Alhamdulillah hari ni dah hari ke 14 kita berpuasa.
So far, everything is still ok. Cuma masih rasa tak cukup tidur, especially kat office. Mengaaannntttukkkk je. Solutionnya, aku kena minum kopi or nescafe O time sahur. Baru ada kurang mengantuk tu. As much as I want to reduce caffeine intake waktu berpuasa, kalau dah gitu caranya untuk kurangkan mengantuk di siang hari, terpaksa laa juga minum kan? Lepas berbuka, aku top up laa dengan air masak or 100 Plus. 100 Plus?? (minum guna straw, kepit straw antara dua bibir dengan sopan sehingga menampakkan lesung pipit. Ahaks... <--- rebanamaya jokes ni, kalau tak paham, sorry...)
Yang aku perasan, time berbuka dah tak seexcited dah. Aku boleh berbuka puasa even dengan karipap Ikea 3 ketul yang digoreng semula, then lepas teraweh baru makan moreh. Dan ada lah dalam 4 kali aku berbuka dengan Subway je. Aku berbuka dengan kurma kat rumah, lepas solat Maghrib, aku gi Plaza Shah Alam, makan subway then gi masjid terus. Pun ok, no problem. Perut aku tak meracau. Kira Subway ni boleh lah kalau nak jadikan aku duta Ramadhan dia. Hehehehe....
Tapi time sahur, aku tak pernah miss nasi kecuali hari yang aku terlupa masak nasi tu. Dan inilah rupanya a typical sahur meal untuk aku, Deo's Complete Sahur Meal.
The combination can be more or less, depending on mood aku. Ayam tu sometimes tukar dengan ikan. Ayam hari-hari pun aku tak kisah. Ikan masin tu tengok hari laa, ada ikan pari masin, ada ikan belanak masin, ada ikan hmm... tah ada laa dua jenis lagi kat dapur tu. Tapi kubis tu memang sayur rasmi sebab aku malas dah nak makan sayur yang nak kena masak, macam sawi ke. So, kubis je lah 14 hari ni... hehehehe...
Walaupun macam tu laa rupanya meal sahur aku day in and day out, aku tak pernah rasa jemu lagi setakat ni. Licin je aku makan, maybe sebab perut aku tak berapa kenyang from berbuka dengan supper kot? Dan aku rasa aku akan ok je sampai habis puasa dengan lauk macam ni...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
cis kau. sengaja buat aku mengidam karipap ikea yang lazat dan berlemak itu!
hehe.ejaan nasi puteh xboleh tahan. :D
Post a Comment