Hari ni, Ahad, dah hari ke-5 berpuasa. Sekejap je kan? So far, alhamdulillah ok, puasa penuh lagi, teraweh pun penuh lagi, sahur pun takde yang terlepas lagi. Harap berpanjangan hingga ke akhir lah kan. Almaklum, hujung-hujung nanti banyak betul dugaannya. Hehehe...
Berbuka puasa, so far ok je. The first two days, aku berbuka dengan nasi, then sahur nasi lagi. Perut rasa macam dah naik satu macam je ni. Pastu pulak, bila makan nasi time berbuka ni, time teraweh tu rasa berat je, rasa mengantuk je, alahai. So, the third day, aku just berbuka dengan laksa, semalam aku tersinggah ke McD so makan burger lah dan hari ni insyaallah aku berbuka dengan Subway sandwich. Cool!
Teraweh so far weekdays aku buat kat Batu 3 je, tapi semalam aku explore ke Masjid Al Ehsan SS4 Kelana Jaya. Saje je nak tukar angin, lagipun Pak Hadramie dok gembar gembur dalam twitter, moreh situ best-best, macam hari Jumaat lepas, tertonggek tonggek daging buat sup, katanya. Meleleh kau... so semalam aku dah gi sana, morehnya laksa. Ok lah. Tapi masjidnya pun memang best. Hall solatnya kecik je, tapi aircond nya aku rasa pakai 10hp kot, sejuk kaw-kaw punya! Hahaha... Malam ni insyaallah aku gi sana lagi lah.
Weekend aku tak gi mana sangat pun. Macam tak larat, dowh! Hari Sabtu pagi tu aku buat online course sikit pasal Strategic Management. Mudah je course nya tapi aku nak biasakan sikit dengan belajar, taking notes ni sebab insyaallah bulan 12 ni kalau ada rezeki, aku nak sambung belajar. So, nak resharpen kepala otak aku yang dah berkarat ni lah kiranya.
Then, aku gi beli tiket keretapi nak balik kampung untuk cuti Nuzul Quran dan Merdeka nanti. Ok lah kalau ambik cuti hari Isnin, dapat 5 hari sekaligus, jenuh lah mak-pak aku nak masak nanti anak bujang dia balik. Huwahahaha.... then, gi Kompleks PKNS, ambik baju batik aku, finally siap pun after few times kena alter. Semak kepala aku masuk Komplek PKNS, orang dah start terkemut-kemut shopping untuk raya.
Malam lepas teraweh, around 1am aku keluar berlari. Route yang biasa aku lari kat Shah Alam. Alhamdulillah, boleh lari dah jarak jauh sejak aku jatuh bulan lepas. Tapi slow lah, 13 minit lari dari masa yang biasa aku buat. Tapi aku fobia sikit lah bila lari kat kawasan yang gelap (ada lampu tapi sebab pokok merimbun), aku macam terlompat sana sini, takut termasuk longkang lagi. Hmmm...
Lepas sahur dan subuh ahad tu, tidur je lah kerjanya sampai tengahari. Cuaca pun amaaattttt membantu dingin dingin je kan, so bermalas malasan lah di rumah. Dekat nak Asar barulah aku keluar ke Masjid Shah Alam. Ada banyak juga orang meniaga kain baju songkok jubah kurma macam macam lah kat situ. Aku beli butang baju melayu je, nak padankan dengan baju melayu aku untuk raya nanti, lavender karer ok! Hahahah... lepas solat, aku settlekan zakat fitrah.
Sejak kisah sedih dulu waktu bayar zakat fitrah yang amil tu tanya, "Sorang je?" aku mula bayar untuk 3 orang, kira sekali mak dan pak aku lah. Tapi tadi, bila aku duduk kat kerusi tu, amil tu tanya, "Sorang ye?" tapi aku cakap, "Tak, tiga..." Haiii... nampak muda belia sangat ke aku ni yang dia bajet aku bujang lagi? Adehhh... hahahah nak tergelak pun ada.
Ok lah, aku nak gosok baju sat. Selamat berbuka, berteraweh, bersahur, berpuasa....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment