-cari pinggan mangkuk. Almaklumlah nak masuk rumah baru ni. Dulu, kawan aku ada beli pinggan mangkuk Ikea at 40% diskaun di Amcorp Mall. Aku rasa dah takde lagi kedai tu. Cuma ada kedai yang jual pinggan mangkuk ala-ala English style yang berbunga-bunga tu. Emmm... bukan taste aku agaknya, tapi murah!

Dalam dok berjalan-jalan kat Amcorp Mall tu, tiba-tiba aku teringatlah dengan si delinn. Apalah khabarnya dia first day di Sintok tu kan? Haa... jangan nak speku bukan-bukan. Takdelah aku tetiba teringat kat dia, kan? Aku teringat pun sebab aku nampak kedai ni...



So, aku pun called delinn. Happy sungguh bunyi suara dia. Benda pertama yang dia kata kat aku, "aku dah nampak dua cyber cafe!" Laaa... itulah benda yang disurvey dulu, rupanya?!

Rupanya family dia masih ada di Sintok. Dah berasap-asap dapur rupanya ada acara masak-masak dan makan-makan. Aku tak payah tanyalah delinn dia masak ke dia makan kan, aku dah boleh agak jawapannya. Aku tanya laaa dah bertukar-tukar makanan dengan jiran-jiran ke macam aku punya prediction? Belum katanya, tapi dah mula sembang-sembang dengan jiran, kekdahnya! Tepat sangkaan aku... *aku bayangkan delinn pok pek menyembang dengan jiran sambil sidai kain batik kat belakang rumah*

Aku pun tanya lagi, Sintok tu ada shopping mall apa yang besar? Tujuan aku bertanya tu sebab nak cakap apartment sewa aku nanti hanya 3 minit memandu dari Jusco! Menjerit minah tu mendengarnya. Petang tu jugak, sedang aku sedap tidur delinn sms aku, "aku dah merayap ke bukit kayu hitam dah hahaha"

Amboi! First day dah tawaf habis. Next weekend ke manalah tujuan si DQ Merpati tu? Wakakakaka....


Sunday, June 29, 2008

EURO2008: One step away


Germany and Spain (or Jemang and Sepang in Terengganu slang) is just one step away from clinching their fourth and second Euro title, respectively. Germany won in 1972 and 1980 under the banner of West Germany and won again in 1996 as a unified Germany. And Spain will try to emulate their 1964's victory over Soviet Union.

--------------------

Untuk aku, Euro 2008 milik Jerman. Aku pernah juga meminati pasukan Jerman sewaktu Lotthar Matthaeus mengemudi jentera tengah pasukan tersebut. Tambah pulak lagi warna merah, kuning, hitam, putih pasukan Jerman sama dengan warna sekolah aku, kann? Lagipun, bak kata kawan aku yang aku ni macam suka me'respect' dan meng'idola'kan orang-orang yang berwatak pemimpin, so.. karakter pemain-pemain Jerman yang berdisiplin tu macam sesuai sangat dengan taste aku.

Tak macam pemain-pemain Sepanyol yang macam hula-hula, enjoy-enjoy, rambut panjang, baju tak masuk dalam, pastu jersi warna caca marba merah-biru yang tak color coordinated langsung tu. Tapi ok lah, it will be an interesting final. Good luck to both teams, good luck to me untuk bangun tengok game dan tak mengantuk esok di tempat kerja.

My prediction: Germany 3, Spain 1

-------------------

Sepermegian delinn meneruskan cita-cita ke Sintok, sob sob sob, aku pun meneruskan pemergian aku ke JB untuk mencari tempat bersemayam dan berkubang aku nanti menjelang Ogos bila aku kena transfer ke JB. Macam Bangla laa aku semalam, dari jam 9 pagi sampai 4.30 petang memandu ke sana ke sini sekitar bandaraya JB mencari lokasi.

Aku buat appointment dengan dua agen hartanah. Yang mula-mula aku jumpa pagi tu sungguh menghampakan dan mendukacitakan. After viewing two properties yang tak berapa men'drop'kan aku punya jaw, kitorang proceed to the third property.

On the way ke situ, the agent called aku yang trail kereta dia di belakang, "Encik.. itu rumah aaa... ada itu cat hitam, you ada pantang larang ka?" Aku ingatkan dinding dia cat warna hitam. At first aku kata, gila ke cat dinding warna hitam. Then agent tu cakap, "itu owner aaa... dia ada hutang, dia punya rumah kena baling cat. tapi itu owner cakap aaa.. sebelum you masuk, dia boleh kasi clear itu hutang." Aku cakap pada agent tu, "takpelah tak payah pergi tengok..." Gila apa aku nak duduk rumah yang dihantui ah-long. Ada yang aku tidur di office sebab takut nak balik rumah.

Sementara menunggu appointment aku dengan agen yang sorang lagi jam 3.30 petang, aku merayau-rayau dan meredah je security house apartment mana-mana yang nampak menarik. Tanya situ sini, itu ini, ada laaa dua tiga apartment fully and partial furnished yang aku berkenan. Tapi belum ada confirmation.

Then, 3.30 petang, aku berjumpa agen yang sorang lagi nih. Dia ada satu property je yang dia nak tunjuk sebab satu lagi tu, owner dia pergi bercuti laa pulak. Perjalanan dari Plaza Pelangi agak jauh, ikut jalan belakang potong sana sini. Dalam perjalanan tu, puas aku mengagak mana satu laaa apartment yang dia nak tunjuk ni? Ada jugak laa terfikir yang dia nak kidnap aku. Hahahahah...

Siap lalu Jusco, Kelab Golf, macam-macam lah. Dan akhirnya tiba laa ke apartment yang dijanjikan. Terus naik ke unit yang nak ditunjukkan. Aku tak ingat tingkat 6 atau 8. It's a 1-year old apartment, 3 bedrooms and 2 bathrooms. Fully-furnished! 4 units of air-cond (in every room and 1 in living room), bedrooms fitted with wardrobe, bed and side table, dressing table. 2 water heaters (1 in every bathroom). Kitchen furnished with new 2-door fridge, kitchen cabinets, stove yang jenis kaca sekeping tu, microwave, toaster, periuk nasi, kettle, sudu, senduk, pinggan, mangkuk, mugs, mug Tiger beer pun ada. Washing machine. Semua baru!!!

In living room, ada sofa, dining table dengan coffee table. Ada pulak tv Philips flat screen 29 inci dengan sound system dan karaoke set. Dan view from te balcony, is SINGAPORE!!! tapi yang side industrial dengan portnya laaa.. still I can see causeway from the balcony. Terus lah jaw aku ni drop dan terus aku letak earnest deposit RM200. Itu je yang ada dalam wallet aku selain daripada duit tol balik nanti.

Inilah gambar apartment bakal tempat aku bersemayam come August, aku dapat dari internet...
Yang tu swimming pool dan units yang facing swimming pool, viewnya golf course. Apartment sewa aku on the other side with SINGAPORE view.

Description dari internet, meh aku nak quote... "located at Permas Jaya, 20 minutes drive to town centre & causeway, 3 mintues drive to Jusco Shopping Centre, easy access to Pasir Gudang Highway." Harusss laaa aku apply J-card dan bergeluman sewaktu J-card sales nanti!

Dan kalau korang nak buat parti bogel bbq ke, nak main tenis ke, nak main badminton ke, nak workout kat gym ke, nak gi sauna ke, nak mandi swimming pool ke, nak mancing kat kolam ikan ke, nak main golf kat golf course next door ke, mai laaa datang apartment sewa aku ye, mulai 1 Ogos 2008.

So, aku ni just one step away (bawak badan dan anggota-anggotanya dan pakaian je) untuk pindah ke JB.

Bye-bye light-light Shah Alam and KL!


Tuesday, June 24, 2008

EURO2008: Half-time break


Sekarang Euro 2008 tengah berehat. Barulah peminat-peminat fanatik dapat menikmati tidur malam yang lena. Barulah dapat si isteri atau isteri-isteri peminat-peminat fanatik merasa dipeluk ketika tidur. Atau mungkin terganggu semula tidur si isteri atau isteri-isteri peminat fanatik dengan dengkuran si suami.

Salah satu perbezaan menonton bolasepak secara langsung dari rumah dengan menonton secara langsung di stadium ialah persembahan sewaktu rehat separuh masa. Tapi, kalau setakat persembahan cheap publicity macam penonton-penonton berkaki bangku mengambil sepakan penalti setakat untuk memenangi goodie bag syarikat yang iklan berambut biru, baik tak payah.

Kalau persembahan pancaragam ATM atau PDRM, itu aku suka! Tak pun persembahan pancaragam Sekolah Tun Fatimah yang pakai skirt pendek-pendek (ye ke Ima?) pun aku suka!

Kalau sekarang ada Euro 2008 versi Sabah dan Sarawak, aku rasa tak payah susah-susah nak fikir siapa nak buat persembahan waktu rehat separuh masa. Dah tentu Pak Lah dan menteri-menterinya berbondong-bondong menawarkan diri nak buat persembahan. Alaa... tak perlu buat research, tak perlu buat rehearsal... guling-guling di padang, garu-garu badan, buat lawak sebaris dua, baling goodies kepada penonton dalam sebaldi dua. Happylah penonton!

--------------------

Aku rasa sekarang ni kalau rakyat Sabah dan Sarawak minta Pak Lah meluluskan peruntukan elaun untuk trim bulu kote pun, aku rasa Pak Lah luluskan. Yang penting rakyat Sabah dan Sarawak happy!

Alasan tuntutan elaun trim bulu kote...
1. Mentrim bulu kote memang menjadi amalan sebelum ini.
2. Masa-masa terluang untuk mentrim bulu kote yang menjadi amalan sebelum ini telah terpaksa digunakan untuk melakukan kerja lebih masa akibat kesan kenaikan harga bahan api dan makanan.



Kalau suruh Pak Lah dan menteri-menterinya trimkan bulu kote rakyat Sabah dan Sarawak pun, aku rasa Pak Lah sanggup!


Friday, June 20, 2008

EURO2008: Demam bola


Menangislah wahai peminat-peminat bolasepak yang minatnya hanya berdasarkan ke'jambu'an pemain sesuatu pasukan. Menangislah teresak-esak sebagaimana pemain yang korang kata jambu gile tu menangis sebab sepakan penalti tak masuk. Malam tadi dia menangis teresak-esak tak?

--------------------

Minggu ni takde mood sangat nak update blog. Blog ni demam, agaknya. Macam tuan dia, demam. Demam bola? Tak kot sebab Les Bleus dah tersingkir.

Demam... emmm... penat bekerja? Tak sesekali sebab aku ni kat workalcoholic, di samping rebano-tagolic wakakakakak

Demam... emmm... rindukan someone? Mungkin kot...

Demam... demam... demam... tapi ini bukan alasan untuk tidak mencari kayu api. Aku bukan meminta simpati tapi semoga mendapat pertimbangan. Hehehehe...


Wednesday, June 18, 2008

EURO2008 - Local version


The first XI - biru! Italy atau Perancis? Ambiklah Perancis, main macam perempuan...



The hooligans sesat. England tak qualify euro, brader!



The fans tak dapat masuk stadium, tiket sold out...



The pundits...



The cheerleaders...



The bomoh hujan: Lega tak hujan
And the bookie: tahun ni kureng masyuk, malaysia england tak qualify...



The local council: org putih pun makan kuaci ke?



Monday, June 16, 2008

EURO2008: Bergadang, lentok, main gear

Mulai malam tadi, pasukan-pasukan yang bertanding di Euro 2008 mula bermain dalam perlawanan terakhir dalam pusingan awal. Kepada peminat-peminat di Malaysia, ini bermaksud tiada lagi perlawanan yang bermula jam 12 tengah malam. Hanya ada perlawanan-perlawanan yang bermula jam 2.45 pagi.

Mesti pagi esoknya lentok je nak ke pejabat. Kalau duduk dalam meeting, mesti darah tak mengalir ke kepala, sebaliknya mengalir ke kepala yang satu lagi hingga membuat kepala yang satu lagi aktif dalam meeting. Aduuuhhhh... takpe, aku akan kosongkan jadual kerja aku hari Rabu nanti supaya boleh aku lentok beri'tikaf di surau. Go France!

--------------------

Nasi lemak favorite aku ialah nasi lemak Lentok di area Taman Permata. Walaupun ahkamsa kata nasi lemak Pak Ayob di Seksyen 20, Shah Alam tu sedap sehingga keluar dalam paper.

--------------------

Aku rasa satu fatwa patut dikeluarkan oleh PDRM. Selama ini mereka menyaman pemandu-pemandu kereta yang lentok kerana melekapkan handphone ke bahu untuk bercakap-cakap dalam handphone. (kalau difikirkan, mungkin tak wajar untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan handphone ketika memandu sebab mungkin itu panggilan kecemasan atau panggilan daripada boss mereka yang kalau diorang tak jawab, mesti dia akan cakap "baik campak lombong je handphone tu")

PDRM sepatutnya menyaman pemandu-pemandu yang aweknya lentok di sebelah hingga menyebabkan kenderaan terhuyung hayang atau sekejap laju sekejap perlahan. Aku tahu yang bila laju tu sebab pemandu kereta tu tersentap kesedapan lantas menekan pedal minyak. Atau mungkin kejadian penumpang sebelah lentok disebabkan faktor kecemasan juga?! Ye tak ye, bawak kereta kenalah main gear. Bukan gear tu laaa, NGOK!


Friday, June 13, 2008

EURO2008: Fear of flying


Fear of flying is a fear of being on a plane while in flight. It is also sometimes referred to as aerophobia, aviatophobia, aviophobia or pteromerhanophobia.

Do you know Dennis Bergkamp (Holland; Ajax, Inter Milan, Arsenal) is well known for having a disabling fear of flying, which developed after the Dutch squad were involved in an incident concerning their aircraft during the 1994 FIFA World Cup in the United States.The Dutch squad travelled together with a group of journalists, one of whom made remarks about the long waiting time, wondering if there was a bomb on the plane. This provoked a panic amongst passengers and in particular Bergkamp. This incident reminded Bergkamp of a plane crash which killed many Surinamese-Dutch players when they flew to Suriname.

Ever since, Bergkamp has had a dislike of flying. This gave rise to the nickname the non-Flying Dutchman, a variation on The Flying Dutchman. He was thus often unable to play for Arsenal outside of England. He would, if required, take a train or drive there himself. The tiring nature of such long journeys to Europe forced him to miss domestic matches around European away games. Bergkamp retired from international football after the 2000 European Football Championship.

--------------------

Portugal is flying high after two wins in EURO2008. Semalam baru lepas belasah Czech Republic 3-1 lepas diorang belasah Turki 2-0. At this moment, they look like one of the favorites to win EURO2008 besides Spain. Di samping Portugal dan Spain, satu lagi pasukan yang is flying high at this moment adalah Holland, dan kali ni Bergkamp dah takde, no more fear of flying. Sebaliknya, aku yang fear of the high-flying team. Sebab pagi esok, pasukan favorite aku akan jumpa Holland in a do-or-die battle for Les Bleus.

Bonne chance Les Bleus!

--------------------

Ok. Cerita tentang flying flying ni, dulu, dulu-dulu waktu aku ter, diulangi tertengok drama-drama melayu. Kagum sungguh bila aku tertengok betapa hebatnya ahli-ahli korporat ni. Naik kapalterbang, pergi meeting ala-ala meeting Lembaga Pengarah tapi tak challenging langsung dan presenter macam baca sebutir-sebutir kat presentation pun Chairman boleh approve resolution tu. Then lepas meeting, naik kapalterbang, sampai rumah. Senang sungguh pergi balik meeting naik kapalterbang. Kalau domestik ok lagi, kalau pergi luar negara, memang aku kagum dalam tak percaya pun ada.

Tapi bila aku dah dewasa, aku dapat rasa semua tu. Pergi balik meeting naik kapalterbang, dalam dan luar negara. Semata-mata pergi meeting je. Jalan-jalan kat bandar pun tak sempat. Shopping pun kat duty free je.

Tapi, ada tapinya lagi...

Takdelah aku sesenang tu pergi balik meeting naik kapalterbang! Aku kena buat request paper, isi borang itu ini, mintak sign sana sini, memujuk rayu dan 'merasuah' dengan cokelat duty free kepada orang yang nak buat flight booking. Aduuuhhhhhh...

Dan paling bestnya pagi semalam, flight aku jam 7.35 pagi dari KLIA. Jam 5 pagi, setiap jam loceng yang ada fungsi alarm kat dalam rumah ni berbunyi sahut-menyahut. Kalau alarm kereta aku tu boleh disetkan alarm pun, aku setkan sekali. Habis aku kunci semua jam supaya bunyi jam 5 pagi, supaya aku tak kesiangan. Sudahnya, off alarm yang sini, yang sana bunyi, yang sana berhenti, dalam bilik pulak bunyi. Masuk dalam bilik air, bunyi pulak yang dekat luar tu lagi sebab aku tekan snooze tadi. Dah siap-siap nak keluar rumah, bunyi pulak lagi satu jam. Laaa... dah jam 6.15 pagi baru bunyi? Jam tu lewat sejam rupanya....

Takdelah sesenang yang aku tertengok dalam drama-drama melayu. Takde pun diorang kena kunci jam loceng sebab nak bangun pagi kejar flight gi meeting?!

Dan aku takde fear of flying. Aku hanya fear of flying kalau dapat duduk sebelah seat perempuan gemuk dan masam! Harus aku tarik dan pakai corong oksigen tu setiap masa.


Wednesday, June 11, 2008

EURO2008: Jangan pakai spender


Kalau korang tak tau atau tak pernah pakai atau tak pernah lihat atau korang tak pernah siapkan seluar bola untuk pakwe atau laki korang, sebab pakwe atau laki korang tak reti main bola, ni aku nak cerita.

Seluar bola, biasanya spendernya dijahit terus dengan seluar tu. So, macam 2-in-1 lah jugak, sekali sarung kaki, sekali sarung spender dan seluar sekaligus. So, untuk memudahkan kerja-kerja pemakaian seluar dan pendobian selepas game, pemain-pemain bolasepak biasanya tak pakai spender lain (yang macam pakai pergi kerja tu, untuk yang pakai spender pergi kerja laa...). Ada juga yang pakai spender lain, takde masalah cuma tak syok laa pakai dua lapis spender, loose and attached to the shorts.

Satu lagi, ini applicable untuk boxer wearers (ada ke istilah wearers?!). Sure tak selesa punya pakai boxer yang loose dan paras panjang hingga ke pangkal peha, lepas tu pakai pulak seluar yang ada attach spender. Jadi, biasanya boxer wearers ni akan pakai tight short sebelum pakai seluar bola yang ada attach spender.

Tapi, ada juga jenis yang pakai spender lain, lepas tu pakai tight, lepas tu pakai pulak seluar yang ada attach spender. Jawabnya, tiga lapis seluar dalam dia pakai. Boleh setengah masak telur!

--------------------

Peringatan untuk boxer wearers, especially. Kalau nak pakai baju masuk ke dalam, tolonglah masukkan baju tu ke dalam seluar or pants. Toloooooonnnngggg laaa jangan masukkan baju tu ke dalam boxer. Atau dalam kata lain, bahagian baju yang dimasukkan ke dalam, mesti berada di antara lapisan seluar dan boxer.

Especially kalau korang jadi imam time solat. Aduuuhhhhh toloooonnnngggg laaaaa... tak boleh concentrate aku jadinya, tambah pulak jenis boxer yang rainbow color!


Tuesday, June 10, 2008

EURO2008: Bad hat day


Where is the moment we needed the most, you kick up the ball and the magic is lost. They tell me your blue jerseys fade to orange, they tell me your passion's gone away. And I don't need no carryin' on.

You had a bad day, the results don't lie. You're coming back down and you really don't mind. You had a bad day. You had a bad day...

--------------------

Sejak pertengahan tahun 2006, ramailah peminat-peminat bolasepak yang telah, secara tiba-tiba, mengekspresikan bahawa Itali adalah pasukan favorite mereka. Aku pun tak tau kenapa, tiba-tiba je Itali jadi pilihan. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Nah ambik kau tiga kali kenapa, sebanyak gol yang Buffon bolos ke tangan van Bronckhorst, van Nilsterooy dan van Sneijder.

Kalau sekarang ni aku di Switzerland dan menjadi penyokong Itali, agaknya inilah rupa penyokong-penyokong fanatik Itali (baru dua tahun sokong pun dah boleh consider fanatik?! fana betul!).


p.s.: Korang bayangkan sajalah bangunan di belakang tu Clock Tower di Bern, Switzerland ataupun konon-konon Menara Condong di Pisa laaa...


Monday, June 09, 2008

EURO2008: Siapa kata Gua nyanyi God Saves the Queen


Kecoh hari tu konsert final AF6 kononnya lagu yang mengiringi Toi dan pelajar-pelajar lain waktu upacara graduasi adalah lagu kebangsaan England, God Saves the Queen. Kononnya Ramli MS tak patriotiklah. Of courselah, dia bukan orang Malaysia. Tapi sebenarnya lagu yang dimainkan tu memang satu lagu biasa dalam upacara graduasi. Habis tu, diorang nak suruh Ramli MS iring budak-budak tu dengan lagu Negaraku? Nanti diorang kata menghina lah, tak menghormati lagu kebangsaan lah pulak.

Cakap pasal patriotik, kalau kita nyanyi lagu kebangsaan orang lain, kira tak patriotik Malaysia lah. So, kalau isi minyak selain daripada Petronas, tak patriotik Malaysia lah. Kalau orang negara lain boleh masuk negara kita, isi minyak kat negara kita, secara tak langsung mengaut keuntungan di negara kita, itu kira patriotik Malaysia lah?! Wahhh ramailah rakyat Singapura dan Thailand yang patriotik Malaysia kan?

--------------------

Aku rindu nak dengar 'member-member' aku nyanyi lagu "God Saves the Queen". Macam lagu M.I.X. - Hantu, "Hantu, mana hantu, ada hantu, mana mana..." "Rooney, mana Owen, ada Gerrard, mana Beckham, mana mana..."

Guling atas lantai dan gelak secara kuat dan mengilai kepada pasukan bolasepak England! Aku cadangkan musim depan Astro tidak lagi menyiarkan perlawanan-perlawanan Liga Bolasepak Inggeris. Sebaliknya Astro akan menayangkan perlawanan-perlawanan bolasepak dari liga bolasepak negara yang menang EURO2008.

Buatnya lah Austria menang EURO2008, tak bergulung lidah penyokong-penyokong fanatik yang umpama "pasukan menang piala, badan merana tak cukup tidur, kerja hampir tergadai sebab masuk lambat ke office dan asyik mengantuk di office" nak sebut kelab-kelab macam Karnten SK, LASK Linz, Tirol Innsbruck, Rheindorf Altach?

--------------------

Amalan biasa aku di dalam bilik air adalah menyanyi. Dua tinggu minggu ni, asyik keluar lagu Cinta Zulaikha je dari mulut aku *hint kah ini?*

Amalan biasa aku juga di bilik air lepas mandi, ambil wudhu' kalau kebetulan aku belum solat lagi.

Tak salah sangatlah, aku rasa... kalau nyanyi kat bilik air tu. Lagipun aku nyanyi bukan kuat. Kalau kuat pun, aku rasa vocal aku dan pitching aku acceptable lah untuk pendengar-pendengar aku. Jadi takdelah aku termasuk dalam kategori mengganggu ketenteraman jiran tetangga, kan?

Tapi, semalam memang salah sangatlah aku menyanyi kat bilik air. Vocal dan pitching aku ok! Tapi aku rasa sangatlah salahnya! Ada ke patut dah elok-elok niat ambil wudhu, basuh muka tiga kali, bila nak basuh tangan kanan tu, tiba-tiba je "Hendak ku luahkan takut makanlah diri, hendakku simpankan meracuni hati..."

Astagfirullahul'azim... terkedu kejap aku, jadinya!

God, save lah hambamu ini...


Sunday, June 08, 2008

EURO2008: Gua pun Go Port....


Malam itu, aku pun membuka kempen Euro 2008 dengan grande! Apa barang tengok bola di rumah, tengok di kedai lah dengan kawan! Dengan kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je. Orang lain sebut wooo... aku pun sebut wooo... orang lain sebut aaaa... aku pun sebut aaaa... mata orang lain tepat ke skrin besar dan mulut kepoof-kepuff asap rokok, mata aku pun tepat ke awek berkopek besar dan mulut pok-pek bercerita dengan kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je.

Half-time: Switzerland 0, Czech 0.
"Order air lagi?" aku.
"Dah laa kita bayar je, kita pergi port lain!" kawan aku.
"Cantek! Kan kita nak tengok Portugal main, kena cari port baekk punyaaa (diffy)!" aku.

1.00am - merentas highway, meredah hujan, badan rapat ke stering kereta untuk melihat dengan lebih jelas.

2.30am: Tiba di port baru!
"Best gila! Apsal aku tak pernah sampai sini?" aku.

Satu khemah Coleman berkapasiti 4 orang, sebuah lampu suluh yang malap, sebuah tukul, sebiji bantal kusyen bersarungkan replika jersi Les Bleus no. 12. Cukup!

2.50am - khemah siap dipasang, di bawah pohon rumbia (aku bedal je sebab malam, tak nampak pokok apa), bertentangan laut. Berjalan aku dan kawan aku hingga ke tengah laut.

Lihat ketam mengorek-ngorek pasir dan mengambus-ngambuskan semula bersama-sama diri mereka. Unik dan sistematik. Cuma aku terpaksa pakai selipar berjalan di pasir sebab aku tak sampai hati terpijak ketam yang banyak dengan tapak kaki aku. Sadis!

3.30am: Hujan, lepak dalam khemah Coleman berkapasiti 4 orang, berkongsi sebiji bantal kusyen bersarungkan replika jersi Les Bleus no. 12.

Half-time: Portugal 0, Turkey 0 (keputusan semasa melalui my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile)
"Orang lain Go Potugal! Kita Go Port Dickson!" kawan aku.
"Euro jugak tu... alaa setakat Christiano Ronaldo yang missed penalty dan nangis teresak-esak tapi awek-awek tetap cakap cute tu..."

5.30am: "Weh, bangun, bangun dah 5.30am. Jom blah" aku. Cukuplah pacak khemah untuk tiga jam buat syarat. Bukan apa, kawan aku yang kakinya pandai main sepaktakraw je, takde 'visa' datang ke Port Dickson dan cuma berharap kitorang tiba di rumah sebelum bini dia bangun tidur.

Lagipun dapatlah aku rehearsal pasang khemah sebelum ke Balok ni. Kenalah pasang secara perfect pada pemasangan kali pertama. Malulah nanti pada delinn, kalau aku pasang khemah tak betul, kan? Dah le aku nak kena prepare sandwich setupperware untuk dia buat bekal dalam kereta. Malulah aku, kan?

6.05am: Selamat tinggal Teluk Kemang. Aku dah jumpa port baru di Tanjung Tuan!

Motive of the story, dengan harga petrol yang tinggi ni, patutkah 21hb Jun ni aku pergi Balok?! Aku pergi Tanjung Tuan je pun ok, kan? Tak payah aku prepare sandwich, kan?! Wakakakakak


Thursday, June 05, 2008

and the cats in the craddle and the silver spoon


Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail:

According to Domestic Trade and Consumers Affairs Minister Datuk Shahrir Samad, the subsidy from petrol is RM56bil while Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamad Yakcop said that it was RM28bil and it was RM12bil from the Government Financial report 2007. " Therefore, we estimate that the petrol subsidy could be between RM8bil and RM10bil, " she said.

She said the cost of exploration by the oil companies is US$30 a barrel compared to US$130 of the price of oil.

The Government should impose tax on profits made by the oil production companies rather than increase the price of petrol, she added. She feels that the price of petrol not only could be fixed at RM1.92 but could also be lowered if the Government taxed the profits made by the oil companies.

She also said as an oil exporting country, the price of petrol must be compared to other countries exporting oil such as United Arab Emirates (UAE) where the price is RM1.19 per litre, Egypt (RM1.03), Kuwait (67sen), Saudi Arabia (38sen), Nigeria (32sen) and Venezuela (16sen).

She said it is "ridiculous" to compare the price of petrol with Singapore, Thailand and Indonesia.


No hush hush, no vitamin


O mak kau! O pak lah hang!
Kali ni aku terbabit. Dulu-dulu aku tak hairan, setakat naik 0x sen, apa ada hal? Kali yang lepas zaman pak lah hang naikkan 30 sen pun aku tak ambil port sebab kebetulan tangki minyak kereta aku memang dah penuh.

Kali ni aku terbabit. Tepat 14 minit sebelum tengah malam, bukan sebab kebetulan tangki minyak kereta aku memang dah penuh.


Aku top-up RM35 je malam tadi. Walaupun hanya RM35, RM35 malam tadi bernilai RM49.22 hari ini dan seterusnya. RM14.22 beza, banyak tu!

Boleh aku belanja 4 orang awek-awek kawan-kawan aku makan laksa Pak Yob atau Maggi Goreng Kumar di Riverside. Ataupun aku boleh beli 14 keping masalodeh yang kaya dengan kacang dal dan 14 keping wadeh yang kaya dengan rempah ratus dari Restoran Thoiyiba untuk dijamu kepada awek-awek kawan-kawan di pejabat sementara menunggu masa untuk balik kerja.

Ahhh... Tinggal kenangan semuanya. Biarlah resit terakhir ini menjadi bukti satu kenangan! Setidak-tidaknya ada juga alasan konkrit untuk mengurangkan dating yang lebih banyak membuang masa, wang ringgit dan tenaga.

Dan kini, lubang sebesar kepala pin notice board di boxer aku tidak lagi menjadi satu masalah. Akan aku pakai jua boxer ini hingga barai.

Aaaa asyiknya... panahan asmara
Aaaa asyiknya... menusuk jiwa


Tuesday, June 03, 2008

Nothing less than perfection


Yupp! Ini entri untuk perempuan-perempuan yang nothing less than perfect.

Komen pun hanya dibuka untuk perempuan-perempuan yang nothing less than perfect. Kalau ada lelaki-lelaki yang nak bagi juga komen, sila menyamar menggunakan nickname perempuan dan gambar profil yang mengghairahkan sebelum aku delete komen korang.

Kepada perempuan-perempuan yang tak perfect tapi nak bagi komen juga, terimalah hakikat korang tak perfect kalau korang tengok aku delete komen korang nanti. Korang pun boleh sedar dirilahkan, korang ni perfect ke tak, sebelum nak komen entri ni.

--------------------

Petikan daripada artikel dalam Reuters Life:

Bachelor Carl Weisman, 49, conducted a survey of 1,533 heterosexual men to find out exactly why he and a growing number of eligible men were steering clear of marriage. Outcome of the survey were included in the book "So Why Have You Never Been Married? - Ten Insights into Why He Hasn't Wed," aimed to give women an insight into why some smart, successful men opted to stay single -- and help lifelong bachelors understand why they are still the solo man at parties.

He concluded that most men were not afraid of marriage -- but they were afraid of a bad marriage. "Men are 10 times more scared of marrying the wrong person than of never getting married at all."

But while 72 percent of respondents said they were not afraid of marriage, about half of them said the situation that scared them most was marrying the wrong person (read: nothing less than perfect woman).

"It's so important to these men to get it right. My best advice to single women after bachelors is to be patient. If you're in a hurry to get married you'll be frustrated," he said. (So, peminat-peminat aku diharap bersabar)

Weisman said his research blew away any idea that single men were unhappy. "A compelling issue was how many of them had found contentment in a never-married life," he said. "They had created lives full of careers, friends and ambitions. It was not like they walk around all day worried about not being married."

--------------------

Jangan marah aaaa...
Gua bikin gempaq je...
Aaaa asyiknya... panahan asmara
Aaaa asyiknya... menusuk jiwa


Monday, June 02, 2008

Peribahasa outdated


Aku yakin entry ni mesti tak banyak comments (macam entries aku yang lain banyak orang komen, kann?!) sebab bila aku cerita pasal benda-benda ilmiah macam ni, korang macam tak berminat je, kann? Korang lebih suka cerita-cerita layar lara (lagho) kann atau cerita-cerita yang berbaur dan menjurus kepada spekulasi aku sedang bercinta, kann?

Gasak lah...
Aaaa asyiknya... panahan asmara
Aaaa asyiknya... menusuk jiwa

--------------------

Peribahasa ori: Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan
Peribahasa updated selepas 50 tahun Merdeka: (rujuk gambar di bawah)


Peribahasa ori: Seperti lembu yang dicucuk hidung
Peribahasa updated selepas 50 tahun Merdeka: (rujuk gambar di bawah; sila cari objek berhidung)



Aaaa asyiknya... panahan asmara
Aaaa asyiknya... menusuk hidung PM


Related Posts with Thumbnails