Hari ni bermulalah kita semua berpuasa. Dan tahun ni aku kembali berpuasa di Lembah Klang, after spending two Ramadhans in JB. Dan tahun ni aku berpuasa dengan bekerja di tempat baru. Yang aku ingat sejak tahun 2004, aku berpuasa di tempat kerja berlainan setiap tahun kecuali tahun lepas. 2004 - last puasa waktu kerja dengan the Blue Car Co., 2005 - aku dengan the Investment Bank dekat KL, 2006 - dengan the Orange Internet Co. kat Cyberjaya, 2007 - dengan the Blue Telco, 2008 dan 2009 dengan Smokey Grey kat JB dan tahun ni dengan the Emerald Co.
Tapi puasa tahun 2007 dulu memang aku ingat sampai sekarang. Waktu tu aku baru lepas interview dengan Smokey Grey dan bulan puasa tu memang aku pulun habis doa, solat hajat, solat sunat segala macam, tak putus-putus aku berdoa dapat join Smokey Grey. Alhamdulillah, dapat juga walaupun tak berpanjangan. Tahun ni, ada tiga perkaralah yang aku fokuskan - permudahkan urusan pekerjaan aku, rezeki aku dan errr... the big J. Hehehehe...
So, semalam balik dari kerja aku terus ke SenHeng di USJ Taipan. Microwave oven yang aku order the night before dah sampai. At first dia kata seminggu. Tapi tak sampai sehari dah sampai stok. So, just nice lah kan, just in time with the fasting month. Microwave oven ni lah benda kat kitchen yang aku nak beli tapi tak terbeli dari setahun ke setahun.
Secara rasionalnya, aku bukannya fancy sangat pakai microwave oven ni. Even waktu duduk rumah sewa pun, aku jarang jarang guna menatang ni. Setakat nak reheat lauk tu, aku prefer guna cara conventional, perangat atas api je. So, aku beli lah microwave yang boleh grill, ok lah nanti nak grill apa-apa, senang. Cuma nasib baik aku tak beli yang siap boleh bakar kek je. Perghhh kalau aku beli yang tu, terjejaslah business kek oren Angah nanti. Dan semalam, tersergamlah microwave oven aku memenuhi ruang dapur aku. Tak pakai pun! Aku setting jam je. Hehehe...
Lepas pengumuman anak bulan malam tadi, aku siap-siap lah nak gi Isya dan terawih di Masjid Jamek Fastabiul Khayrat Batu 3, Shah Alam. Kelas masjid ni dah ada dalam directory foursquare heheheh. Dah selesai terawih, aku bajet nak ke Tesco Extra jap nak beli kicap dengan telur dengan sayur. Terlupa pulak weekend lepas nak beli kicap dengan telur - makanan ruji tu! Sekali.... motor aku tak boleh start daaaa.....
Mulanya aku ingat sebab minyak dah habis. Memang aku bajet nak isi minyak lepas terawih. Nasiblah masjid tu seberang jalan dari Petronas je. Aku tolak je motor aku cross the street. Dah isi minyak, tak boleh jugak start. Aku kick start pun tak boleh. Hmmm... nak kata battery kong, baru je recharge hari Ahad lepas waktu servis. Mungkin alternator problem kot so, battery tak di-recharge. So, aku tinggalkan je lah motor aku tu kat Petronas tu. Hari ni lepas kerja baru aku nak hantar ke workshop, dan nasib baik ada kedai motor sebelah Petronas tu. Dan baliklah aku ke rumah naik teksi je malam tadi. Dugaan! Dugaan!
Sahur pagi tadi, semangat sehh!! Aku dah masak nasi siap-siap sebelum tidur. Pagi tadi aku panaskan rendang tok, goreng telur, goreng ikan bilis dengan tempe, dan koyak-koyak kobis je buat ulam. Mulanya ingat nak goreng tumis tapi aghhh malaslah, ulamkan je heheheh... selera jugak aku makan. Cuma tak puas lah makan nasi guna beras Taj Mahal Faiza pony mende tah tu. Peroi je nasi dia. Sedap lagi nasi lembek kat rumah kawan aku tu, kan Arc? Hehehehe...
Ok lah, selamat berpuasa dan selamat beramal.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
Deo, puasa 2008 kau ajar husband aku masak nasik kan ekekeke..
2008 - bulan puasa paling tak best bagi aku ekekeke
rajinnye masak... siap koyak kubis.. T_T
ahaks!!! ingat gak nasi lembik acik...kikiki
Arc
Bapak aku cakap, nasi pakai beras herba pony tuh cam hampas. Aku ingat dia memaki hampas=hampeh, rupanya memang taste macam hampas iaitu, beras tak de rasa dan dry jek. Takde kepuasan. Makanan sihat memang tak sedap kot, hahaha.
Post a Comment