Thursday, January 28, 2010

The antics of Hasbullah Awang


Aku agak semuorang kenal Hasbullah Awang. Kalau tak kenal, tak tau rupa bentuk dia pun, pernah dengar suara dia. Dia ni penyampai/pengulas sukan yang dari aku kecik lagi dah mengulas sukan. Kalau Shebby Singh tu ulas bolasepak je, Hasbullah ni macam-macam sukan dia ulas - bolasepak, renang, badminton, tinju, sepaktakraw, cycling sampaikan ke lumba jalan kaki pun dia ulas.

Cuma lately ni, ketidakrelevanan Hasbullah Awang ni makin menjadi nyata lah. Especially dengan adanya rangkaian sukan astro. At times, bila hanya RTM yang siarkan sesuatu acara sukan secara langsung dan Hasbullah Awang jadi pengulasnya, aku sanggup mute kan tv. Heh! Kadang-kadang tu tak sesuaaaiiiii sungguh apa yang dikomentarnya.

Contoh ulasan Hasbullah Awang yang tak berapa nak 'in' hari ini:

1. "Ya, itu dia, pemain jersi nombor 8 ohh bukan 6, yang sebenarnya seorang pemain midfield tetapi bermain di posisi penyerang untuk Pahang tetapi dia bermain di posisi tengah untuk Malaysia pada hari ini jadi dia agak sesuai untuk bermain di posisi tengah untuk Malaysia"

2. "Walaupun Malaysia kalah tetapi di mata saya, Malaysia tetap menang..."

3. "apa la ertinya vietnam jadi johan sukan sea tetapi bolasepak kalag dgn m'sia" <-- ni Jijoe yang cakap.

4. "yaaa pemain yang makanan kegemarannya adalah nasik goreng itu telah menjaringkan gol buat Malaysia!" <-- ni pak mat po yang cakap.

So, hari Ahad lepas aku sempat laa rakamkan what I called as "The Antics of Hasbullah Awang" - komentar-komentar dia yang meremangkan bulu telinga aku sewaktu final perseorangan lelaki badminto Terbuka Malaysia antara Lee Chong Wei dan Boonsak Ponsana.

1. Perlu meluncur laju untuk mengajak bermain dalam rubber game, pemain berpakaian merah

2. Kali ni cantekkkk!! Oooooo dia berada di kedudukan untuk mencapai kejayaan

3. Hah hah.. satu ketika yang sedikit melucukan apabila bola terkena kepala Wang Xin.

4. Naib juara akan menerima 7,600 ringgit. Ahh bukan Ringgit, US dollar! US dollar!!

5. Dan Wong Pin dari China adalah penjaga garisan" <-- she is the service judge, not line keeper.

6. Keluar! Tapi dalam. Dalam! Di atas garisan bulu tangkis jatuh

7. Oh cantekk! Ouuu... satu smash secara kilas dari Boonsak untuk mengembalikan jarak dua mata kepada Boonsak

8. Kita perhatikan dalam gerak perlahan di manakah bola itu jatuh? Dalam! Di atas garisan, sebelum memantun keluar

9. Lagi satu! Tindakan Chong Wei yang berhasil, di tempat yang sama.

10. Satu pukulan cross court! Tidak menjunam, tapi terapung. Akhirnya jatuh di gelanggang lawan.

11. Di sini! Tapi dia bangun semula. Dan Boonsak ke jaring perginya.

12. 5-0. Situasi tidak melawan ditunjukkan Boonsak di peringkat awal di game kedua ini.

13. Apa terjadi Boonsak? Kendur permainannya!

14. Kehilangan selera Boonsak nampaknya untuk melawan.

Lepas yang ke 14, aku malas dah nak catit, lagipun Chong Wei dah confirm menang time tu dan aku sakit perut jugak sebenarnya time tu nak melepas.

Kesimpulannya, memang antik aaa mamat ni sampaikan sorang twitter friend aku ni kata "Hasbullah Awang to Malaysia is John Madden to the US." Macam cilaka!


3 comments:

Anonymous said...

I can almost hear Hasbullah Awang talking bila baca ni.. hehehe

Hadramie said...

I bet you'll miss him when he's gone. LOL

fazrullahinnsan said...

Hadramie...u win your bet..lol

Related Posts with Thumbnails