Hari ni aku terasa muda.
Dan aku mentekedarah nasi lemak, pagi-pagi lagi.
Dan aku rasa happy.
Seperti mahu menari.
Hahahaha....
Al-kisah, semalam aku ke fitness club tu register, than jumpa personal trainer. Biasa lah bila kita register, kita dapat free personal consultation dengan trainers. Diorang akan ajar cara nak buat tegangan regangan, cara menggunakan mesin-mesin kat situ, apa senaman-senaman yang patut kita buat berpandukan matlamat kita. Sebelum semua tu, dia akan amik kita punya data on body composition.
Yang bestnya, yang membuatkan aku termotivated gila kan... ekekeke...
Results timbangan aku tu menunjukkan badan aku mempunyai metabolism age of 28. Perghhhh.... it is 5 years younger than my actual age! Ekekekekek...
Tapi bila difikir-fikirkan, at 28 years old dulu, aku langsung takde bersukan pun. Setakat berpeluh sebab berdiri tengah panas waktu jadi ajk dalam Kelab sukan dulu je. Dan aku rasa jumlah aku berexercise setahun lepas, lebih banyak dari total aku exercise dalam 10 tahun sebelum tu. Ha! Mungkin apa yang aku exercise setahun lepas tu cover balik kot metabolism age aku. Kalau lah aku tak exercise setahun lepas, mau metabolism age aku jadi 39 kot?
Yang lain-lain, hmmm.... body fitness aku 19.3%. Trainer aku cakap, 19% below is fit. So, ok lagi laaa takdelah aku tak fit gile kan? Cuma, bone mass aku je rendah. Antara sebab nya, aku tak angkat weight. Hmmm... memang dari dulu pun aku tak suka angkat weight. Waktu training basketball kat sekolah dulu, time kena masuk weight room je, aku ngelat. Aku main trampoline je. Ekekekeke... tapi time berlari je, aku lajuuuuu je.
Anyway, it was a good start. Instructor suruh aku buat 20 minit kat treadmill, 15 minit kat cross trainer dengan 5 minit kat side stepping machine tu. Semua aku lalui dengan kacang je. Dalam hati aku berdetik, "ini je ke yang trainer tu boleh push aku?" tapi tak nak aaa cakap sebab takut pulak ada dua sessions lagi dengan dia, dia kasi aku yang teruk-teruk pulak nanti.
Dan... perghhh.... aku exercise mata dan kening sekali semalam.....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
bone mass tu kau kena minum susu. Lps peknen aritu aku nyer bone mass ke main tinggi sebab aku minum 1 liter susu everyday (cam addisted gitu)time peknen. Tapi pastu jenuh ler nak turunkan lemak plak..huhu
Ok Good start, kipitap bro..
Post a Comment