Friday, May 08, 2009

Hurt yesterday and many days ago




Ok. Kat atas tu gambar tangan aku. Soalannya, berapa helaikah bulu-bulu di tangan aku dan apakah jenis syampu yang aku pakai untuk melembut dan memuluskan bulu-bulu tangan aku? Ha ha hah...

No, actually aku nak tunjuk yang kat arrow tu. Nampak tak macam ada benjol sikit? Tu bukan bengkak ke apa tapi tu tulang aku terbonjol. Korang tengok gambar yang ni pulak, tengok perbezaan tangan kiri aku dengan tangan kanan aku. Tangan kanan ok je kan? Tapi tangan kiri ada tulang terbonjol.



Masalahnya, aku tak ingat apa insiden yang membuatkan ada tulang terbonjol ni dan aku pun tak ingat bila yang aku mula sedar yang ada tulang terbonjol ni. Aku rasa, aku rasa je ni... mungkin tulang ni terbonjol lepas insiden aku terseliuh tangan aku dari pergelangan tangan ke siku waktu aku darjah 5 dulu tak silap aku.

Dan masalahnya pulak, minggu lepas tiba-tiba tangan kiri aku jadi macam sakit je. Macam rasa lenguh, macam terseliuh. Lepas tu aku picit kat bahagian terbonjol tu rasa sakit. Biasanya tak sakit. Takde laa pulak aku ada angkat benda-benda berat. Hmmm... adakah effect yang aku terseliuh dulu tu akan terasa selepas say after some 20 years or so? Dr. NSE E139 or Dr. Jingga Studies, please answer.

Tu satu hal. Ni ada satu hal lagi...

Isnin lepas office aku kat tingkat 3 dah mula lengang sebab budak-budak project team dah pindah ke office baru. So, tingkat 3 wing aku tu tinggal dalam 5 orang je, padahal boleh muat dalam 35 orang macam tu. Dalam jam 7 malam tu memang dah sunyi laa. Suspen gak aku, especially waktu team building hari tu ada team buat persembahan cerita hantu - hantu kat ofis. Kureng tau. Then, sebelum balik tu aku ada bergurau dengan kawan aku. Aku cakap, "kalau jumpa hantu lawa, ok apa?"

Malam tu ok je takde laa aku rasa apa-apa. Then, around jam 2.30 to 3.00 pagi aku mimpi ngeri sangat. Tak laa ngeri macam bunuh-bunuh ke tapi mimpi seram. Tah pasal apa bulu tengkuk aku meremang semua, aku pergi living room. Housemate aku masih ada kat situ tengah buat kerja. Aku pandang dia, dia pandang aku. Then slowly dia whisper kat aku, "dia datang dah... datang dah..." Then, aku toleh kat arah yang housemate aku cakap tu.

Aku tak nampak sangat anything dengan jelas. Cuma macam ada bayang-bayang kain putih yang ditiup angin. Aku mula lah nak baca apa-apa ayat yang patut. Masalahnya, aku nak sebut bismillah pun macam tak boleh nak sebut jelas. Macam melekat bibir aku ni. Then aku terjaga dari tidur aku. Cheh! Tapi memang meremang segala bulu aku waktu tu. Aku bangun kejap.

Lepas tu aku tengok arah tingkap bilik aku yang terkangkang je. Mak aaiii seram lah pulak tidur dengan tingkap terbuka ni. Dah le depan bilik tu macam hutan, then laut selat tebrau. Mengerikaaannnn... (ikut gaya Sarimah dalam Diari AF). Aku pun tutup tingkap, pasang lampu tidur then pelan-pelan aku boleh lah tidur.

The next day tu, aku macam tak selesa nak tidur. So aku pasang audio mengaji sepanjang malam tu. Tapi aku bukak sikit tingkap bilik aku. Nothing happened. Tapi esok paginya waktu nak mandi, aku tengok cermin. Kat dada aku kat area lurah dendam tu ada macam dua bintik kesan luka. Jarak antara dua bintik tu dalam setengah inci. Ini bintik yang macam kena kuku kucing, ataupun gigitan kucing dengan taring dia tu.

Kalau nak kata aku tercakar badan sendiri, tak mungkin sebab aku tidur pakai baju. Lagipun takde kesan cakar. Takdelah sakit, cuma mandi pagi tu pedih sikit laa sebab luka kan? Tapi aku takdelah ambik port sangat cuma aku cakap kat housemate aku yang aku kena gigit dengan dracula.

Tadi, aku saje laa cakap kat aku punya spiritual advisor yang aku kena gigit dracula. Tapi dia kata bukan dracula, tapi binatang bertaring dua. Aduuuhhhh lagi laa aku suspen. Dia suruh aku gi check dengan doktor kot-kot berbisa ke apa kan? Tapi masalahnya, ni dah berlaku dua hari lepas dan takde pulak sakit atau bengkak kalau nak katakan benda ni berbisa. Pastu aku tanya dia, apa dia binatang yang bertaring dua duduk dalam rumah??? Mengerikaaaaannnnnn.....

Ini lah penangan banyak sangat dengar lagu Jerangkung Dalam Almari. "Apa ada dalam kamus, ada juga di dalam diri. Apa ada dalam diri, ada juga di dalam kamu..."


Tuesday, May 05, 2009

Today, I plan for Friday


Aaaa...
Petang semalam dekat-dekat nak balik, Training Department company aku baru email evaluation form untuk team building minggu lepas. Ai, dah seminggu baru nak keluar evaluation form. Aku rasa itu taktik basi pertama supaya konon-kononnya orang dah lupa laa segala mak nenek komplen and grouses. Taktik basi kedua pulak, form tu diemailkan kepada semua. Lepas diisi, kitorang kena email balik form tu kepada diorang. Nak tau siapa yang banyak komplen, yang banyak songel laa tu, kan? Macam aku tak tau.

Anyway, sepantas kilat aku isi form tu, berjela-jela aku komplen. Dan takde satu pun category yang aku rate more than 3 (out of 5; 5 being the best). Tak pernah pun sebelum ni aku isi evaluation form secomprehensive as this one. Nak burn the bridge ke, Training Department nak hantar aku gi kaunseling ke, nak hantar aku gi jumpa doktor sakit jiwa ke, lantak laa. Ini responsibility aku, kan? How they want to swallow it, it's not a matter to me.

Otw balik kerja semalam, aku tumpangkan colleague aku. Terplan laa pasal nak tengok konsert Search ni. Dah bergelimpangan laa lagu-lagu Search keluar dari mulut kitorang. Yang mana kitorang rasa Search akan nyanyi atau tidak waktu konsert. Tapi, dia tak sure pergi lagi ke tak. Tengok dulu wife dia dah bersalin ke belum. Dan kitorang jugak bersetuju sebulat Limah suara yang Wings is still better than Search.

Wings memang gempak, beb! Lu orang (asal cakap pasal rock je lu, gua, lu, gua kan?) pun tau, sepanjang weekend lepas, gua dok cari kat mana Wings ada perform. Sebab last gua tengok Wings performed live tahun 2006 dulu kat Orange. Best gile, beb! (gua ada buat entry pasal ni tapi gua malu nak link sebab time tu gua tulis entry skema gile, beb! lu orang cari laa sendiri). Dah le show sampai lebih 3 jam. Puas hati, beb! Last-last gua dapat tau Awie sibuk jadi Mentor kat TV3 pulak. So, malam tadi gua dok cari dan layan lah kat youtube video yang diorang perform kat Orange dulu tu.

Lu orang boleh tengok kat sini gua link kan...
Bujang Senang click sini
Belenggu Irama click sini
Enigma sini
SembiluSembunyi click sini
Ranggi Metropolis click sini
Hati KamaHukum Karma sini
Opera Hidup click sini

Pagi tadi, gua pergi kerja gua pun pasang laa lagu-lagu Wings dari iPod gua. Tak puas beb! Tak sama dengan yang diorang perform kat Orange tu. So, gua pun search laa kat mana gua boleh download free (ekekekeke) complete show Wings kat Orange tu. Nan ado yang free, beb! So, gua decided nak kena beli pun gua beli laa. Gua cari laa, susah gak nak jumpa. Gua cari nombor telefon Tower Record pun, yang gua call kat Bukit Bintang tu wrong number, yang kat KLCC, yang kat Midvalley nombor dah tak boleh pakai. Yang kat Sunway Pyramid tak berjawab. Ehh.. ada lagi ke Tower Record kat Malaysia ha? Nak cari kat kedai rekod kat JB ni, gua macam tak menaruh harapan laa tak macam Kak Eton.

Gua pun cari sape produced album/dvd tu. Gua pun jumpa laa... nama album/dvd tu Wings Alive 2006 terbitan Life Records. So, gua pun called Life Records tanya ada peluang tak gua nak jadi rekording artist bawah payung (errkk bell!!) Life Records? Ha ha haaa... tak laaa gua tanya ada lagi tak balance-balance album/dvd tu? Dia kata ada. So, gua tanya kat kedai mana gua boleh beli atau gua beli kat situ je? Dia kata boleh beli terus daripada Life Records kat Jln Rj Chulan, bertentangan dengan the only Shell petrol station. Kat mana ha? Dan gua confirm betul-betul dengan mamat tu, siap tanya Jumaat ni korang cuti tak ganti Wesak, korang kerja jam berapa sampai jam berapa, pastu korang lunch jam berapa sampai jam berapa.

Gua nak pastikan gua pergi Life Records hari Jumaat nanti, gua tak hampa. Life Records tak jamu gua nasi sejuk macam Kerala sabotaj gua Jumaat lepas. Gua kalau dah plan, kena jadi tak boleh offset nanti gua meracau. So, kalau dah dapat dvd Wings tu nanti kalau gua nak meracau pun takpe laa sebab tu meracau baik. So, sesape yang tak nak kena sembur dengan gua atau tak nak kena campak duit sepuluh ringgit dengan gua, janganlah call/sms/email gua ajak gua breakfast ke senaman kat tasek ke makan nasi kandar ke hari Jumaat tu sebelum gua dapat dvd Wings tu. Respect sikit, gua punya vision and mission ni. Wakakakaka...


Monday, May 04, 2009

Entertainment-filled days


Weekend lepas, macam-macam hiburan kat tv sepanjang cuti Hari Pekerja yang aku tonton. Mulanya aku dok merindukan kumpulan Wings. Aku tertanya-tanya Wings ada perform kat kelab or hotel mana-mana tak sekarang? Tak jumpa pula bila aku google. Official website Wings pun dah tak boleh masuk.

Then this American Idol top 6. Aku sempat tengok result episode je minggu lepas. Nampak gayanya macam ada harapan je si Adam Lambert nak menang walaupun bottom three jugak dia last week. Tapi, macam tak percaya pulak si Kris Allen tu boleh top three last week.

Then, on Friday tah macam mana datang mood aku nak flipping channels. Termasuklah aku ke channel NTV7. Ada pulak OIAM, final pulak tu. Padahal satu apa episode sebelum ni pun aku tak tengok OIAM musim ke-4 ni. Last year pun aku tengok final je. Tah apsal OIAM ni macam takde tarikan dah pada aku. Dan tak tau pulak aku sebelum ni yang Tomok bertanding.

Dan pelik aku apa laaa yang orang dok tergila-gila dengan Amweera tu. Siap, tak silap aku, waktu awal-awal OIAM aku dapat invitation masuk fan page Amweera kat facebook. WTF?! Yang Si Cherry cherry lady tu pun... adehhh macam mana laaa boleh jadi finalist. Tomok pulak, aku tengok performance dia macam biasa je especially yang dia nyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu tu. Macam hampeh! Tapi Paul Moss dengan Syafinaz kata sedap. Hmmm... tapi antara bertiga tu eloklah jugak Tomok yang menang. Janji tak momok... ekekekke...

Then Sabtu malam, dilema nih.... antara AF dengan AIM16. So, aku dengan Jijo bersepakat nak tengok AIM16. Tengok AF ulangan je hari Ahad. Lagipun aku dah tiga konsert AF aku tinggal dan macam dah bosan dan dah stagnant je persembahan diorang aku tengok. Tapi waktu iklan AIM16 tu sempat gak tukar channel. Macam best je konsert muzikal AF kali ni. Tapi aku tetapkan iman (heh.. boleh pakai ke dalam konteks ni?), tengok AIM16 dulu.

AIM16. Mula-mula aku teruja jugak laa dengan opening act M. Nasir. As usual, menancap jiwa. Then, slowly aku jadi lost bila tengok AIM16 tu. Dengan kebosanan presenters, pastu aku tak tau which award goes to who? Kejap ada Siti, kejap ada Misha kejap ada MUH. Lost lost. Yang aku confirm, Rabbani tu sure menang kategori Nasyid. Tu je. Sampai the next day aku baca paper, baru tau yang lagu tahpahapa Misha Omar tu menang Song of the Year. Siti yang menang banyak kali tu dapat Album of the Year. MUH pulak menang New Artist of the Year.

Persembahan malam tu ok gak laa. Selain M. Masir menyanyi lagu Langgam Pak Dogo tu aku suka jugak Faizal Tahir dengan Rossa. Cuma part Rossa menyanyi lagu Cuba tu agak tak berapa best kalau dibandingkan dengan Faizal Tahir yang menyanyi solo. The best performance is of course laaa MUH dengan Hujan. Walaupun aku tak berapa gemar Hujan, tapi MUH memang best laaa. Gempaq! Entah apsal sekarang kalau aku tengok MUH perform je aku rasa macam nak meloncat je naik atas stage tu nyanyi dengan Lan tu. Wakakakak...

Korang boleh tengok performance MUH-Hujan waktu AIM16 kat sini. Korang abaikanlah tiga peserta sumo waktu permulaan klip ni. Ekekekeke...

Then, on Sunday ada pulak prelude cerita Mentor. Tahpahapa laaa peserta-peserta dia ke laut perginya. Yang sorang tu menyanyi lagu Jeffridin tapi takde pulak berjoget twist. Yang sorang tu, menyanyi lagu MUH tapi mentornya si Mas Idayu. Apa barang? Kalau mentor Mas Idayu, menyanyilah dangdut kan? Wakakakak... aku tengok tiga orang je pastu aku bosan. Oh ye, rupanya Awie Wings jadi mentor so mungkin dia sebok dan takdelah agaknya show Wings kat mana-mana buat masa terdekat ni, aku rasa.

Sabtu ni, konsert Search pulak kat JB. Adehhh time tu laa aku nak balik SA tak boleh postpone dah ni. Actually best gak tengok konsert kat JB ni daripada kat KL sebab tak pack sangat. Santai je macam konsert MUH-Samson hari tu. Tapi, hmmm tengok yang kat KL je laa 1 Ogos nanti. So, korang yang nak join gua kat Bukit Jalil nanti boleh sms sama gua (nak tengok konsert Search kena pakai lu, gua, lu, gua...)


Saturday, May 02, 2009

Quizzes day after day


Dulu time kat college, bila sebut ada quiz je mula laa menggelabah. Especially kalau tetiba je lecturer kata ada pop quiz hari ni. Mulalah nak meletop nanah-nanah kat otak. Mana-mana students perempuan yang ada jerawat batu kat muka time tu, boleh meletop jugak jerawat jadinya.

Sekarang ni kat facebook, entah mana datangnya quizzes ni. Dan macam trend pulak sekarang ni jawab quiz kat facebook. Macam dulu kat college, tak puas jawab quiz. Macam-macam quiz ada kat facebook. Yang mengarut, tak payah cakap lah. Quizzes like "Berapa nilai hantaran kahwin anda?", "Apakah identiti rahsia anda" <-- which my friend answered and the result was 'perempuan/lelaki simpanan'. Macam gam***g kan?

Aku ada jugak laa jawab beberapa quizzes kat facebook tu. Entah saje je bila tengok orang lain jawab, aku pun terpanggil nak jawab jugak laa. Kadang-kadang aku rasa macam mengarut je jawapan-jawapannya. Tapi sesekali terfikir, answers to all the quizzes I took macam kalau dicampur-campur sana sikit sini sikit memang lead to my personality and character. Heh! Tak payah laa aku cakap mana satu yang reflect my personality and character, korang yang kenal aku personally sure tau punya. Hahahaha...

Ni quizzes yang aku amik kat facebook and the answers:

"What "Periodic Element" are you?" with the result Iron.
You are strong in character, emotions, ethics and physically. People who know you believe you are reliable and steady. You say what you mean and you will follow through with it because you weighed the positives and negatives of the commitment before you even said yes. Life may though difficulties your way but you are able to cope with them because of your strength..

"The Inner Nationality Quiz: What Are You Really?" with the result You are German..
You are precise yet romantic, efficient yet dreamy, friendly yet somewhat suspicious of others. You rarely smile, but when you do it's very meaningful. You like it best when there is a group consensus, and yet you are easily annoyed by the slowness and/or stupidity of others. Sometimes you think that if only you could live on an island or move to some wonderful place far away, everything would be better, and if you can't realize this dream you often lose yourself in books/vacations/recipes/sports -- anything for an escape! All in all, however, you make your peace with life, and have many old friends.

"Anda layak jadi Menteri Kabinet yang mana satu?" quiz and the result is Menteri Pelajaran.
Anda sebenarnya seorang yang lemah lembut dan murah dengan senyuman, sesuai dengan tugas anda sebagai ketua kepada semua golongan pendidik. Anda juga seorang yang patuh dalam melaksanakan dasar negara. Yang penting bagi anda, biarlah kita bekorban sekarang, yang penting dalam jangka masa panjang nanti sebab generasi sekarang perlu dibentuk dan dibimbing hari ini untuk menjadi pemimpin esok. Anda juga seorang yang tidak suka mengulang arahan atau pendirian dua, tiga kali. Rakyat perlulah faham yang dasar dibuat sekarang ni kalau berpatah balik akan melibatkan kerugian yang lebih banyak. Tak perlulah tengok kesilapan yang dibuat dulu, anda mahu semua pandang kedepan. Tak guna menyesal.

"Karektor dalam filem P.Ramlee yang manakah menggambarkan peribadi anda?" quiz and the result is Tuan Director Ahmad Nisfu
Anda sememangnya profesional dalam kerja anda. Anda tahu apa yang anda mahukan, dan seringkali anda mahukan yang terbaik dalam kerja-kerja anda. Namun keseriusan anda selalunya terbawa-bawa tanpa hiraukan orang lain. Anda berkemungkinan juga mengidap 'Panic Disorder' iaitu sejenis keadaan dimana anda cepat panic atau naik darah bila apa yang dirancang tak menjadi. Cubalah rilek-rilek sikit dan join orang buat lawak. Dan janganlah naik angin kalau orang mempersendakan lubang hidung anda selepas ini.

"Which element are you?" quiz with the result Fire.
Fire, the untamed spirit, leaving a path of destruction in its wake. You are a wild, impulsive entity, in perpetual motion, be it physical or mental. There is a spark about you that draws people closer and closer, whether they know or not that they could find a warm companion or be undeniably burned. But the one thing that defines you the most is your insatiable hunger for more (knowledge, love, etc...) and the fact that you, no matter how much you want to deny it, would be nothing without the gentle push of air or the constant fear that someday the cleansing rush of water could put you to an instant end. Your place in the world: Well, without such utter destruction there would be no new beginnings..

Macam ye ye je kan?


Friday, May 01, 2009

Sunny, breezy and stormy day


Aku baru lepas lunch dekat area flat near The Zone sambil merasai tiupan angin selat tebrau ni. Nasi panas, ayam goreng, rendang daging, kari ayam, dua ketul kacang bendi, the o ais. Sedap tapi tak menyelerakan.

Salah satu sebab, aku duduk betul-betul bertentangan dengan bilik gerakan barisan nasional. Nama je barisan nasional, tapi yang ada logo umno. Is barisan nasional is about umno?! Dan tah apahal, tekak aku loya tengok logo umno tu, seloya aku dengar geng-geng dia berborak kat meja sebelah aku ni.

Hari ni, hari pekerja. Hari untuk pekerja-pekerja tidak bekerja. Katil, bantal, kipas bilik aku pulak bekerja overtime di hari pekerja. Sampai jam 11am aku masih berlingkar atas katil. Nasib je kena gi masjid, kalau tidak mau jam 3pm baru aku bangun dari katil.

Kepala aku dah setting, lepas solat Jumaat nak pergi makan nasi daun pisang Kerala, one of my handful favorite kedai makan kat JB ni. Siap parking tepi jalan kat masjid tu dah menghala ke arah Kerala tu.

As usual, kat kedai tu diorang akan tanya makan dan minum. Lepas tu dia taruk daun pisang, serve nasi putih, then tiga jenis sayur. Not long after, dia bawak papadom, taruk kari ikan tiga senduk, taruk ikan goreng rangup dan air lassimango yang aku pesan.

Bila aku gaul je nasi tu, I felt something wrong with it. Dua tiga saat aku fikir, baru aku tau apsal. Rupanya nasi sejuk yang diorang serve kat aku. Panassss laa hati aku kan? Walaupun Kerala tu ada lah few times buat palat dengan aku but nothing compare to this - serve aku nasi sejuk.

Aku panggil waitress dia, aku tanya apsal kasi nasi sejuk? Dia macam tak tau nak jawab apa. Aku suruh dia pegang nasi sejuk tu. Dia agree dengan aku. Lepas tu dia pergi cakap dengan tokey dia. Tokey dia tengok aku, aku cakaplah apa ni nasi sejuk. Toke dia cakap apa korang tau? "Mestilah sudah sejuk, you sudah lama sini." P*#i&@k betul! Aku duduk je, diorang serve then terus aku gaul nasi tu. Siap aku cakap, "how come the fish is still hot?"

At last, aku pergi basuh tangan. Aku pergi kat kaunter, aku cakap kat toke tu, "Uncle, I've been eating here for many times and been eating the same food. I know what is wrong and what is right with the food. I know if you serve me cold or hot rice." Dia boleh jawab, dia kata, "You come at the wrong time." Lagi laa aku bengang kan?

Aku jawab, "Don't be bullshit with me. It's still lunch hours. And even my mother never serves me cold rice." Pastu dia boleh cakap, "You can go if you don't want to pay." Aku amik RM10, aku campak kat dia. Sial betul.

Waktu aku jalan keluar tu, nak je aku terbalikkan meja yang aku duduk tadi tu. Nak je aku pecah-pecahkan hancur papadom yang aku baru makan setengah keping tu. Dan yang aku sedihnya, aku tak sempat jamah lassimango aku. Huhuhuh... And that'll be the last time laaa aku makan kat Kerala.

Aku masuk dalam kereta, tersedih aku jadinya. First sebab air lassimango aku tu. Kedua sebab lepas ni tak best laa tak dapat makan nasi daun pisang kat JB lagi. Yang paling aku sedihnya, apa yang susah sangat nak replace nasi sejuk tadi dengan nasi panas? Sayur dan ikan tu aku still boleh makan.

Dan kenapa ada jugak orang berniaga yang tak fikir common sense like serving hot rice. Kenapa dia tak fikir macam mak aku or bapak aku, even kalau makan malam pun kalau boleh tak nak kasi aku makan nasi tengahari yang dipanaskan, biar dimasakkan nasi baru.

Dan bermain-mainlah phrase "even my mother never serves me cold rice" kat kepala aku. Dan terfikir jugak, kenapa aku tak makan saje laa nasi sejuk tu, it's not such a big deal. Kenapa jahat sangat aku benda macam tu pun nak berkira kan?

So, akan takde mood lah aku sepanjang hari ni. Akan takdelah mood aku nak ke gym, nak shopping sikit, nak tidur, nak membaca, nak lipat kain. There goes my labor day, a stormy labor day. Spoil je 1st May aku.


Related Posts with Thumbnails