Sunday, July 26, 2009

Tentang minggu lepas yang tak ok


Aku tengah lepak kat Sushi King Jusco Permas Jaya ni. 9.30pm baru aku keluar dari rumah hari ni setelah memerap tak buat apa seharian. Makan pun - sebungkus cottage fries dengan segelas orange yoghurt drink. Entahlah apahal tahap malas aku menjadi-jadi ni. Sakit badan sengal-sengal pun ada jugak ni lepas game badminton semalam. Nanti aku story.

For dinner ni pun, aku undecided between lasagna and sushi, tapi aku terfikir yang sure tak sedap lasagna kat Secret Recipe dan malas lah nak gi Italian restaurant mana-mana dengan aku berpakaian compang camping ni, rambut tak berminyak. So, sushi je lah.

Reflecting last week, it didn't go that well. Temper aku went sky high, ada je yang tak kena. Mungkin tak cukup rest jugak kot sebab pagi Isnin balik dari SA-JB, then lepas kerja balik SA semula dengan bas delay and took 6 hours to reach SA, then Selasa petang drive semula ke JB, with bowling practice yang postpones sebab secretary sengal tak book lane which forced me to skip my housemate's farewell. Not to forget yang aku batuk tak henti sepanjang minggu plus demam yang berpanjangan. Tapi climax nya was on Sunday yang aku kena pergi DEMC jam 6.30am tu sebab dah tak tahan panasnya badan aku.

Dengan interview yang didn't really go well sebab aku punya PAPI-I test result tu, dengan my bowling game last Friday yang tak berapa ngam. However, the team managed to finish at number 5 out of 8 teams. Hmmm.... power-power laa pakcik makcik MBJB, MPJBT semua tu. Even my total score that night pun lebih rendah dari some of the makciks yang tangan dan peha diorang kecik sikit je dari Shalin Zulkifli.

Then, lepas tournament tu (Friday), my colleague mintak replace dia untuk badminton on Saturday. Wife dia baru bersalin. Adehhh... dah le last aku pegang raket tiga bulan lepas dan competitive badminton ni memang lah bukan sangat untuk aku. Tapi nak buat macam mana kan? Last-last minit macam ni budak-budak company aku banyak dah balik KL.

So, Saturday tu bermain lah badminton aku ni. Bila aku sampai je kat dewan badminton MPJBT tu, to my shock and surprise, aku sorang je player lelaki dan 4 perempuan. It's a team event - ada acara bergu lelaki, bergu perempuan dan bergu campuran. Asalnya, aku patut main bergu campuran je. Alih-alih budak-budak lelaki yang dok training bagai semua tak turun. Malu lah wei, penganjur kejohanan tak cukup player dan kena forfeit men's doubles.

Panic lah kejap team captain (awek sorang tu). Kesian dia, she was frantically calling almost everyone she knows, asking to play. Dah le dia kata malam sebelum tu tak cukup tidur fikirkan the team strategy. Finally we managed to get another bidan terjun untuk partner aku in men's doubles just in time before the first match. Dan aku kena main mixed doubles jugak walaupun dalam rules kata tak boleh, but other teams kasi exception to team aku.

By the time second match tu, ada lagi sorang budak lelaki datang. So, aku main men's doubles je lah. Aku main tu pun semata-mata nak lengkapkan jadual, to avoid embarassment to the organizer which in the end it was an embarassment bila aku kalah kaw-kaw punya. Kalah tak melawan pun. Macam pasukan badminton Mexico lawan Malaysia. In the end, team aku kalah all the matches and finished last in the group. Sure team lain ingat, "ish teruk sangat ke company ni sampai takde yang terrer main badminton?"

Haa ok lah macam dah nak tutup je Sushi King ni sebab aku dengar diorang macam hempas-hempas periuk kat dapur tu, macam suruh aku blah je. Hope this week will be better for me.


Thursday, July 23, 2009

Tentang bukan salah aku temper


Kelmarin, aku gi interview. Agak susah. Dan aku tak berapa confident dapat post tu. Salah satu sebabnya, sebelum aku attended interview tu, aku kena buat satu assessment, pasal personality. Waktu interview tu, the interviewers beritahu aku ada satu personality score aku yang agak membimbangkan diorang - emotion restraint aku scorenya low sangat-sangat. Maksudnya, kalau aku tengah tension atau stress, memang nampak sangat-sangat kat muka aku, kat tindakan aku. Tak boleh diselindung-selindung.

Memang aku akui, kat tempat kerja aku sekarang ni memang aku cepat tension. Salah satu sebab ialah teman-teman sekerja aku yang tak macam setahun lepas. Sorry to say lah that orang-orang yang baru masuk lately ni, say sejak bulan 1 lepas, macam sengal-sengal belaka. Tak macam orang-orang lama. Benda senang pun nak bertanya, tak cuba cari jalan dulu, lepas tu sampai 5-6 kali bertanya benda sama. Lepas tu, kerja berkira, ada territory, bla bla bla.

Bila aku naik angin, diorang kata aku temper. Padahal diorang tak tau yang kesengalan diorang tu lah yang buat aku temper. Aku ni mudah je orangnya. Meet my expectation, buat apa yang sepatutnya kena buat, aku happy. Bukanlah aku nak suruh petik bintang di langit ke. Contohnya, haa malam ni tadi.

Sepatutnya ada training bowling untuk Piala Iskondek hari Jumaat ni. At the same time, budak-budak office buat poolside bbq farewell untuk housemate aku. Aku tak boleh pergi lah party tu sebab aku dah committed untuk bowling dan sekarang ni memang aku tengah fokus untuk tournament tu. Team bowling aku pulak siap ada manager, ada secretary cukup.

Bila dah ada secretary, dah tau malam tu ada training, pakai otak laa sikit, buat laa booking lane. Dah le jam 8pm tadi baru dua orang je muncul, lane semua penuh pulak. Dalam jam 8.10pm secretary datang melenggang dengan otak dia letak kat lutut, tanpa rasa bersalah. Lepas tu tak tau nak buat apa. Sampailah manager datang dalam jam 8.45pm, baru laa kelam kabut kelam kabut. F! Alih-alih manager kata training postpone ke malam esok. Eloklah tu, malam ni dah rugi tak buat apa-apa, farewell untuk housemate aku pun tak pergi, malam esok nak kena datang semula training, lusa dah tournament.

Macam mana aku tak temper? Macam mana kat muka aku tak aku tunjuk rasa nak kasi penampor je kat orang yang buat aku temper tu? Macam mana tak aku hempas kerusi ke pintu ke? Bukannya aku expect dia pick-up the phone, call White House dan ajak Barrack Obama main bowling dengan kitorang?! Just pick-up the phone, cakap dengan awek kaunter tu, suruh reserve dua lanes. Tu je. Susah sangat ke? Nama je ada team secretary, tapi sengal. Bloody hell!


Tuesday, July 21, 2009

Tentang setan-setan merah


Kau kata kau penyokong fanatik MU.
Mana taknya, dalam kad pengenalan kau, ditulis warganegara Malaysia. Tapi kau tetap ke stadium dengan baju warna rasmi MU. Ohhh... mungkin kau ikut warna passport Malaysia yang berwarna merah itu.



Yang baju belang-belang merah-hitam tu (dalam bulatan kuning), aku suspect dia serba salah antara nak pakai jersi MU dan dilabel sebagai tak patriotik. Ataupun pakai jersi Malaysia dan dijamin kena boo sebab kalah (diorang predict Malaysia kena belasah, beb!) So, sebagai langkah selamat, yang warna merah untuk MU dah hitam belang-belang untuk jersi Malaysia yang belang-belang hitam-kuning tu, tapi belang-belang baju mamat tu horizontal laa pulak. Ahhh gasak laaa...

Haa... yang geng-geng We Love United tu pulak. Aku suspect, diorang ni penyokong fanatik MU. Tapi sebab takde duit nak beli jersi MU, so diorang beli je lah jersi putih murah-murah pastu cat je satu huruf sorang. Ada jugak antara diorang yang cadangkan supaya beli jersi ciplak je tapi well... sebagai penyokong fanatik, apa kelassssssssssssssssss pakai jersi ciplak dey! Kalau berani, cat laa huruf-huruf tu kat badan. Hehehehe....

Kalau Najib tengok ini macam di stadium.
Sekali lagi pilihanraya umum, kalau BN kalah teruk lagi... sure Najib keluarkan idea baru, bukan 1Malaysia bang... 1ManchesterUnited. Sure boleh menang semula hati pengundi-pengundi.


Monday, July 20, 2009

Tentang bulan


Untuk kaki-kaki yang tak minat sains, ataupun minat kepada subjek sains tu adalah lebih sikit je daripada minat kepada subjek matematik tambahan, macam aku ni....

20 July 2009 - it is 40 years since Neil Armstrong became the first man to set foot on the Moon, if it is true lah kan? Walaupun banyak kontroversi yang cuba mencabar kejayaan USA ni, it still remain in the history.

So, kepada kaki-kaki yang macam aku ni, yang kedudukan/turutan planet-planet pun aku tak ingat sampai sekarang, what more with the additions of several smaller planets, phewww!, aku nak tampal this newspaper clipping kat sini so, senang nanti bila-bila aku nak refer. Heh...



Sunday, July 19, 2009

Tentang 1Malaysia tahpahapa tu...


Malam tadi badan aku panas balik, tak lena tidur aku. Ubat demam pulak dah habis. So, around 6.30am aku pergi Darul Ehsan Medical Center jumpa doktor. Doktor bagi aku paracetamol dan suruh aku datang balik around 9am nak amik darah. So aku ke DEMC semula nak amik darah, resultnya takde apa-apa, e.g. dengue ke apa tapi doktor kata normally kalau case dengue, kita akan demam between 5-6 days lepas tu baik dalam 2 hari, then demam balik termasuk sakit dada, sendi-sendi macam tu. Mintak-mintak takde apa lah. Sekarang ni, badan aku elok berpeluh dah ni. Dan dalam demam-demam tu sempat jugak le aku gi tengok Harry Potter siang tadi. Sectumsempra! Hehehehe...

Ok ok back to the title of this entry.
So, korang tau lah kan entry ni dibuat waktu kesihatan aku macam mana kan? Kalau korang kata aku tak waras, lantak korang lah kan?

Hari tu dok orang-orang kerajaan sibuk-sibuk sambut 100 hari Najib in Office. Habis dikerahnya budak-budak sekolah berkumpul kat dewan stadium mana tah. Yang digembar-gemburkan ialah no VIP seats, siap menteri-menteri pun kena duduk bersila sama-sama dengan budak-budak sekolah tu. Hey c'mon tu semua benda kecik laa apa yang kecoh sangat? Takkan lah nak tunggu time pilihanraya atau pilihanraya kecil baru nak bersila atas tikar mengkuang, minum teh dari cawan batu?!

About this 1Malaysia. Hmmm.. aku ada banyak reservation. Aku rasa, it's just another political gimmick, a quick-fix untuk memenangi semula hati dan kepercayaan pengundi-pengundi bukan Melayu yang banyak voted for opposition dalam pilihanraya lepas. Apasal aku cakap macam tu? Sebelum 1Malaysia ni wujud, korang sure biasa dengar media dok cakap, negara-negara asing memuji amalan demokrasi dan masyarakat majmuk negara ni. So? Kalau dah negara lain dok puji-puji kita, dah tentu benda dah elok. Kalau benda tu dah elok, kenapa nak introduce something new? Macam Islam Hadhari. Dah Islam tu cantik, kenapa ada Had dan Hari pulak lagi? Tak ke bodoh?

For me, keharmonian bangsa comes naturally, without having to put anything (guidance) on paper, without having to campaign in media, without having to tell the people what to do what not to do. Cukuplah ada Perlembagaan Malaysia. Ok lah, aku ambik satu analogi. Hmmm... kita amik bolasepak (sebab lepas Malaysia kalah 2-3 kepada MU, ada dah orang kerajaan yang yakin pasukan sekarang boleh layak ke Piala Dunia 2014).

Dalam memilih pasukan bolasepak Malaysia, takde pulak ditulis kat mana-mana yang coach Rajagopal kena amik 5 orang pemain Melayu, 3 Cina, 2 India dan 1 dari bangsa-bangsa minoriti. Walaupun takde tertulis macam tu, wujud jugak satu pasukan bolasepak Malaysia. Boleh jugak diorang main as a team, walaupun tak terrer. Ramai jugak penyokong datang menyokong, walaupun lebih ramai yang sokong MU. Huhuhuh... cuba korang bayangkan kalau ada dalam peraturan pasukan bolasepak Malaysia ada guideline macam tu. Buatnya tiba-tiba ada 18 orang anak orang asli terrer gila main bola, haa.. tak ke haru?

So, it comes naturally. Nasiblah kalau aku tak nak makan atau minum dengan orang Cina. Tapi, I can still get along well with them at times macam aku nak beli perabot ke, nak beli barang elektrik ke nak beli makanan ikan peliharaan ke nak beli sayur ke. Nasiblah kalau aku tak suka duduk satu lif dengan orang India sebab bau tengit diorang kuat. Tapi, I can still get along well with them bila aku nak gunting rambut, especially part diorang nak shave pakai pisau belit tu.

In conclusion, 1Malaysia is a rubbish! Sorrylah Mr Prime Minister, probably you can succeed by selling this 1Malaysia idea to primary school students. But, a little credit to you, this 1Malaysia idea is slightly better than Pak Lah's ever stupid Hadhari idea.


Saturday, July 18, 2009

Tentang raja tak berdolat


Antara banyak-banyak raja kat malaysia ni, aku paling tak berapa gemar dengan perangai, tingkah laku dan ketaksenonohan ialah raja negeri tempat aku kerja laa.. entah le aku pun tak tau apsal. Antaranya, kalau plet kereta nombor 1 tu mostly keluarga diorang laa yang punya, pastu takde road tax pun. Banyak songelnya raja di negeri selatan ni.

Korang tau tak yang kalau time khutbah Jumaat, time doa tu, bukan main berjela-jela khatib kena sebut nama sanak keluarga, cucu papat diorang dalam doa. Bukan time solat Jumaat je, tiap-tiap kali lepas solat fardhu pun kena doa berjela-jela sanak keluarga diorang. Adeehhhh tapi time khatib/imam sebut nama sanak keluarga diorang, aku terus turunkan tangan aku, tak tadah pun lepas tu aku buat pandang-pandang kat langit. Ekekeke...

Hari Khamis lepas, sementara menunggu nak buka puasa, sempat laa kejap mengutuk raja negeri ni. Yang sebenarnya, aku lebih mengutuk anak raja yang kerja tempat aku ni. Ekekeke kurang laa pahala puasa nampak gayanya. Sampaikan member aku sorang tu dia cakap, "Weh.. kau kutuk-kutuk sultan ni nanti kau kena tulah dia baru kau tau."

Malam tu aku ada practice bowling, bukan main bertalu-talu batuk aku. Sebelum nak tidur malam tu, aku telan panadol. Pagi Jumaat, aku bangun batuk lagi bertalu-talu. Rasa tak sedap badan. Aku gi klinik, doktor kata demam ni. Terus dia bagi MC. Sepantas kilat aku terus balik Shah Alam. Berpinar-pinar jugaklah aku drive time tu dalam keadaan badan yang tak berapa best tu.

Waktu drive tu mula lah aku terfikir, entah-entah aku terkena tulah sebab mengutuk soltan kot? Adehhh... tak mungkin aku kata, dan aku pun tak percaya benda-benda mengarut ni sangat. Sampai je Shah Alam, aku minum ubat batuk dan terus lah terlelap. Petang sikit, aku bangun rasa macam makin teruk demam aku jadinya. Dah makan ubat seround pun makin teruk ke? Entah-entah memang betul kena tulah ni. Aku cakap dalam hati, "takkan nak kena cium tangan soltan baru baik demam aku nih?"

Malam tu aku gagah kan diri jugak gi tengok game bola kat stadium. Ekekeke... aku pakai baju dua lapis, dan dalam perjalanan ambik kawan aku, aku tak pasang aircond. Tapi waktu tengok game tu rasa macam nak pitam je, mata rasa kecik je. Time tu memang laa makin kuat kepercayaan aku kepada tulah sultan ni. Waktu break half time, aku terus masuk dalam kereta, aku tidur dalam kereta. Aku tak pasang aircond, bukak tingkap sikit je. Haaa.. nala punya peluh. Baru laa rasa sedap sikit badan.

Time ni pun macam ada sikit-sikit lagi laa ketidaksedapan badan aku. Tengoklah hari Isnin ni aku balik negeri tu, kalau badan jadi demam balik maknanya memang le aku kena gi cium tangan soltan tu. Huhuhuu...


Thursday, July 16, 2009

Tentang signal ke empat


Haihh... hari tu aku bukak puasa kat satu gerai tepi-tepi Rumah Limas kat Danga Bay ni. Biasalah aku order nasi ayam penyet, pastu aku order sayur. Dan teh o panas, tapi kedai sebelah yang angkat order. Sekali air tu sampai, nah nalaaa punya RM2 segelas. Apa punya pundekk laa kan? Nasib baik time tu aku dah berbuka, kalau tak turun mendadak-dadak pahala puasa aku time injury time gitu dengan sumpah seranah aku.

Itu pun, tiga kali aku tanya brader waiter muka pecah rumah tu, "Berapa??" Slow je dia jawab, "Dua ringgit bang..." Aku tanya balik, "Berapa teh o ni?" Dia jawab lagi tapi makin slow, "Dua ringgit..." Aku balas balik, "Teh o macam ni pun dua ringgit?" sambil aku hulurkan dua keping duit seringgit. Tu pun aku pilih duit seringgit yang buruk-buruk je aku bagi kat brader tu. Ekekeke...

Aku pun amik laa gambar teh o tu letak dalam facebook aku, aku tulis "jangan main-main, kat JB teh o bodoh macam ni pun dua ringgit!" Dan elok laa si Famil Basa Basi Nano Nano tu commented, "Itu maknanya petanda ke-4, ha apa lagi ko tunggu?" Aduuuhhh....

Sekarang ni, housemate aku bukan lagi menghitung hari dah. Menghitung jam dah... pantang kalau orang tanya je bila last day dia, dia akan jawab, "65 jam lagi..." macam tu. Chess set betul laa. Dan boleh kata hari-hari ada orang ajak dia lunch farewell macam tu. Ada jugak le aku ikut tiga empat kali. Dan tiap-tiap kali tiga empat kali aku ikut lunch tu, masing-masing cerita pasal nak berhenti kerja, nak submit resume dan cerita-cerita berbaur berhenti kerja.

Dan terbawa-bawa laa aku ke ofis semangat nak berhenti kerja tu. Dan rasa longlai laa aku melangkah masuk pejabat tiap-tiap pagi. Terasa mengantuuukkkk je tiap-tiap hari kat ofis. Dan rasa macam putus sudah laa kasih sayang aku pada company ni, dan punah laa harapan untuk aku semat Johor dalam jiwa aku. Takde maknanya... haa cerita pasal Johor ni kan, hari tu dapatlah satu email dari anak raja yang kerja company aku ni...

Company aku ada sponsor teater play pasal sejarah Johor. So ada lah tiket-tiket free untuk staf. Dress code untuk lelaki Islam ialah baju melayu teluk belanga. Okaylah fine laa bila dia tulis dress code macam tu kan. Understandable laa kan? Pastu mengada-ngada anak raja ni tulis lagi satu paragraph, "...and for those who does not even own one yet (baju teluk belanga), I do humbly suggest for you to get one… Hello! it is … the company is named after whom? HE who personifies what JOHOR is all about." Errkkk terus aku delete. Tau laa company ni nama ayahanda dia kan? Ekekeke tapi pigi dahhhh...

This weekend, aku planned nak balik SA. Pagi buta Isnin balik ke JB. Then, lepas kerja hari Isnin aku akan balik SA semula sebab hari Selasa tu aku ada interview. Ye tuan-tuan dan puan-puan, interview kerja. Weekend lepas pun aku dah attended satu interview kerja informal. Yang bestnya, bila aku tanya mamat yang interview aku tu, "What exactly you want me to do if I were to join this company?" Dia jawab, "That's something I have to think about, I need to see your strengths and experience..." Haihh... macam nak dapat je bunyinya tu....


Thursday, July 09, 2009

Tentang tiga signals


Entah lah aku pun tak sure whether God is sending signals kat aku ke apa ni.

Firstly, housemate aku berenti kerja. So, aku kena cari rumah sewa by end of August ni. Dan since aku akan tinggal sorang, susah sikit lah aku nak cari fully furnished apartment yang normally the rental would be more than RM1k. So, most probably I have to settle for empty place lah nampak gayanya, yang rentalnya still between RM600-RM800.

Secondly, there will be minor restructuring kat division aku, with addition of my old department. Dan tempat duduk kitorang kat office pun kena lah berubah sesikit. Dan hari ni aku kena move to another work station, which less strategic - tak mengadap kiblat. Dah le pulak meja aku tu air aircond ke atau air dari atap menitik-nitik.

Kalau orang tanya, tempat kau kat mana? Aku jawab senang je, yang ada suratkhabar atas meja nak lapik air yang menitik-nitik tu. Kalau nak berfikiran positif pulak, senanglah kerja aku hari-hari tak payah pergi pantry amik air minum. Kalau aku dahaga je, aku menganga je tadah mulut kat tempat air tu menitik. Kalau air tu dari aircond, sure rasa macam the ais.

Aku cerita lah these signals to my friend. Tapi dia kata, kau kena dapat tiga signals baru boleh buat any decision. Aku tak tau lah mazhab mana dia pakai. Anyway, dah ada pun the third signal ni.

Korang tau lah parking around office aku ni dah macam cibai. Berdouble, bertriple parking. Aku rasa satu hari nanti aku kena park kereta aku kat tapak Jom Heboh, pastu dari car park tu kalau tak nak menapak ke office, boleh amik tren yang bebudak naik keliling-keliling Danga Bay ni. So, dua hari lepas aku datang agak awal lah jugak. Aku pun suka laa hati aku park kereta aku betul-betul tepi office.

Dah siap lock gear, siap tengok cermin pandang belakang sambil menyikat rambut, siap amik beg dalam bonet semua, aku berjalan je nak masuk office, pak guard tu sound aku, "Encik, hari ni tak boleh parking sini. Ada meeting bla bla bla..." Aku pun sound laa, "tadi awal-awal tak nak cakap, orang dah keluar kereta semua baru nak cakap!"

Pak guard tu pulak menjawab, "tadi saya tak perasan encik parking situ." Aku ni pantang lah orang menjawab kan, aku sound balik, "kalau anak raja, bukan main kau angkatkan kon parking tu, cubalah kau sound jugaklah anak raja tu tak boleh parking sini."

Memang betul pun ada sorang anak raja kerja kat office aku, ada parking reserve untuk dia. Siap pak guard berlari nak alihkan kon, nak bukak pintu, tolong angkat beg, laptop semua. Aku rasa, kalau anak raja tu guna desktop kat office, dan dia kata dia nak bawak balik desktop tu hari-hari pun pak guard sanggup jinjitkan.

So, my friend... ada tiga signals kan?

Dan sepanjang-panjang jalan balik kerja dari ofis ke rumah tadi lah aku dok terfikir pasal signals ni dan 'the decision'. Dan tertakde mood lah aku jadinya, walaupun benda-benda yang tak best tu just benda-benda kecik je. Dan walaupun dalam tertakde mood tadi, sempat jugak aku tersinggah beli durian sebijik. Dah 8 hari tak makan durian ni. Dan korang tengoklah gaya orang yang tertakde mood belasah durian yang dia tersinggah beli tadi.



Tuesday, July 07, 2009

Tentang bitch bitch itu


Kat tempat aku kerja ni, banyak jugak bitch. Dan biasalah korang pun tau, bitch-bitch ni dari gender yang mana satu kan? Yang burung atau yang bunga kan? Sometimes, you just don't believe what other people are saying about the bitchiness of those bitch. Until you actually work with them, direct or indirectly.

Sometimes, these bitch are being nice to you. But just temporarily before they get even more bitchy after you treat them well. Well, typical bitch huh? And sometimes when you try to be humble, crack some jokes, they think they can step on your head. And when you try to be serious and do not talk nonsense, they think you're a bitch and no fun.

Well... bitch is always a bitch. I'm being friend to them just because I have to do my works. That's all, bitch!

Tengah layan Lenka - Bitch Trouble Is A Friend
"BitchTrouble will find you no mater where you go, oh oh. No matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh. The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh. Your fine for a while but then start to loose control.

She's there in the dark, she's there in my heart, she waits in the winds, she's gotta play a part. Bitch Trouble is a friend, yeah bitch trouble is a friend of mine. oh no!"


Friday, July 03, 2009

Tentang balik SA


Aku rasa memang nekad laa aku nak start cari kerja kat Klang Valley semula. Hari ni, aku dah seriously browse jobstreet dan aku ada buat 3 online applications. Dan CV aku sekarang ni ada with two companies, through my headhunters. It's official! I'm actively looking for employment in Klang Valley, preferably Shah Alam.

Hopefully by the time tenancy agreement apartment aku kat JB ni expire, aku pun dah boleh balik SA. So, tinggal dua bulan je ni before my tenancy agreement expires ni. Kalau by mid next month takde news apa-apa pasal kerja, then aku kena cari tempat baru nak tinggal kat JB. So, kena work hard, pray hard, apply semua law of attractions semua tu lah.

Tadi, aku ada problem sikit pasal tiket konsert Search. Asalnya, venue konsert 1 Ogos ni kat Std Bukit Jalil. So, aku dah beli 4x tiket RM58 yang standing atas padang. Yang mahal sikit ada jugak, tapi duduk. So tak best lah kan. About two weeks ago, they changed the venue to Bukit Kiara. Baru tadi aku dapat masuk website ticketing tu.

Bila dah tukar venue ni, kat Bukit Kiara tu mana ada tempat duduk kan? So, yang tiket RM58 tu dah jadi terkebelakang, belakang tiket yang RM88. So, dah tak syok laa kan aku nak tengok konsert dari belakang ni. Aku pun call ticketing agent tu, aku tanya dia macam mana kalau aku nak upgrade?

Dia kata, tak boleh upgrade. Instead, aku kena beli tiket lain dan request for refund untuk tiket yang aku dah beli yang RM58 tu. Dan aku tanya dia lama tak dia nak refund? Dia kata dia tak sure, dia ambik particulars aku, then dia akan forwardkan ke admin diorang.

Aku tanya, bila diorang akan contact aku or aku patut contact diorang semula. She said, after a week or two weeks from now. Gila lama.. rupanya diorang pun tengah busy nak proses refund tickets Sabah dan Sarawak yang kena cancel last month tu. So, it left me undecided whether to buy another 4pcs of RM88 tickets and hope to get the 4psc RM58 tickets refunded or just stick with RM58 but watch the concert from the back of crowds?! Adehhh...

Then, minah tu called aku semula. Dia kata actually aku boleh datang office diorang untuk refund tiket tu. Masalahnya, ofis diorang tak bukak on Saturday. So, kalau dah aku kerja kat JB ni, bila lah masanya pulak aku nak pergi ofis diorang on weekdays tu kan?

So, selain daripada takde Subway, Chillis, Carl's Jr dan nasi kandar yang sedap, nak refund tiket konsert pun susah tau kat JB ni. Damn it!


Related Posts with Thumbnails