Minggu lepas. Selain daripada King Henry dah berhijrah ke New York, takde citer apa yang best-best sangat pun berlaku kat aku minggu lepas.
Oh, ada satu benda agak tragis jugaklah berlaku hari Selasa. Waktu tu malam, sekitar jam 10.30pm, aku nak keluar berlari - kiranya ini untuk recovery run aku lepas Seremban Half Marathon Ahad sebelumnya. Aku plan nak ikut jalan yang aku tak biasa lalu. Tangan kanan aku pegang botol air gatorade, tangan kiri aku pegang iPod aku.
Oleh kerana jalanraya masih sibuk waktu tu, aku pun larilah kat tempat pejalan kaki. Kat Shah Alam, bagus sikit sebab banyak tempat jalan kakiso tak membahayakan dirilah nak berlari di atas jalanraya. Cuma masalahnya, ada sesetengah stretch tu agak gelap sebab cahaya lampu jalan dilindung rimbunan pokok.
Bila aku dah masuk kilometer ke-4, tetiba kaki kiri aku termasuk ke dalam longkang (yang tidak ditutup) yang tak lah dalam tapi sebab aku dalam running motion, tu yang rasa macam dalam gila longkang tu.. Dan terasa badan aku melayang, macam jauh gila. Rupanya kaki kiri aku masih tersangkut dalam longkang tu, tapi tangan kanan aku bergesel kat jalan tu. Nasib baik ada botol gatorade. Parah juga lah botol gatorade aku.
iPod di tangan kiri aku pulak, nasib baik alami luka keciiiikkk je kat bucu dia. Yang lagi parahnya, kaki kiri aku bahagian keting, darah keluar mengalir-alir, membasahi stokin aku. Lutut kanan aku luka besar duit seposen. Itu pun aku nak cuba lari lagi jugak tu tapi memang tak boleh lah.
Yang sedihnya, aku kena berjalan kaki laa balik rumah dalam 4km ni, menahan sakitnya satu hal, terasa diri bodoh pun satu hal. Nak tahan teksi, takde pulak yang lalu, duit pun ada laa dalam RM10 yang aku bawa. Nak call sesiapa, hmmm selagi boleh jalan pelan-pelan, takpelah aku jalan pelan-pelan... anyway, aku bersyukur sebab tak teruk sangat aku kena tu, takdelah sampai pecah kepala ke kan?
Dan kaki aku pun mula membengkak laa... dan aku tak boleh apply pressure to my left leg, apa lagi nak berlari kan? Turun tangga, naik tangga, tekan pedal clutch kereta, mak aaiiii tuhan saje yang tahu. Solat pun duduk di kerusi je. Tapi alhamdulillah petang tadi aku dah start lari sikit-sikit kat court tennis.
Aku sekarang ni bersiaran di Bangi, ada induction program kat pusat latihan Emerald ni. 16 hari aku kena stay sini, bermula dari Jumaat lepas sampailah 1 Ogos nanti. Makan je lah kerja aku kat sini. Hmmm... ok lah jugak, duit tak keluar sesen pun lagi, laundry pun Emerald tanggung - RM200 for 16 days. Rugi aku tak bawak bedsheet segala macam baju kat rumah laundry kat sini. Heheheh....
Dalam group aku yang ada 28 orang tu, aku yang second eldest. Yang lainnya mostly fresh graduate, budak-budak scholar Emerald, banyak yang baru balik dari US, slang US pun perghhh masing-masing.... Kalau yang experienced pun, tak lebih 5 tahun. Dan adalah jugak aku terbekenan dengan si L ni. Fuuuhhhhh... cantikkkk, suweeeetttt, taik lalat atas bibir, pakai tudung, tinggi-tinggi sikit, US graduate, slang pun tak hilang lagi, engineer Emerald some more.... kira cukuplah ramuannya. Tapi apakan daya, sesama staf Emerald tak boleh kawen, dowh!!!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
Deo, dia kata tak boleh kawin jerk tapi bercinta boleh kan? ekekeke..agak2 biler nak kawin cariks la kejer lain hehe
ko dah tanya belum..dia tu dah berpunya ke belum? :P
Post a Comment