Monday, November 24, 2008

Lepak JB je ker? Iyo laa...


Soalan lazim di pagi Isnin, "Kau tak balik KL last weekend?"

Jawapan lazim sejak dua minggu lepas, "Tak..."

Soalan lazim terlampau yang mengada-ngada yang kalau tak kena mood time tanya tu boleh buat sakit hati yang dah tanya soalan pertama, kau nak tanya soalan ni lagi buat apa, "Kau lepak JB je?"

Jawapan aku, "Tak..."

Soalan yang tak lazim yang tak pasal-pasal kena tanya sebab dah gatal-gatal tanya soalan lazim terlampau tadi, "Habis tu kau gi mana last weekend?"

Jawapan aku yang tak pasal-pasal kena jawab sebab aku jawab soalan kedua tadi macam gitu, "Aku lepak Permas je..."

Yes, it's real. Aku lepak Permas je last weekend. To be exact, aku lepak kat dalam kawasan apartment aku je sampailah jam 8.30pm Ahad semalam. Lepas Isyak, barulah aku keluar ke Jusco Permas Jaya. Tu pun sebab aku nak alihkan kereta aku ke uncovered parking sebab housemate aku balik dari KL malam tu (bulan ni giliran housemate aku park kat covered parking).

Aku pergi Jusco tu pun semata-mata bawak bakul kosong keluar dan masuk ke Supermarket Jusco tu tak tau nak beli apa lagi dan semata-mata aku beli McD's choc-a-top ice cream (ini semua pengaruh housemate aku makan benda ni). Lepas tu, ada lah dalam 20 minit je, aku balik semula ke apartment aku.

'Kuah dal' kan life aku last weekend. But, that's life for me, at least, than spending eight hours on highway back and forth JB-KL-JB, kan? Kuah dal pun kuah dal laa... mana laa tau kuah dal ni just untuk minggu-minggu terakhir aku kat JB ni, kan? Iye ye je...


Wednesday, November 19, 2008

Eye of the tiger


Dear all (ekekekek... macam tulis email pulak). Haa.. cerita pasal tulis surat ni, kan? Since aku kecik-kecik dulu dah duduk kat hostel. Rumah pak aku pulak takde telefon. Handphone pun takde lagi back in late 1980s and early 1990s. Cuma waktu aku form 2 atau form 3 ada rumah jiran aku (Mak Gayah) baru masuk telefon rumah. Rumah Mak Gayah adalah selang 5 pintu dari rumah pak aku kat quarters KTM dulu. Kalau ada emergency, aku terpaksa call rumah Mak Gayah dan one of Mak Gayah's daughters, Tweet ke Ijah ke akan pi panggil mak aku.

Back to tulis surat tadi. So, aku adalah few times berutusan surat dengan pak aku. Dan setiap kali hari raya, aku tak pernah tak hantar kad raya kat pak aku. Dan disebabkan aku tengok pak aku bila tulis surat kat to'ki aku, dia gunakan ayahanda, bonda, anakanda, etc... aku pun terikut sama tulis "Ke hadapan ayahanda dan bonda yang diingati selalu. Anakanda di sini sihat-sihat sentiasa..." Tapi time dalam surat je laa.. tapi kalau kat rumah pun aku bahasa diri aku anakanda, kan best?! Sure jiran-jiran aku akan kagum je. Heheheh...

Laaa... melalut pulak cerita pasal surat. Ni, aku nak cerita pasal rakyat Malaysia yang dibaham harimau kat Zoo Singapura dulu. Korang sure dah tau, kan kisahnya? (baca sini kalau tak tau lagi) Kesian gak laa.. dah ditakdirkan penghujung hayat mamat tu macam tu, kan? Tapi, ada juga persoalan kenapa waktu tu, takde pekerja yang tembak harimau-harimau tu? Mungkin diorang takde kat situ waktu tu atau mungkin tak dilengkapi peralatan untuk menembak atau mungkin harimau-harimau ni endangered species untuk tidak ditembak. Ni gambar aku dapat dari forwarded email.



Tapi kalau betul endangered species dan tak nak ditembak mati pun, tembak dengan bius je lah, kan.. macam lagu "Dibius Cinta" nyanyian Yusry dengan Melly Goeslaw tu. Mesti harimau-harimau tu akan nyanyi, "kau membiusku dengan cinta, cinta yang malu kukatakan; kau membiusku dengan cinta, sampai aku tak bisa berkata..." Ahaks! Anyway, jokes aside... takziah kepada keluarga si mati dan kita sedekahkan Al-Fatihah lah pada si mati.

(pause seminit)




Ok, tadi aku dapat satu sms, satu email dan satu call. Tiga penjuru! Tapi sms dan email tu, takdelah pulak tulis anakanda, nenda semua tu... persoalannya, 2 Disember nanti, aku kena pakai costume harimau ke? Mana aku nak cari?!! Aummmmmm!!!



Tuesday, November 18, 2008

Dull... bukan kuah dal!


Dulu ada satu masa sekitar tahun 1990an, orang sibuk-sibuk cerita yang roti canai kat kedai mamak tepungnya dipijak-pijak dengan kaki. Ramai yang geli. Ramai yang berenti makan roti canai di kedai mamak. Ye lah. Mana nak lalu bila bayangkan kaki mamak yang tumitnya keras merkah pecah-pecah. Yang melekat di rekahan-rekahan tumit diorang tu, tak tau laa segala macam germs. Itu belum cerita part kuku kaki lagi. Dengan taik kuku yang kalau dikorek, lepas tu dicium, perghhhh boleh pengsaannnnnn.... Kalau selak sikit kain mamak-mamak tu, tu diaaaa.... bulu betis kerinting-kerinting, lebatttt.... dan hitammmmm berkilat... sihat bulu-bulu depa ni.

Ramai yang beralih makan roti canai di kedai Melayu. Ramai juga Melayu yang mula belajar tebar roti canai. Berpusing-pusing tangan. Macam kunta kinte. Mak aku dulu pun buat jugak roti canai untuk santapan aku sekeluarga. Tapi mak aku tak tebar pusing-pusing. Mak aku pakai talam. Talam yang isi lauk waktu nak hidang-hidang tu. Distretchkan tepung roti tu memenuhi talam. Lepas tu dicantumkan balik, kemudian digulung-gulung. Lepas tu tempek atas kuali panas. Makan dengan kari sardin (ini yang paling best). Lagi sedap kalau kari tu kari semalam dipanaskan. Pow wow!

Aku tak berapa gemar makan roti canai kedai Melayu ni. Salah satu sebabnya, takde kari ikan pow wow. Yang ada cuma, kari dal atau bapak aku sebut kuah parpu. Ni satu lagi hal. Bila aku sebut kacang parpu, puas aku kena gelak dengan orang KL. Orang KL sebut DAL... macam huruf jawi yang alif ba ta sa jim ha kho DAL zal ro.. bukan PARPU. Lepas tu kuah dal tu pulak letak sambal ikan bilik. Adehhh tak mari laa dengan rasa roti canai, ikut tekak aku laa. So, kalau aku nak makan roti canai, aku tetap pergi kedai mamak. Pijak pun pijak laaa....

Itu je laa aku nak cerita. Aku takde idea sebenarnya nak update blog ni. DULL sungguh hidup aku kan. Kalau ada benda yang interesting, mesti aku update punya. Ini sebab takde benda yang interesting, takde lah berupdate. DULL nyaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Err... boleh hantar dayang-dayang untuk hiburkan hati beta?!


Saturday, November 15, 2008

Dada melantunlantun - Not OK


Office aku kat JB empat tingkat termasuk Ground Floor. Takde lif. Budak-budak Projects di tingkat atas sekali. Kesian berkali-kali! Alasannya, diorang should not be in office, they should be at the site most of the time.

Bawah sekali, lebih kurang lounge and showroom laa. CEO di tingkat dua. Errr... bukan orang besar-besar ni suka duk tingkat yang tinggi-tinggi ke, penthouse ke. Oh lupa, office aku takde lif. Aku, di tingkat tiga. Balance laa.. Tapi aku lebih banyak turun dari naik. Bila dah turun, tak naik-naik. Heh!

Baru-baru ni, waktu aku turun tangga sambil berlompat-lompat anak. Terasa dada aku melantun-lantun. Aku lekap/pekop dada aku dengan tangan, dapat aku rasa lantunannya. Adehhh... lemak perut dan naik ke dada. Sesuatu perlu dilakukan sebelum lemak di dada naik ke pipi. Botox?!

Housemate aku dari dua minggu lepas asyik tanya aku bila nak sign up for membership kat Club Hatch? Club Hatch is just one block away dari ofis aku. Aku cantas caras housemate aku, "gym kat rumah yang free tu pun tak terpergi..." Aku bukan marahhhh, nasihaatttttt....

Dengan dada aku dah melantunlantun dan gym kat rumah yang free tu pun aku tak terpergi, aku tekad weekend ni nak mula berkecimpung dengan exercise semula.

Walaupun housemate aku balik KL weekend ni seperti biasa (dia ada membership club kat KL kot, tak pun exercise tekan tubi dgn bangkit tubi je kat rumah... heheheh), seawal jam 8am aku dah siap turun ke bawah. Kunci pulak pintu gym. Bila ditanya tokey kedai runcit kat situ, katanya kena amik kunci kat management office.

Aku ke management office, jam 9am baru bukak. Apa barang, matahari dah rembang baru nak exercise. Nasib aku tak naik semula tidur je. Nasiblah masih tertanam dalam jiwa aku moto "Majulah Sukan Untuk Negara".

Visi: Dada padat, tak melantunlantun in one month time. Aku kasi korang cubit/picit kalau nak tengok improvement nya nanti.


Friday, November 14, 2008

A phone call away


Aku tengah nervous ni. Dag dig dug bunyi jantung aku. Aduuhhhh itu bukan bunyi jantung sebab nervous. Itu bunyi jantung waktu menari dangdut.

Dup dap dup dap... baru betul bunyi jantung waktu nervous. Anytime soon, I'll be receiving a call. A call which will determine whether I'll be working on 1st January or I'll be observing a public holiday.

*mode mulut terkumat-kamit terkumat-kamit ni, bukan membebel tak henti-henti tapi berzikir dan berdoa. Heh! Dan tiba-tiba je Stevie Wonder terpacul dalam kepala aku sambil menyanyi, "I just call to say I love you..."

--
Nota buku lali: Johor tak cuti pada 1 Januari.


Wednesday, November 12, 2008

One thing...


Sekarang aku tengah kemaruk dengan lagu Leona Lewis "Better in Time". It is so happened lagu ni bermain kat Mix FM on almost every night aku drive home. Liriknya takde lah so kena mengena dengan aku. It's just the song, arrangement (pandai le pulak aku komen pasal arrangement) so ngam! Kacip dengan jiwa aku.

Aku suka especially part yang, "Going, coming. Thought I heard a knock. Who's there? No one. Thinking that I deserved it. Now I realize that I really didn't know..." Korang just bayangkan laa aku kat JB spending time over the weekend, pastu terasa-rasa macam ada orang ketuk pintu. Thinking that I deserved it (moving to JB). Haa macam tu laaa...

Tadi lepas lunch, berulang-ulang suara aku dengar lagu ni. Lepas tu, berulang-ulang tayang aku tengok clip lagu ni kat sini.

Terus aku teringat aku pernah satu ketika dulu teringin sangat nak berlakon dalam video clip tengok/join pembuatan/penghasilan video clip, dari mula sampai akhir.

Yang menterujakan aku especially bila part yang gabungkan three or more scenes into one full song. Contohnya, satu scene kat dalam bilik tengah terbaring golek-golek atas katil, pastu satu scene pakai blouse putih, jalan-jalan pakai tepi pantai sambil blouse tu ditiup-tiup angin. Pastu, satu scene lagi tengah duduk sorang-sorang kat meja makan dalam satu restoran mewah, ada candle kat meja tu. Then, these three scenes combined macam cut and paste here and there, untuk dijadikan one complete video clip.

Aku wonder, do they have to sing a complete song in each scene? Contohnya, kat tepi pantai, nyanyi lagu tu dari awal sampai akhir. Ataupun ada certain parts of the song je yang nyanyi kat tepi pantai? Then, aku nak tengok proses combining the scenes tu. Best aaaa....

So, sesiapa yang ada nak terlibat dalam buat video clip nanti ajak laaa aku. Tapi aku nak video clip artis yang terkenal laaa... aku tak mau laaa video clip untuk karaoke. Tahpahapa je.

Ok lah sambung nyanyi balik...
"But that's the path I believe in. And I know that, time will heal it.... quickly I'm learning... all I know is, I'm gonna be okay."


Tuesday, November 11, 2008

Archilles heel


Semalam aku belek-belek buku-buku dalam drawer aku (is it a sign of packing up?!! no...) dan aku terjumpa this one buku about MBTI personality test. Korang google je lah apa ke bendanya. It has been at least 5 years ago when I last took the test. They said, the results can change over time, through experience and change in the phases of life, e.g. job promotion, fatherhood, etc.

So, I took the test again online. And true enough, there is one change from the four criteria. Aku punya 'way of perceiving or understanding (of things, situation, information)' dah berubah daripada Sensing to Intuitive. Aku rasa faktor kerja yang banyak mempengaruhi perubahan ni. Person with Intuitive trait 'seeks to understand, interpret and form overall patterns of all the information that is collected and records these patterns and relationships. It speculates on possibilities, including looking into and forecasting the future.'

I got my result. Aku baca interpretation of the results. Dan sampai ke paragraph yang ni, rasa nak menangis pun ada....
"Personal relationships, particularly romantic ones, can be the INTJ's Achilles heel. While they are capable of caring deeply for others (usually a select few), and are willing to spend a great deal of time and effort on a relationship, the knowledge and self-confidence that make them so successful in other areas can suddenly abandon or mislead them in interpersonal situations."

Heh...

Achilles heel tu definition nya. An "Achilles' Heel" is like a fatal weakness or deadly flaw in anyone or thing or idea or plan.

Chet! Nak kena gi operate ni. Ambillah kapak, belah laa dadaaaaaa.... tapi kira ok laa daripada ada sorang member aku (link blog dia ada kat sebelah ni jugak), first line description of her personality was, "Where's the party?" Party girl gitu... kekekekeke....


Sunday, November 09, 2008

Sunday, 4.20pm




Lokasi: Nasi Kandar Utara (NKU), SS15, Subang Jaya
Objek dalam gambar: Sepinggan licin nasi kandar, segelas teh o, meja makan yang telah dilipat-lipat, kerusi-kerusi makan yang telah dilanggat-langgat (ada ke perkataan langgat, stacked it is), dinding-dinding restoran yang telah dikatup (diturunkan).

Hmmm... macam makan tengahari dalam kedai mamak di bulan puasa. Ehh, aku agak je...

Ahad, di Shah Alam. Hujan di tengahari. Aku bermotorsikal sahaja weekend ni, tak boleh keluar. Di rumah, menahan lapar.

Jam 3.45pm, hujan masih rintik-rintik. Aku keluar juga. Kadar bekalan isi dalam perut aku dah merah berkelip-kelip. Alangkah mudah kalau perut boleh dicharge macam battery handphone. Makan tengahari aku pada jam 4.05pm.

Ahad, di Shah Alam. Disebabkan hujan di tengahari. Disebabkan makan tengahari aku pada jam 4.05pm. Disebabkan official working hours NKU sampai jam 4pm. Pekerja-pekerja Nasi Kandar Utara dapat bayaran overtime untuk 30 minit. Ehh, aku agak je...

Critt critt... bunyi message masuk. "Aku ambik kau jam 9pm ok?" Argghhhh... kena tune kepala pulak nak balik ke JB. Hilang selera makan. Nasib baik nasi kandar dah licin sepinggan.


Saturday, November 08, 2008

I'm commminggg errr... I'm baccckkkk


I'm back in SA/KL for another week that comes by...
Though it's just for a short while...
For some reasons, please don't ask why...
One thing for sure, it's not the time yet to say goodbye...


Thursday, November 06, 2008

The land of....


4th November 2008: American created history. Barack Obama became the nation's first black president of the USA. Though Obama is not the youngest President when moving into the Oval office at 47 years, 5 months (Ulysses S. Grant was 46y10m, Theodore Roosevelt was 42y,7m, John F Kennedy was 43y,7m, Bill Clinton was 46y,5m), he was one with the least of experienced in national political affairs, serving only his first term a Senator before he announcing that he is running for the presidency.

Somehow, aku ada subscribe mailing list 'Obama for America' and have been getting emails either from Mr. President, the next First Lady, Mr. Presidents's friends and most of the time, the Campaign Manager, David Plouffe. Dan aku lebih tertarik bila baca profil David Plouffe ni. Memang gempak! Memang mastermind. Especially bila Obama decided to go for private donations (instead of public financing) which allows him to spend more than $84.1 million (maximum amount to spend if using public financing), aku rasa it was the start of 'the change'.

Dan memang kagum laa aku baca profil mamat David Plouffe ni (baca sini). Agaknya, kalau dulu aku amik Political Science, entah-entah aku jadi campaign manager untuk Joe Biden ke Hillary Clinton ke. Tak pun Pak Lah ke? Adoiii... harus kena sack lepas 8th March punya election hari tu. Hahahaha... anyway, anything is possible kan? Daripada just tengok Morgan Freeman jadi black American President, kini dah jadi nyata. Itulah the land of free, and the home of the brave.

Yang kita pulak...
The land of? Public holidays...
Tak percaya?
Korang check sikit 2009 public holidays.

Chinese New Year (26, 27-Jan) - Isnin dan Selasa
Thaipusam (8-Feb) - Ahad
Maulidur Rasul (9-Mac) - Isnin
Labor day (1-Mei) - Jumaat
Wesak (9-Mei) - Sabtu
Agong's birthday (6-Jun) - Sabtu
National Day (31-Ogos) - Isnin
Hari raya puasa (20, 21-Sep) - Ahad dan Isnin
Deepavali (17-Okt) - Sabtu
Hari raya haji (27, 28-Nov) - Jumaat dan Sabtu
Awal muharam (18-Dis) - Jumaat
Christmas (25-Dis) - Jumaat

Haaa amik semuanya either Jumaat, Sabtu, Ahad atau Isnin. So, kepada cik wokz-cik wokz yang nak plan merayap tu, bolehlah plan dari sekarang, boleh buat booking AirAsis awal-awal. Yang nak plan buat kenduri-kendara, plan laa elok-elok. Tak payah laaa tunggu cuti sekolah, susah orang nak datang banyak sangat kenduri time cuti sekolah. Tahun 2009, buat time tak cuti sekolah pun takpe, most of the time long weekends. Kenduri aku? Aku buat weekday je time breakfast, makan roti canai. Save budget, boleh?

Kalau korang nak full calendar tu, korang carilah sendiri.


Wednesday, November 05, 2008

Dressed for success


Semalam waktu nak ke ofis, Mix FM pasang lagu lama Roxette ni. Aku rasa macam pernah dengar lagu tu. Dan aku masih ingat sikit-sikit liriknya. Not that I'm a big fan of Roxette tapi waktu aku sekolah menengah dulu, best jugak lah dengar lagu-lagu Roxette ni. Bagi chance lah budak-budak lain dengar Metallica ke Megadeth ke, aku layan Roxette je. huhuhuh...

Anyway, aku pun termenyanyi laa lagu tu. Tapi still aku tak tau apa lirik lagu ni sebab for sure lagu ni takde lagi dalam iPod aku. Luckily, Serena C mentioned tajuk lagu ni, Dressed For Success. Huhuhu... baru teringat ada jugak lagu yang title nya macam ni, ek?

"I'm gonna get dressed for success, shaping me up for the big time, baby. I'm gonna get dressed for success, hitting a spot for the big time, baby..."

Agaknya sebab tu laa kalau aku nak gi interview je, kalau boleh aku akan shop for new clothes, kalau boleh sepersalinan luar dalam baru. paling kurang pun, aku akan shop for tie baru kat Tie Shop. Atau paling-paling kurang pun, aku beli singlet/baju dalam baru or boxer or socks baru. It does feel good, ok bila pergi interview wearing something new. Dressed for success gitu...

Tapi, sekarang ni aku rasa 'dressed for success' pun tak berapa menjanjikan success. Aku rasa, yang lebih menjanjikan success is when you undressed for success. Lagi menjamin, kot? Errr... tapi make sure the hirer is of opposite sex laaa... kui kui kui....


Tuesday, November 04, 2008

An evening in Paris


Atas tu saje je title macam tu sebab peristiwa semalam berlaku waktu petang.

Semalam, aku dapat peluang duduk semeja dengan CEO Jaring Communications, Dr Mohamed Awang Lah, or fondly known as Dr MAL. Aku noticed Dr MAL seorang yang fatherly figure, very very knowledgeable and expert about the industry, and most importantly a humble guy.

Dr. MAL ni pada awal 1980-an, dia bersama-sama Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Dr Muhammad Ghazie Ismail, Dr Mohd Arif Nun dan Dr Mohd Zawawi Ismail pernah membentangkan satu cadangan kepada Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan 'Institute of Microelectronics R&D' with the purpose of "the Institute was to provide critical infrastructure for the advancement of local electronic industry so that the nation can design, produce and market high quality electronic products by indigenous capabilities due to the importance of industrial and economic growth" (source here) sehinggalah tertubuhnya MIMOS pada tahun 1985.

Aku sempat kongsi pendapat aku tentang artikel Dr MAL, entitled "The way forward for high speed broadband" yang diterbitkan dalam The Edge pada 1 September 2008 (read here). Bagaimana industri internet negara yang sepatutnya tidak dimonopoli oleh satu syarikat gergasi, supaya wujudnya competition yang seterusnya akan menggalakkan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna. Lihat sahaja perniagaan telefon bimbit di mana tiga syarikat berlumba-lumba untuk meningkatkan kualiti, menawarkan perkhidmatan tambahan dan di waktu yang sama, berlumba-lumba menurunkan harga pasaran bagi meningkatkan jualan.

Ada juga di satu ketika, kelihatan Dr MAL seperti mengeluh dan berputus asa dengan matlamat yang diperjuangkannya. Tapi aku dapat rasa yang Dr MAL ni bukan seorang yang mudah tewas. Cuma keluhannya atau frustrationnya mungkin umpama melepaskan lelahnya sebelum meneruskan perlumbaan. Apatah lagi seorang 'genius' seperti dia yang mungkin negara ini tak senang untuk perkotak-katikkan dan masih diperlukan.

Jika aku diberikan kesempatan, Insyaallah akan bersama-sama Dr MAL berjuang untuk kepentingan negara. Jika tiada rezeki aku, aku akan simpan perjuangan Dr MAL di dalam dada aku (close to my heart, orang putih kata).


Monday, November 03, 2008

Polis wanita dan facebook?


Malam kelmarin, aku duk sibuk prepare sikit-sikit untuk interview aku. Apa nak cakap, apa nak cerita pengalaman kerja aku, apa nak kelentong sebab-sebab aku nak berhenti kerja sekarang. Ekekeke... dan adalah sikit-sikit sampai terbawa-bawa preparation interview ke dalam mimpi aku.

Mimpinya macam ni. Aku naik motor aku. Pastu kena tahan dengan polis. Perempuan pulak tu. Lawaaaa pulak tu. Aku pun tunjuk lah road tax dengan lesen aku. Dia kata, dia nak tengok aku bawak apa dalam tong yang bawah seat aku (aku naik skuter). Dalam hati aku, apa kejadahnya polis perempuan ni kerek gila nak tengok aku bawak apa bagai?! Nak tengok aku bawak cd blue ke?

Aku pun angkatlah seat tu. Ada laptop aku dalam tu. Polis tu suruh aku bukak laptop aku. Laa... aku pun on kan laptop aku, dan terpacul lah page Facebook aku. Polis wanita tu bukan main lagi godek-godek facebook aku. Jenuh aku tunggu. Sorang-sorang dalam friends list aku tu dia tengok.

Pastu, pelan-pelan polis perempuan tu bisik kat telinga aku, "You add I dalam facebook you, ye... nama I..." errr.... alaaa aku lupalah apa nama polis perempuan tu. Bila aku terjaga, aku terasa yang nanti waktu interview, orang yang interview aku tu akan tanya aku, "You ada facebook tak?" Adehhh....

So, kepada polis perempuan yang muncul dalam mimpi aku tu, kalau you ada baca blog ni, tolonglah add aku dalam facebook you, k? Heheheheh


Sunday, November 02, 2008

Falling and falling... into places


Aku ingat lagi kali terakhir aku pulun cari kerja. Awal tahun 1999, lepas raya puasa exactly. Adalah tak kurang daripada seratus resume aku hantar. Aku ingat lagi, aku hantar kepada semua bank yang kat Malaysia sebab aku rasa macam glamer je kerja bank. Huhuhuh... dan aku hantar juga ke manufacturing and other companies yang ada advertise in papers or their websites. Dan dalam seratus resume yang aku hantar tu, ada lah dalam sepuluh interviews yang aku attended.

Bulan Mac 1999, aku start kerja di bank. Alhamdulillah dalam kegawatan ekonomi, ramai kawan-kawan aku menganggur waktu tu. Aku cuma sempat menganggur selama 11 minggu je, from the day aku arrived in Malaysia to the day I reported to duty. Elok juga pun sebab by the time gaji pertama aku hujung bulan Mac tu, duit yang aku bawak balik dari US dah susut pun. Mana taknya, hampir setiap hari aku ke cyber cafe cari kerja-kerja kosong, print resume kat cyber cafe, cover letter tu aku print atas conqueror paper pulak (mahal tu), beli sampul surat besar, setem lagi.

Cuma jodoh aku dengan bank tak panjang, 11 minggu jugak. Tak glamer sebenarnya kerja bank ni. Aku rasa macam pencacai je, masa ikut time orang lain, bukan ikut time sendiri. Time makan pun nak kena ikut shift. Kadang-kadang tu, geng-geng aku kena makan shift lain daripada aku. Makanlah aku seorang diri.

Then aku ke second job aku kat Shah Alam in manufacturing. Ini aku apply secara tak sengaja. Atuk kepada kakak ipar aku yang tiba-tiba suruh aku mintak kerja kat company ni. Aku pun cakap kat dia, takde pun keluar dalam suratkhabar ke jawatan kosongnya. Atuk tu kata, mintak je, hantar je. Aku pun surf website company ni nak cari alamat. Alih-alih ada jawatan kosong untuk International Business department, which aku pun applied.

Dan aku dipanggil interview tapi untuk IT department sebab yang International Business tu advertisement lama, dah expired. Laa... aku tak perasan pulak. Tapi kenapa pulak IT department? Aku takde langsung tahu menahu pasal IT, kecuali Microsoft Word, Powerpoint dengan Excel je. Tapi aku tunjuk confident, aku cakap aku fast learner, aku sanggup terima cabaran. Heheheh... biasalah tu. Dan aku dipanggil semula untuk second interview tapi untuk Corporate Planning, sampailah interview ketiga dengan CEO, dan aku dapat kerja situ, which aku kerja selama enam tahun (June 1999 to October 2005).

Lepas daripada episod hantar 100++ resume tu, aku takde dah hantar resume secara mass, dah takde sembarangan aku mintak. Dah lebis focused, more targeted gitu. The next job yang aku dapat ialah dengan merchant bank kat KL. Yang ni, aku apply ikut Jobstreet. Ironinya, jodoh aku dengan bank ni pun 11 minggu jugak sebab aku dipancing oleh satu syarikat telekomunikasi kat Cyberjaya. Yang ni, aku tak apply tapi head-hunter yang cari aku. Setahun jugak aku kat Cyberjaya sebelum diserapkan ke parent company dekat-dekat Bangsar tu.

Waktu aku kat Bangsar, aku takde cari dah kerja-kerja ni. Yelah, aku nak laa kerja lama kat company ni, lagipun ilmu aku pasal komunikasi memang zero. Banyak betul nak kena belajar, tak sebanyak manufacturing. Tapi, dalam waktu aku kat situ, aku attended dua interviews je. Satu yang orang refered kan aku (insurance company kat KL) dan satu yang head-hunter aku pancing, which is company yang aku kerja sekarang ni (property kat JB).

In between 1999 to 2005 tu, ada dua lagi kerja yang aku dapat tapi aku tolak. Satu dengan mobile manufacturing kat Bukit Jelutong dan satu lagi dengan syarikat media cetak kat Cheras.

Tapi, sebelum bulan puasa lepas aku pulun balik cari kerja. Entah apa gilanya dan dekat sepuluh tahun takde sepulun sebegini. Adalah dalam enam syarikat yang aku hantar resume aku. Kira banyak dan kira dah macam mass jugak lah tu. Itu tak kira yang aku apply ikut website, dan tetiba je aku terajin register profil aku kat website mencari kerja. Sebelum ni aku ada profil kat Jobstreet je, sekarang ni adalah dekat sepuluh. Hehehehe....

Dan korang tau kan, dalam entry lepas aku ada cerita yang aku on track for three jobs setakat ni. Satu internally, satu headhunter aku pancingkan dan satu lagi through website mencari kerja yang aku baru register. Dan ada satu lagi kerja yang aku apply ikut Jobstreet. Kerja ni memang fit gila dengan pengalaman aku dan kelayakan aku. Semua benda yang dalam job description tu, aku dah pernah buat. Tambah pulak, tempat kerjanya adalah lima minit je dari apartment aku kat Shah Alam.

Memang aku confident jugaklah untuk dishortlistedkan. Tapi, lepas tarikh tutup 20 Oktober lepas, agak mengecewakan. Sebabnya, resume aku hanya diview sekali je. Hari-hari aku check, tak bergerak-gerak. Tak diview-view resume aku untuk kali kedua. Dan tambah lagi memfrustkan bila aku tengok yang applicants under consideration ada dalam enam orang, dan resume aku not under consideration. Sedih... dah aku tak mengharap dah kerja tu dan aku tak check lagi dah. Biarlah...

Alih-alih, tengahari semalam aku dapat email dari Jobstreet. Diorang hantar summary activities aku untuk bulan lepas. Resume aku dah diclassified as under consideration. Wow! Tapi ada 12 yang under consideration lah. Oklah tu kan? Ada perkembangan. Daripada 158 yang applied, aku kira top 12 lah paling tidaknya. So, sekarang ni aku mode tunggu dipanggil interview lah. Tapi, still tak berharap sangatlah. Sebab, aku kena concentrate yang tiga yang dah di depan mata ni. Jangan nanti yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong pulak berciciran...

In conclusion, lepas dekat dua tiga bulan bermandoman, I can say that now things have started to fall into places dah ni...


Saturday, November 01, 2008

Rajukku dipujuk?


"Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
Jika di dalam bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah"



Minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya korang tahu kan berapa aku berharap one or some good news to come? Tapi takde apa, kan? Minggu ni aku continue berharap tapi takde lah berharap bermati-matian dan bersyahdu-syahduan macam minggu-minggu lepas. Cuma, aku harapkan atau serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. untuk menentukan.

Dan petang semalam, hari Jumaat, hari penghujung minggu. Nampak gayanya lebih kurang sama je macam minggu-minggu lepas, still no one or some good news. Kecuali yang aku mentioned earlier dalam entry lepas. Yang aku dengar there is one good news although it was not something like what I expected tu. Tapi aku redha dan berserah.

Tapi Jumaat petang bukanlah sebenarnya penghujung minggu. Orang di benua lain masih bekerja waktu kita dah nak balik rumah. Orang di pejabat-pejabat lain mungkin ada phone calls yang lebih penting untuk dibuat di waktu pejabat daripada phone call untuk aku.. Orang lain mungkin ada meetings yang lebih penting daripada berjumpa atau berjumpa dengan aku.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. News yang aku dengar from third party tu, sampai betul-betul ke telinga aku, first hand! "Something is being worked out. Just wait!" katanya lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Ya, dia sibuk dengan macam-macam meeting waktu kerja, Jumaat semalam, meetings yang lebih penting daripada berjumpa atau bercakap dengan aku.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Aku dapat satu email yang mengatakan aku dah dishortlisted dan aku kena isi online interview form untuk diemail balik kepada diorang. Walaupun aku tak menaruh harapan tinggi untuk yang ni, tapi aku redha dan akan mencuba. Itu semua akan ditentukan Allah. Dan aku faham, orang di benua lain masih bekerja waktu kita dah nak balik rumah.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Aku dapat satu phone calls. Dia suruh aku datang berjumpa dengan orang palis atasan kat tempat yang mungkin rezeki aku kat situ. Ini dah macam sebelah kaki masuk, sebab kalau orang paling atas yang nak jumpa, it's either "Yes, you are in" or "No, thanks for your time" je. Dah takde lagi "We will call you for the next round of interview" ke apa lagi. Dan, aku faham orang di pejabat-pejabat lain ada phone calls yang lebih penting untuk dibuat di waktu pejabat daripada phone call untuk aku.

Nampaknya, weekend ni bukanlah "the beginning of many weekends for me to spend in JB". Weekend ni aku kena jugak pulang ke SA/KL. Kena mula semula buat salinan sijil-sijil, buat research sikit-sikit, anticipate questions, cuci gambar passport, dry clean jacket, grooming trim-trim janggut, misai dan bulu hidung bagi rapi, kilatkan kasut dan errr... shopping sepersalinan baju luar dan dalam?! Dah ada yang pujuk rajuk aku ni untuk tak nak balik ke SA/KL nampaknya.

Yang penting, Allah dah dekatkan dan permudahkan rezeki aku. Alhamdulillah.

Walaupun ini baru permulaan, thanks kat korang-korang sesiapa yang tolong doakan aku dan bagi aku moral support. Tingkatkan doa kalian agar aku memperoleh kejayaan, ye. Hehehe....


Related Posts with Thumbnails