Thursday, August 12, 2010

Catatan Ramadhan 2


Alhamdulillah selesai dah satu hari berpuasa semalam. Dan dua malam berterawih. Bestnya semalam, di Shah Alam/Bangi, hari tak berapa panas, sedang-sedang je mataharinya (aku rasa le sebab aku banyak duduk dalam ofis je, petang nak balik tu baru aku keluar). Tapi yang tak tahannya, sejuk betul kat ofis ni. Ambik wudhu kat surau pun rasa macam kat Cameron Highland tahun 1985 je.

Yang bestnya pulak, aku tak rasa lapar atau dahaga pun semalam, of which aku pun tak sure apa rahasianya? Yang tak bestnya pulak, drivers on the road pun semacam mandom, semacam blur je semalam. Macam-macam lah, ada je yang tak kenanya. So, time memandu je lah yang aku stressed sikit semalam, lain semua ok je, cooooooooooool je.

Official working hours bulan Ramadhan, 8am to 4pm. Tapi semalam jam 4.20pm baru aku boleh gerak. Singgah jap kat gerai-gerai tepi longkang belakang Uniten tu beli lauk untuk sahur, ikan keli dan brinjal masak pedas, dan nasi kerabu untuk berbuka - lauk daging bakar, ikan goreng dan telur masin. Tak banyak kereta lagi time tu, so sedap je lah memandu.

Singgah jap kat Petronas amik motor aku yang terdampar seharian tu, hantar kat kedai motor sebelah tu. First diagnosis kata battery aku kong. Then, they need to charge the battery. Tokei tu kata nanti dia hantar kat rumah aku around 8pm. Aku pun balik lah melepek sementara tunggu waktu berbuka sesambil tonton drama-drama petang, ebst gak ek? especially drama yang kisah dia kawen dengan driver dia pastu flashback pasal mak dia punya 'kejahatan'. Aku lupa tajuk dia, tapi siap ada repeat time sahur. Heheheh... Kat luar rumah, kat parking Std Shah Alam, dah macam ulat taik, punyalah ramai orang di param tu.

Dah selesai berbuka, dah jam 8.10pm, takde pulak tokei tu call. Aku pun gerak je lah ke kedai motor tu semula. Full diagnosis, tokei tu kata, starter pun dah kong. So, kenalah ganti starter, ni yang mahal ni. Esok (hari ni) baru boleh siap. Kena laa RM203 semua sekali. Hari Ahad lepas, serbis tukar timing belt semua dah RM130. Dah macam serbis kereta. Minggu lepas, kereta aku pun dah telan RM800++. Bulan menyerbis kereta dan motor agaknya ni.

Terawih at the same place as day 1. Tapi bila masuk rakaat ke-10 tu mak aaaaiiiiii punya laaaaaaaaaa mengantuknya. Tak tau le kenapa, nak kata malam Lailatul Qadr, hmmm baru malam kedua. SO, berubah-ubah tempat lah aku solat malam tadi, kejap ke belah kanan, kejap ke belah kiri. Kalau kat Masjid Biru Shah Alam tu lagi best, dari hujung saf ke hujung saf aku tukar posisi nak buat hilang ngantuk. Heheheh...

So, selesai je terawih, terus lah aku nekad nak balik dan tidur. Tapi, hmmm... sampai rumah, buat air panas, terang benderang mata aku nih. Tidur macam biasa jugak, past midnight. Nak bangun sahur pun bencinta dah jadinya tadi tapi bangun juga lah sebab dah masak nasi, dan lauk pun ada dah dibeli.

Kali ni aku dah pandai sikit masak nasi guna beras Taj Mahal tu. Air kena lebih baru cantiiiiikkk je kembang dia (at last, ada jugak benda kembang yang aku appreciate!) berbanding kelmarin tu aku sukat air macam masak beras lain, jadi kurus-kurus, kecut-kecut je nasik aku. So, puas gak lah makan sahur pagi tadi.

Dan sekarang, aku ngaaaaaaannnnnnnnttttuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkk gile. Driving to office tadi pun rasa nak terlelap je.


2 comments:

sempoii said...

Aku rasa beras aku masak semalam pun beras taj mahal. Kiutt jek..berderai2. Siap asben cakap..apesal kiut benor nasik nih.. Petang kang tau la aku nak wat apa. Letak air banyak2 eh..baru kembang..heheheh..

Lan Bingka said...

serius bro..bulan puasa memang cepat ngantuk..ahhhh

Related Posts with Thumbnails