Wednesday, August 18, 2010

Catatan Ramadhan 4


I hope I can survive today, the 8th day of puasa. Sedih nak story kisah semalam....

Balik dari kerja, awal macam biasa tapi hujan rintik-rintik area Bangi. Bila masuk Elite, dah seriyat dah sampailah ke Shah Alam. Aku bajet, nak naik rumah, solat Asar then naik kapcai je gi Param kat Stadium Shah Alam tu. Tapi, bila aku siap-siap nak turun je, berderai-derai hujan turun. Siap dengan angin kuat. Aisehmeng.....

Mula lah aku berkira-kira nak berbuka dengan apa petang tu. Dan apa je yang ada kat dapur aku pun? Nak masak nasi, boleh je, sardin ada, ikan masin ada, ayam ada, telur ada, sayur pun ada. Tapi aku tak nak berbuka dengan nasi. Hmmm takkan aku nak makan kacang Ngan Yin je kan? Adehhh....

Then baru teringat aku ada beli stok Mi Sedap yang goreng tu. Haa ok lah tu, aku goreng proper lah siap dengan sayur, ayam, telur. Tempe pun aku masukkan sekali. Ekekeke... So, itu je lah aku buat berbuka. Takde kuih laa semalam. Kesian kat aku ek? Sebenarnya, dalam jam 7pm macam tu, hujan dah seriyat so, aku boleh lagi kalau nak ke Param tapi malaslah..

Waktu nak gi teraweh, aku ingat nak naik motor sebab dah 3 malam berkereta je. Sekali hujan pulak, lebat pulak tu. Aku agak, kalau dari parking nak ke dalam masjid ni, sure basah jugak. So, aku detour ke KJ, gi Masjid Al-Ehsan SS4. Kat KJ, hujan dah berenti. Berteraweh lah aku kat situ.

Berjumpa lah lagi dengan Pak Syed yang dengarnya berbuka dengan dua keping roti bakar selek cheese spread dengan jem je, hujan punya pasal jugak. Lagi sedih dari aku.. So time moreh semalam, laksa utara dan kuih koci, kitorang balas dendam laaa makan. Hahahaha....

Untuk sahur pulak, seperti biasa aku dah defrost ayam, nak goreng je. Yang lain-lain, tempe ke ikan masin ke telur ke, bergantung kepada selera ketika bangun sahur lah nanti. Sayur pulak, aku koyak-koyakkan je kobis buat ulam.

Jam 5am, jam aku bunyi. Sambil aku cuci muka aku, aku tengok dalam cermim. Tergamam sekejap. Nooooooo!!!!!!!!!!!! Aku lupa masak nasi sebelum tidur malam tadi! Uwaaaaaa!!!!!! Dah le periuk nasi aku takes 50 minutes kalau nak masak nasi. Dan aku tak tau macam mana nak buat bagi boleh lagi cepat dari tu. Sedih sehhh.... Takkan nak goreng Mi Sedap lagi, kan?

Boleh je nak turun gi cari MekDonel ke BegeKing ke KayEfSee ke tapi, aku dah frust! At last, aku bersahur dengan 3 biji kurma, 5 keping biskut Cream Crackers dan semug Milo je. Dah le balik kerja semalam, internet problem pulak membawa ke time sahur. Kalau idak, boleh je sahur dengan Facebook ke kan?


4 comments:

sity29 said...

alahai sedihnya aku baca...

Anonymous said...

Uh oklah tu.. ada orang dah siap masak bagai, tapi bangun nak sahur pkl 5.45 laaaagi kesian.. :-D

Lenkali, beli ler periuk cap boya merah ke, boya ijo ke yang kecik 18cm pun ok. Masak nasi cara manual, tak sampai 10 minit dah masak dah

-silent reader-

Arena said...

Muaahahha,

Sahurla ngan facebook tu, tengok leh tahan tak pose seharian, heheheh.

joOjet said...

hehehehee.. ok la tu ade kikut... piuk nasik cap apa masak nasik lama sgt tu..

Related Posts with Thumbnails