Sunday, July 11, 2010

179th to 185th



Semua orang dah tahu yang Sepanyol jadi juara Piala Dunia kali ni menewaskan Belanda 1-0. Untuk aku, World Cup kali ni dah lama dah berakhirnya. Lepas France tak layah ke pusingan dua, dan aku pulak sibuk dengan perpindahan ke Shah Alam, pastu games dah mula main jam 2.30am so aku ikut sikit-sikit je, tengok highlights dan replay mana-mana yang boleh. Anyway, bunyi vuvuzela dari tv tu masih jugak lah terngiang-ngiang kat telinga aku. Mana taknya, selama sebulan, channel 805 tu dah macam default channel kat tv aku. Kalau aku tak tengok game pun, aku akan pasang je channel tu supaya dengar bunyi vuvuzela tu.

Tapi hopefully tahun ni aku tak suffer withdrawal syndrome macam tahun 2006. Waktu tu, aku rasa seseminggu lepas Astro's World Cup channels dah tamatkan siaran (blank screen), aku masih tune in to those channels, watching blank screen. Mungkin waktu tu aku tak puas tengok France main, especially when they went all the way to final but lost to the mighty Italians.

Seminggu lepas, penuh seminggu aku kerja di the Emerald Bangi. Turned out that I like Bangi very much, the town, my office, the traveling to and from work. Office aku tu very laa peaceful dan quiet sesangat. Dekat Bangi tu, tak silap aku ada 12 blocks of building kot. Office aku, di blok A - for Admin, including CEO and GMs. Blocks lain-lain tu banyak test and research labs lah.

Quietnya office aku tu sampaikan dalam seminggu lebih aku kat situ, aku tak pernah bumped into someone dalam toilet. Baik di tingkat 1, 2 atau 3. And I could have my own sweet time dalam toilet without worrying somebody may come in looking for empty stalls. LOL! At the same time, aku risau jugak time busy nanti dengan business planning cycle, time kena stayback, aduuuhhhh menyeramkan pun ada.

For lunch, aku belum explore jauh-jauh lagi termasuk BBBangi. Baru pandai makan kat cafe, Uniten food court dengan Medan Selera Lot 10 (bukan Lot 10 KL tu tapi dekat-dekat office aku tu je). Ok jugaklah makan kat food court Uniten tu setakat ni belum jemu lagi. Nak pergi jauh-jauh pun lunch time ni suntuk sikit, dah la aku ni kalau nak keluar masuk office compound tu kena scan ID, kena jagalah sikit kan sementara nak confirm ni heheheh...

Weekend hari tu aku lepas rumah je tak ke mana-mana sangat. Cadangnya nak ke Kuala Selangor, amik agreement kambing tu. Tapi halfway, aku called tokey tu, dia kata dia kat errr... mana ek? Lupa pulak, tapi jauh lah, dia suruh datang Ahad je. Tapi Ahad aku ada half marathon kat Seremban pulak. Haa... cerita pasal Seremban Half Marathon ada kat Deo On the Run.

Tu je lah citernya minggu lepas.


2 comments:

royce said...

dekat dgn opis akulah rupanya emerald ni..kalau kau mkn kat lot 10

Notmyblogg said...

Ko pun dah jadik orang minyak macam aku ke? hehehehe

Related Posts with Thumbnails