Time aku taip entry ni, aku masih lagi di Shah Alam, bermalas-malasan. Entah bila lah waktunya aku akan gerak balik ke JB, mungkin sesejam lagi, atau dalam empat-lima jam lagi. Sedangkan esok aku ada kena attend presentation jam 10am. Hmmm... kalau gerak jam 5am pun sempat lagi nak attend presentation tu, unless aku berhenti tidur kat R&R lah. Hehehe...
Anyway, minggu lepas adalah minggu penantian. Lepas aku berjaya turunkan cholesterol level aku, aku ada communicate dengan the Emerald Co. Ada aku dapat feedback dari diorang jugak. Last sekali pada hari Rabu, diorang kata, they're clear on the medical side, now they will do necessary follow-up internally and advise me accordingly. Day by day sampai Jumaat lepas aku tunjuk, masih tiada jawapan. So, tunggu next week lah pulak.
Dalam menunggu jawapan dari the Emerald Co., Smokey Grey Co. pulak keluarkan surat bonus. Ok-ok je bonusnya, lepas lah nak buat itu ini, nak tolong-tolong kenduri kahwin adik aku nanti. Dan tahun ni aku dapat penuh lah, berbanding pro-rated 9 1/2 bulan tahun lepas. Walaupun banyak kena potong dengan Hasil, aku don't mind sebab aku rasa Smokey Grey Co. memang estimate baik punya so that, at the end of the year, PCB tu macam ngam-ngam je, tak terlebih atau terkurang potong.
Jumaat, aku balik semula ke SA sebab last week aku tak bawak kereta ke JB. Lepas konsert Amy hari Ahad tu, aku balik sekali dengan member aku. So, aku balik SA naik coaster company je. Bagus juga balik SA weekend ni, boleh juga aku habiskan saki baki duit bonus aku, kan? Ekekeke... sebab kat JB tu, macam tak confident juga aku nak beli barang-barang high-end ni. *mamposlah kena buang negeri nanti*
So, Sabtu memang penuh gak jadual aku. Pagi, gi Prince Court, sign GL yang last week. Boleh pulak nurse/doctor lupa suruh aku sign. Hmmm... nasib baik result ok, kalau tak, hangen jugak aku kan? Then aku ke Low Yat, nak tengok DiGi BlackBerry roadshow. Sebenarnya, until last Thursday aku still indecisive samada nak angkat iPhone or BB Bold or SE Satio. In the end, aku decided to go for BB Bold lah. One of the reasons sebab BB bold multitask, e.g. sementara tunggu webpage loading, boleh minimize that window and buat task lain macam baca email, etc, macam working with computer jugak lah.
Ingatkan nak angkat Bold 9700 dengan DiGi tapi DiGi lembab, diorang tak jual lagi Bold tu to public. Nasib baik lah jugak Celcom ada buat F1 promo, so aku checked it out kat Sg Wang, dan ok lah pricenya, terus aku angkat lah. Mulanya nak convert DiGi number aku to Celcom tapi it takes 2-3 days, which means aku tak boleh lah nak enjoy the F1 promo rate. So, aku register a new line je lah, habis cerita. So, aku terus angkat BB Bold 9700 at RM888 dan kontrak 2 tahun dengan Celcom at RM188 per month.
Dah settled Bold, aku gi Sunway pulak nak angkat iPod. Aku teruja gila nak angkat iPod ni sebab 1) iPod Classic 80GB aku yg lama tu dah entah ke mana menghilang, 2) nak ubat hati aku sebab tak angkat iPhone dan 3) Aku nak sangat guna Nike+iPod sensor tu, yang boleh track aku punya larian (distance, time, pace). Nak tahu lebih lanjut, check it out kat Deo On the Run. So, aku angkat iPod touch 64GB dan puaslah sangat hati aku shopping dua benda Sabtu tu, macam dah complete life aku ni. Ekekeke...
Oh... aku hampir jugak terangkat netbook HP Mini 5102, yang touch screen tu. Nasib baik laa aku control jugak, aku fikir kalau aku dapat kerja kat the Emerald Co dan diorang tak kasi aku pakai laptop, baru aku angkat netbook tu. Tapi kalau aku angkat jugak hari tu, sure lagi lengkaplah hidup aku. Ekekeke....
Hari Ahad pulak aku kena babysit Kembar Kecoh. Aku bawak diorang gi Times Square je, tengok 3D movie "How to Train Your Dragon". First time ni aku tengok 3D movie kat Malaysia ni, ok lah. Then, ingatkan nak masuk theme park tu, si Along nak naik coaster, yang si Angah kecut-kecut tak nak naik. At last, bila nak beli tiket tu, bila ukur ketinggian, si Along pulak yang tak lepas. Setakat bayar tiket mahal, nak main bumpy car je, tak payah le.
Petang tu, tetiba semangat nak berlari. At the same time, aku nak try Nike+iPod sensor aku tu. So, aku ke tasik di Subang, yang belakang Sheraton tu. Dan with the Nike+iPod sensor tu, aku boleh lah track distant keliling tasik tu, which is 1.3km. Power juga sensor tu, so lepas ni aku boleh lari kat mana-mana je lah dan still tahu berapa jarak larian aku.
Itu je lah cerita aku sepanjang minggu lepas. Dan by the time aku publish entry ni, aku belum ada clue nak balik JB pukul berapa. Tak bersemangat langsung seh......
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment