Tuesday, August 05, 2008

Kantoi dan Kandar (Part I)


(updating dari BlackBerry lagi, Internet line masih tak up. Yang up hanya cater Outlook je...)

Part I: Kantoi

Aku dapat messenger message dari delinn. Dia kata, "entah-entah housemate kau ni husband kawan aku?!"

Ceritanya macam ni, dalam entry yang sempena perpindahan aku, kawan delinn ni ada tinggal komen lebih kurang macam ni, "entah-entah deo tu kerja sama company dengan husband I yang kena relocate ke JB."

Dan bila delinn baca entry aku yang semalam, cerita part homesick housemate aku ni sama macam entry kawan dia pasal husband dia homesick. Cuma entry kawan dia lagi syahdu, syeh! Sampai berlinangan air mata housemate aku ni yang husband kawan delinn (ahh... complicatednya talian kekeluargaan aku dengan delinn) homesickan family kat KL.

Dan aku buat perjanjian syaitan dengan delinn nak rahsiakan discovery kitorang ni daripada housemate aku dan kawan delinn. Ye laa kan, syok jugak aku baca cite housemate aku sampai menitiskan air mata ni. Nanti kalau kawan delinn dah tahu siapa aku, mesti dia tak tulis part yang censored kan.

Tapi tadi, waktu nak gi lunch housemate aku tanya, "kau ada blog ke?" Aku pun terdiam dan aku tanya balik, "sape cakap?" Housemate aku kata, "wife aku..." Kekekekkek dan bermula lah sesi menrevealkan segalanya. Housemate aku terkedu je bila aku cakap, "Kau nangis ek? Kau nak beli Captiva ek? Kau beli peti ais besar ek ganti peti ais kecik yang kau pakai sejak kawin dulu?" Dan banyaklah lagi.

Sampaikan housemate aku kata, "Amboi! Semua kau tahu ni..." Aku kata, itu baru aku baca satu entry, belum lagi aku baca archive. Wahahahahaha....

Sambung later. Adios!
Coming up Part II: Kandar


Monday, August 04, 2008

3 minutes and 15 minutes


Updating via BlackBerry from Sedap Corner, over tea and dinner. Office aku masih lagi tak stabil data line, phone line, air cond. Everyone macam takde mood nak bekerja especially when the bosses are away meeting in Singapore.

So, memang aku termenung buat bodo je lah hari ni, nak buat kerja tak boleh, nak buat-buat kerja sambil surfing internet dan chatting pun tak boleh.

Q: Apakah perbezaan antara 3 minit dan 15 minit memandu?
A: Jusco setingkat dan Jusco 4 tingkat!

Hahahah.. Sedar tak sedar, aku dah melalui satu weekend di JB. Yang paling amazingnya, dah 4 trips aku ke Jusco. 3 kali ke Jusco setingkat yang 3 minit je dari apartment aku dan sekali ke Jusco 4 tingkat yang ada TGV, 15 minit dari rumah aku. Tapi aku tak berapa explore lagi lah stores apa yang ada di Jusco besar tu.

To tell korang the truth, aku dah settled down dah emotionally. In fact, pagi tadi aku bangun dan keluar pergi kerja lebih awal dari kebiasaannya di KL. Semalam, while waiting housemate aku tiba dari KL, aku dah furnish kan dah apartment aku dan excited jugak lah tunggu housemate aku.

Sekali tu housemate aku macam tak excited pun. Aku volunteer tolong dia angkat barang dari kereta. Rupanya dia just bawak satu beg plastik besar, 5 pasang baju gantung kat hanger, kasut dengan laptop je. Rupanya mind dia pulak yang tak set nak pindah. Kalau tak sebab ada majlis tahlil petang semalam, mau dia gerak ke JB pagi tadi je.

Malam semalam, aku ada buat DIY, pasang small cabinet nak letak kipas. Air cond ada tapi aku tak berapa minat tidur berair cond ni sebab kerasss je anggota badan aku ni, bahaya tak tau nak tala ke mana.

Housemate aku pun tolong-tolong lah aku buat DIY. Sambil tu, dia tanya aku, "Sunyilah rumah ni. Selalu aku dengar anak-anak aku bising." Aku senyap je. Dia sambung lagi, "kau biasa sunyi macam ni ke?" Aku pun dengan kerasss hati aku jawab, "aku biasa je...". Kekekeke

Hari ni, colleagues aku semua macam homesick kat family kat KL. Semua macam mandom je. Sampaikan bila lalu satu tunnel tu, semua kata "weh, kita kat KLCC ni..." tahap kritikal colleagues aku ni.

Ehh ok lah, fish ketiaw aku dah sampai. Nanti habis pulak colleagues aku rasa sorang sikit ni. Sambung later. Adios!


Sunday, August 03, 2008

Arriving in JB


Aku gerak dari SA jam 9am, syahdu sheh... Sarat barat kereta aku ni dengan barang-barang aku, tapi tak sesarat dengan barang-barang Ima waktu gi Balok dulu. Perjalanan smooth sekali, seperti merestui perpindahan aku.

Aku exit dari Pasir Gudang highway sekitar jam 1.15pm. Radio kat kereta aku dah preset no. 1 dengan channel Best 104 dah! Orang Johor, beb... First sign board yang very significant aku nampak was "KFC Permas Jaya, 3km" takdelah significant apa sangat kan? Tapi kalau orang Sintok tetiba nampak signboard tu kat Sintok, mau beraya makan KFC, mau tutup restoran-restoran lain kat Sintok tu.

Then, I saw Jusco on my left. Biarlah setingkat je Jusco Permas tu, jadilah. Sampaikan kat traffic light tu, aku tau yang apartment aku kena terus, tapi aku terbelok ke kiri ke arah Jusco tanpa disedari. Adehhh terpaksa buat u-turn.

Sampai di apartment, sign agreement, inspection sedikit sebanyak, owner serahkan kunci, aku pun ulang alik turun naik lif angkat barang-barang aku, unpack everything kecuali pakaian-pakaian aku. Ready to live dah, cuma ada few things yang nak kena beli lagi.

Then, kawan aku yang dah 9 tahun tinggal di JB ajak aku dinner di Jusco. Aku pun keluar awal sikit pergi beli barang-barang yang tak cukup tadi termasuk bantal mahal 2 biji. Owner bagi 2 biji je, pillow case aku ada 4 helai. So, kena beli lagi 2 biji lah kan. Lagipun bantal yang Owner provide tu alaaaa buat lapik tumit aku je lah. Aku pun dinner dengan member aku kat OldTown, yes delinn OldTown.

Member aku ni cikgu, tapi sekarang dah masuk Pejabat Pendidikan Pasir Gudang. Dia jaga bahagian guru ganti macam tu lah. So aku tanya lah apa kelayakan kalau nak jadi guru ganti, dia kata SPM je. Aku pun tanya lah, kalau aku amik cuti seminggu then jadi guru ganti boleh tak? Dia kata boleh! Subjek apa? MUET sebab tempat dia yang kosong tu pun belum berganti.

Since ramai betul kawan-kawan aku lately masuk line teaching, kalau aku try ok jugak kan? Mana tahu, aku pindah JB ni siap pindah profesion sekali. Korang rasa students aku akan suka tak kat aku nanti jadi cikgu diorang? Wakakakaka


Saturday, August 02, 2008

Danga Bay... aku kembali


Dulu...
Tahun 2005, waktu aku jaga team bolasepak Proton. Aku adalah dua tiga kali turun JB, waktu away game lawan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang United dengan emmm... Syarikat Air Johor waktu tu main kat Kota Tinggi.

April 2005, away game lawan MBJB. Main kat padang yang dekat dataran yang dekat Hotel Hyatt tu. Tengahari sebelum game, players kena rehat selepas lunch. AJK boleh jalan-jalan cari rumah urut recce padang dengan routing.

Lepas lunch, kitorang tiga-empat kerat AJK jalan-jalan singgah ke Danga Bay. Ada yang sebut Da-nga, ada yang sebut Dang-ga, ada juga yang sebut Dunga <-- peminat fanatik Brazil laa, siapa lagi?!

First time waktu tu aku sampai ke Danga Bay! Best je rasanya. Siap ada bot! Siap amik gambar background bot! Waktu tu singgah, jalan-jalan, snap sesekeping dua gambar dan singgah beli air je. Tak duduk-duduk, minum-minum atau makan-makan pun.



Dan paling aku tak sangka dan tak terfikir nak terjadi... aku akan kerja kat sebelah tu je satu hari nanti. Sebelah tu maksud aku, walking distance je. Tak sempat pun kelengkang atau ketiak nak berpeluh kalau berjalan kaki.

Come this Monday, aku akan tengok Danga Bay ni tiap-tiap hari bekerja. Tak terfikir langsung tahun 2005 dulu tu...


Friday, August 01, 2008

It's time to say.... uwaaaaaaa


Relatives, Colleagues, Comrades and Friends,

As many of you are aware, I took up a new job some 3 months ago. Fortunately, the office for the new job is located in the same building as my previous workplace. And as I still work and live in Klang Valley, I didn't feel like I was in a new workplace since I was still surrounded by familiar faces, helpful hands and great minds.

While settling down in a new workplace is indeed difficult, relocating to an unfamiliar territory is more intractable. But the time has come. On 2nd August 2008, I’ll officially move to Johor Bahru after months of exhausting travelling between KL and JB.

Nothing is harder than saying goodbye to all the lovely people I’ve met and worked with. But somehow I know, we’ll meet again although I’m not quite sure where and I don’t know just when. This blog is still here, at least. Do call me whenever you’re in JB. I’ll take you to the best nasi lemak in JB and the best tomyam outside Bangkok - so far I only know these two places but I’ll fast track my JB (and Batam?!) food discovery.

Last but not least, please do forgive me for anything I did that hurt anyone of you at any point of time and wish me luck on my endeavors!

You're all in my heart, so until then… it's time for saying goodbye.

Adios amigos


“Dreams are always high up in the sky, unreachable and frightening. But this is the path that I will take where I believe there lies my future. This is my own story and I will still continue to pursue.”

--------------------

Saudara-mara, sahabat handai, bapak-bapak, ibu-ibu dan semua yang ada di sini,

Ramai antara korang tau yang aku ada bertukar kerja lebih kurang tiga bulan yang lalu. Untungnya, tempat kerja baru aku terletak dalam bangunan yang sama dengan pejabat di tempat kerja yang lama. Jadi, tak terasa seperti terasing sebab aku masih lagi tinggal dan bekerja di Lembah Klang, dikelilingi oleh korang dan kawan-kawan aku yang tak reti baca blog aku, yang sentiasa berada di sisi bila diperlukan, yang sentiasa menghiburkan dan menyenangkan.

Namun, setelah antara pejabat di JB dan KL, kini masanya telah tiba. Pada 2 Ogos 2008, aku akan berpindah secara rasmi ke Johor Bahru.

Bukan senang untuk mengungkap kata-kata perpisahan. Namun jauh di lubuk hati, aku yakin kita akan bertemu lagi suatu hari nanti, walaupun aku tak pasti di mana dan bila tiba masanya? Paling koman/kokak, blog ni masih hidup, kan? Jika ada kesempatan turun JB, jangan lupa calling-calling untuk semangkuk tomyam terhebat di luar Bangkok, atau sepinggan nasi lemak terhebat di JB ataupun biarlah sekadar secawan kopi O untuk melepas rindu dengan korang.

Andai ada kesilapan dan kesalahan, tersilap kata yang pernah mengguris hati sesiapa, ampun dan maaf aku pinta. Doakan kejayaan aku mengejar cita-cita. Andai juga ada sesiapa antara korang yang pernah copy lagu-lagu mp3 dari aku, aku nak nyanyi sikit…. “bila… aku sudah tiada…. simpan semua laguku jangan ditangis selalu; mungkin… ini sementara…. bila jumpa penggantiku, jangan dilupakan aku….”

Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, jangan disimpan di dalam peti; kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.

Ok, adios!

Wassalam


Related Posts with Thumbnails