Isnin merupakan hari kerja aku yang terakhir kat Smokey Grey. Walaupun Ahad tu aku baru lepas lari Half Marathon, aku datang jugaklah untuk kerja sehari lagi. Sebenarnya lebih kepada nak return barang-barang macam laptop, bberry, staff ID pass, etc. It wasn't a grand exit for me of which I don't even think of having one. Just to get out of Smokey Grey is already a blessing.
Tuesday, packed up for the final trip back to Shah Alam. Penuh jugak kereta aku dengan barang-barang walaupun dah angkut sikit-sikit dalam few trips before. About 11.30am aku tinggalkan JB, tanpa sedikit pun rasa sedih atau feeling uncomplished of certain things. And I hope I wouldn't have to return to JB anymore or at least anytime soon.
On the way back to SA, aku berkali-kali cakap pada diri aku yang tak sangka yang aku akan balik SA for good this time, after about 1 year and 11 months working in JB. The happy feeling waktu driving tu sampaikan aku tak payah turn on the radio pun. Heheheh... Then I made a stop in Seremban, registering for my second Half Marathon on 11th July. Baca kat Deo On the Run.
Sepatutnya aku tak dapat nak join Seremban HM tu sebab aku dijangkakan will join induction program dengan The Emerald selama 2 minggu dari 1 Julai. Tapi on Monday, diorang called aku cakap aku kena report duty dulu, 16 Julai baru join the induction program. So, aku boleh lah join Seremban HM on 11th July tapi terpaksa forgo Siemens Run on the 18th July dan Shape & Men's Health Night Run on 31st July will have to depend on when my induction program will end.
The person from The Emerald also said that I will be based in Bangi and not at the Bangunan Tinggi 2 Ketul tu. Nevertheless, aku still kena datang report on my first day kat Bangunan Tinggi 2 Ketul. At first, rasa boring jugak lah sebab baru aku berangan-angan nak kerja kat Bangunan Tinggi 2 Ketul. Tapi, bila dah report duty on the first day tu, aku rasa it's a blessing in disguise juga bila aku kena based in Bangi.
Mana taknya, dari rumah aku ke Bangunan Tinggi 2 Ketul tu, tol pergi je dah dekat RM8 (ikut jalan mudah lah ni...), then parking sampai jam 12.45pm je dah RM6 kot tak silap aku, breakfast kat food court dengan kuih dua ketul dan air mineral sebotol dah RM5, lunch dah RM17. Perghhh... kopak aku macam ni. Di Bangi, parking free, toll dari rumah aku RM8.40 pergi balik, makan pun ada kantin. Kalau makan kat luar pun tak lah mahal harganya. Ok lah aku happy.
Dua hari bekerja ni, work station pun takde lagi sebab aku akan replace somebody who's retiring this month. So, aku duduk kat temporary work station. Kerja pun takde apa lagi except aku kena attend one 3.5-hour meeting among planners on my very first day. Email accounts, laptop semua tak dapat lagi. Aku pun pening-pening kena isi borang macam-macam!
Weekend pulak aku sibuk kemas rumah aku yang macam tongkang pecah. Dengan barang-barang dari Johor aku lambakkan je kat mana-mana yang ada ruang. Paling bermasalah ialah almari baju aku tak muat dah menampung baju-baju aku. So, tanpa rasa bersalah aku terpaksa let go baju-baju lama aku yang ada t-shirts tu masih dalam plastik lagi dan juga baju-baju yang membesar (read: badan aku yang mengecil).
Kebetulan parents aku datang rumah abang aku last weekend. Aku pun bawak lah 3 plastik sampah hitam yang penuh berisi baju-baju aku. Cadangnya aku nak lambakkan je baju-baju tu dalam boot kereta aku, jual kat Pasar Muhibbah Shah Alam, RM2 sehelai tapi akhirnya aku lambakkan je kat rumah abang aku. Laku juga satu plastik hitam, masing-masing ambik sorang... errr... berhelai-helai lah jugak bapak, abang, adik-adik, anak-anak sedara, kakak ipar, mak aku pun amik sekali. Hehehehe... Yang balance tu, aku tak tau lah abang aku nak buat apa.
Ahad tu, aku ikut abang aku hantar anak dia ke SMKA Kuala Selangor. Balik dari situ singgah ke satu tempat penternakan kambing. Baka boer dan jamnapari. Teruja aku sampaikan aku telah beli sekor kambing Jamnapari usia 6 bulan. Dan bermula lah episod hidup aku sebagai seorang pemilik kambing. Bukan apa, dulu waktu kecik-kecik time orang tengok kepala aku, diorang dok cakap, "Ni rasi bela kambing nih..." So, kita tengok ye, rasi ke tak rasi.... (gambar-gambar ada kat facebook aku)
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
3 comments:
selamat membela kambing..jgn jadi kambinghitam sudah..
oh dah keje kat bangi yer.. selamat makan2! kat seksyen 7 ade sup urat ketin, seblah pkns ade chan abdullah ngan wadihana.. kat simpang bangi seksyen 8 california pizza apetah tu pun sedap. kat asam pedas dekat2 pusat zakat bangi jual brekpes banyakkkk jenis. blok blakang pkns ade wong solo, kedai ayam grg rempah sedap.. nasik briyani gam mat top..
bai,any news bout joe? dah balik malaya tak dia???
Post a Comment