Dah masuk hari ke-100 tahun ni ye?
Hari ni Ahad, hampir nak masuk waktu Maghrib. Aku tengah baring atas couch, kekenyangan sambil tonton preview/review show of the Masters. Kenyang sebab aku baru lepas makan breakfast cum lunch cum tea cum dinner aku - nasi kerabu yang aku beli dari Pasar Malam Larkin. Lauknya, daging bakar, telur masin dan ikan kembung percik.
Pagi tadi lepas berlari, tak ke mana-mana aku. Penat satu hal, takde mood satu hal. Cuaca pulak panas terik, so macam tak daya aku nak redah. Malas nak masak apa-apa pun satu hal, walaupun bermacam-macam jenis ikan masin ada kat rumah aku ni. So, makan buah je lah, lepas Asar baru lah menggagau ke pasar malam.
Ok cerita pasal minggu lepas. Minggu yang ada down dan up nya... semuanya bersagkutan dengan the Emerald Co.
Yang down nya dulu lah ye. Aku masih tak dengar apa-apa perkhabaran dari the Emerald walaupun pada 31hb Mac hari tu, diorang kata aku punya medical status dah ok. Dan aku pun tertanya-tanya lah apa yang payah sangat ni sebab condition untuk diorang offer aku kerja tu ialah kalau aku dapat turunkan kolesterol level aku je, which I did!
So, Selasa petang sikit aku call the Emerald Co. dalam perasaan berbelah bagi antara nak call ke tak nak? PIC tu cakap, dia mintak aku sabar sikit, dia tengah tunggu black and white dan ini semua involves management decision. Aku tak pasti samada it means good or bad. Member aku pulak kata, mungkin diorang bagi alasan je dan tak offer aku post tu.
Dan yang lebih meng-down-kan aku lagi bila I had a good conversation dengan member aku Rabu lepas, pasal the current state of Smokey Grey Co and it's future. Dan seperti yang aku dah rasa pun sebelum-sebelum ni, banyak sangat yang tak kenanya dengan Smokey Grey Co. ni, bak kata member aku, "the company is bleeding to the max!"
Aku tak nak cerita lebih-lebih kat sini sebab banyak spy Smokey Grey Co baca blog aku tapi to say the truth, aku dah lama losing my faith with the company and it's future, each day that goes by, lagi banyak hilang kepercayaan aku. Dan aku tak surprise kalau in the very near future, one by one of the big bosses will leave the company before being sacked or what.
Yang sedihnya, dalam aku losing faith with Smokey Grey Co tu, the Emerald pulak seems like shying away from me dan aku dah takde options lain dah buat masa ni. Jadi, aku beritahu diri aku sendiri, aku bagi sampai 15hb April, kalau takde apa-apa berita dari Emerald, aku kena recompose dan fokus balik kepada Smokey Grey, kena suka balik, kena ada kepercayaan balik.
Khamis, Jumaat... takde jugak berita dari Emerald Co. Sampaikan setiap kali aku doa lepas solat, doa aku satu je, dapat kerja dengan the Emerald. Dan waktu solat Jumaat tu, memang aku pulun habis berdoa.
Lepas solat Jumaat, aku ada discussion dengan boss aku. Dalam tengah discussion tu, masuk pulak satu call dari the Emerald. Aduuhhh... aku tak jawab. Dalam kepala aku, samada a good or a bad news. Dan kepala aku dah tak boleh concentrate dah kat discussion aku dengan boss aku. Lepas discussion tu je, aku return the call.
Punyalah kencang dada aku ni berdegup. Dan jawapannya..... Yes! It's a Go! It's a Green light for me to join the Emerald! Dan aku nampak keliling aku semua hijauuuuuuu je.... heheheh.... aku pun terus tanya HR pasal procedure, diorang kata, kena beritahu boss aku then bila boss accept, HR will take care the rest.
Hmmm yang payahnya, part nak beritahu boss aku tu laa. Aduhai, boss aku tu boss yang paling sempoy, yang bijak, yang best dan kalau ada satu je alasan aku tak jadi berhenti kerja, mungkin sebab boss aku tu. Aku gagahkan diri aku jumpa dia petang tu jugak. Aku melangkah masuk bilik dia je, aku cakap, "I've something to discuss with you... am planning to move back to KL."
Dia tanya, "what's the plan?" Aku pun story. Then, dia kata, "Aku can't stop people from leaving especially if you're going to a good company with better pay and package." Fuuhhh lega aku mendengarnya. Pastu dia tanya lagi, "when do you plan to move to KL?" Aku cakap, "I've never really moved to JB!" and we both laughed. Dan dalam aku tengah draf notis resignation, boss aku tutup lampu office, dan dia blah. Belum pun pukul 5 time tu. Aik? Takkan merajuk kot?! Hahahah...
Anyway, that was the UP for last week. Aku kena serve 3-month notice period which will end sometimes in early July. Bila tolak cuti, aku rasa my last day with Smokey Grey will be by end of June.
Dan yang bestnya, aku tak payah pening-pening fikir pasal team building Smokey Grey Co (yang diorang plan last minute) yang akan clash dengan any one of the events aku dalam bulan Mei nanti, samada clash dengan show Jamal atau larian New Balance atau Candat Sotong. Dan tak payah jugak aku fikir pasal nak buat PMS/KPI untuk 2010. Dan yang paling bestnya, bulan Jun nanti aku nak tengok semua game World Cup dan tak perlu risau kalau aku masuk office lambat ke atau mengantuk time kat office nanti, aku peduli apa kan? Hahahaha....
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
7 comments:
tahniah!!!
congrats!!
congrats. 1st time tinggal comment after baca blog ni for the last couple of years.
/nong.
hohoho..congrates..heppy ending akhirnya..keje rerajin.
Thanks everyone for the support and encouragement. Luv u all!
wahhh..
congratzz ya!
:)
Bro, welcome back to KL, yes I heard the company has been bleeding to death. Kalau tidak takkan Mazlan pun calo,maybe he has foresee things which other people did not. HMM, Feel Good Company managed by cronies. Dia ingat Petronas ker apa? Ooopss.
Tu sebab aku blah awal2
Post a Comment