Friday, July 23, 2010

The Joe's story - 230710


Waktu aku buat entry ni, aku on the way ke Pusat Kanak-kanak Dan Remaja Kurang Upaya (PDK) Selayang di Batu Caves. Charity service is part of the 16-day induction program for Emerald's new executives.

Ok, malam tadi while kitorang tengah merewang preparing for today's event, Joe called, to my surprise. Belum sempat aku nak tanya khabar dia, dia dah tanya aku whether aku ada di depan komputer ke tak, which I was not.

Rupanya dia suruh aku check ayat seribu dinar tu dalam surah apa. Hari tu aku dah bagi dah, ayat 2 dan 3 surah at-talaq tapi Joe kata salah pulak. Hmm... so aku kena double check for him including finding kelebihan ayat ni, in English (amboi demand mamat neh), dengan ayat-ayat lain yang baik untuk diamalkan.

He sounds quite tense, aku pun serius laa jugak. Pastu aku tanya dia, "ayat awet muda, tak nak?" Baru laa dia gelak-gelak, giggling.... dan barulah reda juga stress aku waktu tu. Hahaha...

Joe kata lah mungkin ada hikmah aku bagi reference ayat seribu dinar tu salah. Mungkin sebab Allah nak dia baca seluruh Quran, sebab lepas dia khatam seround, within first 2 or 3 weeks, yang secound round ni dia malaaassss gila, katanya. 2 bulan baru beberapa juzuk je. Hehehe....

Then only aku boleh tanya khabar dia. Dia kata, "tak ok!" Cuak jugak aku dengar, tapi tak ok tu refers to geng-geng Islam yang dah le ada berapa kerat je, pastu hari tu bergaduh, bertumbuk pulak.

Joe tak terlibat la, dia leraikan je tapi he was saddened now that diorang solat solo-solo je, pastu geng-geng agama lain macam perlekehkan diorang laa. Dah le waktu gaduh tu, diorang baru je lepas performed asar berjemaah. Pastu, one of the Bosnian guy tu dah nak dibebaskan, tak tau lah nasib dia macam mana lepas keh gaduh tu.

Citer lain, Joe's lawyer ada datang visit hari tu. Diorang tengah prepare the pre-sentencing report for the hearing on 4th August. The report will help the judge make decision quickly lah, hopefully on the hearing day itself. Joe kata, since dia takde kesalahan lain, normally 3 weeks after that, dia dah boleh balik Malaysia, which means late August or early September, which means before Raya.

Aku cakap ok lah tu boleh raya sini. Joe cakap pulak, "kalau boleh aku tak nak balik waktu bulan puasa." sebab dia nak balik Malaysia, nak makan sedap-sedap. Adehhh.... lepas tu Joe kata, dia dah volunteer nak jadi tukang masak kat situ waktu bulan puasa nanti. Aku tanyalah kau nak masak apa? Dia dengan confident nya jawab, "briyani ke?" Amboi! Pastu gelak-gelak-gelak-gelak.

Itu je lah cerita Joe.

Aku checked kejap pagi tadi, memang betul ayat seribu dinar dari surah At-Talaq, ayat 2 dan 3. Hmmm... dan kalau korang tau ayat-ayat apa lagi yang elok untuk diamalkan, boleh share kat comment box ok. Nanti aku will relay the message to Joe.


10 comments:

The Rambler said...

Surah Al-Waqiah tapi aku tak ingat lah ayat berapa. I cannot google due to limited connection. Ustaz Darul Syifa` dulu ada suruh aku amalkan untuk rezeki

Arc said...

ko bagi dia sekali doa cepat jodoh kekekeke

The Rambler said...

Al-waqiah tu sekali la untuk jodoh (ustaz kata). Jodoh pun rezeki le jugak kan. Ko Deo, amalkan jugak! kekekekek

Anonymous said...

tok ayah, tok guru di hulu langat, org yg dalam keadaan spt joe kena byk wirid lailahailla anta subhanakainni kuntumminadzalimin....
wallahualam..

Anonymous said...

tok ayah tu tok guru di hulu langat selalu bg tau..

Anonymous said...

2 ayat terakhir surah at-taubah. pendek je. sambil buat keje lain blh baca. amal 7x setiap hari. lbh lagi baik. tang kelebihan tu tak ingat plak. yakin je. jawat.

Anonymous said...

surah Al-insyirah juga elok dibaca jika dlm kesulitan wallahualam...surah Alwaqi'ah juga elok diamalkan ..ia mempermudahkan segalanya..termasuk rezeki dan jika seorang dlm keadaan nazak juga elok dibaca...wallahualam...semoga Allah permudahkan segalanya buat Joe...setiap yg terjadi tu ada hikmahnya kerna Allah x pernah menaniayi makhluknya

k.safiah

Anonymous said...

Well, at least he is coming back. Finally. Balik nanti boleh terus tulis buku, tak pun yang dari blog boleh convert jual. thats what hisham rais, dina zaman et al did. pakcik kayo nanti...

Rudi
- aku ada tulis kat comment dia - what, 3-4 tahun lepas? - suruh dia balik , time nak raya pulak time tu .. its kinda ironic that maybe he'll be back during raya for good this time around..

AuntyN said...

AN ni dah lama terlepas keretapi pasal halehwal Joe ni. Namun begitu kalau Joe tefon, kirim salam sayang untuk dia. Semoga Allah pelihara dia dari segala kesulitan.

Surah Al-Waqiah memang bagus untuk di amalkan. Waktu paling afdal lepas solat Asar. Lagi satu surah Alam Nasyrah tu pun bagus terutama yang dalam kesusahan.

Salam untuk semua.

arsaili said...

salam ramadan dan selamat berpuasa buat deo dan juga salam kat Joe, moga di permudah urusan

Related Posts with Thumbnails