1st class, 1st course, 1st week, 1st semester. Surely, it does feel like a virgin, all over again...
Hari ni hari pertama kelas aku, ever, untuk Masters degree aku, kelas Makroekonomi Lanjutan. Aku gerak dari ofis tepat jam 5pm. Rush jugak lah, dengan jem sikit sebab ada dua tiga lori rosak di beberapa tempat sepanjang highway Serdang tu, lepas tu hujan lebat pulak dan aku tersesak masuk ke area Kuchai Lama (hajat nak guna NPE ke Bangsar), pastu terpaksa u-turn somewhere along Jln Klang Lama.
Sampai kelas, tepat-tepat jam 5.55pm macam tu lah. Living on the Edge gitu aku jadinya. Agaknya for the next two years, macam ni lah life aku ek? Anyway, kelas dah agak penuh waktu tu, adalh dekat 30 orang kot. Dan lepas tu, sorang demi sorang, sampailah dekat jam 7pm pun ada yang baru sampai. Adalah total dekat 70 orang cramped up dalam bilik darjah kecik tu.
Awal-awal lagi aku dah pening. Ye lah, first class, first chapter dan ajar pasal equations, derivatives semua.. aduuuhhh... memang payah aku nak tangkap. Berkarat sungguh otak aku jadinya ni. Dan aku pun macam tak percaya je how did I manage to pull it through during the undergraduate dulu, kat US pulak tu kan? Bukan takat pening pasal subject tu je, waktu lecturer aku sebut dia nak hand out 'course pro forma' pun aku dah pening. Jadahnya pro forma ni, kan?
Tengok je lah sebahagian nota aku dalam gambar tu. Aku kayuh juga lah perlahan-lahan, pahamkan mana yang tak paham, walaupun aku tetap tak paham. Nak bertanya, segan laa pulak sebab ramai sangat students nya. Tunggulah dua tiga minggu lagi bila ramai yang dah drop kelas tu nanti. Yang kelakarnya, lecturer aku kata kitorang boleh copy nota dia dari desktop kat kelas tu. Cuma, yang first class ni je dia print kan kat kitorang. Tapi dia charge 70sen. Heheheh... macam ni rupanya korok style universiti kat Malaysia nih...
Tapi waktu break, siap ada bagi sandwich tu. Yang ni aku respek sikit laa walupun roti sandwichnya tu keras dan telur inti sandwichnya pun alahai, lagi banyak taik hidung aku rasanya. Takpelah, aku datang nak study bukan nak makan.
Sekarang ni, aku tengah pening sebab lecturer aku kata buku rujukan tu tak wajib beli, mahal pun ye dekat RM400 kot. Dan dia kata, you can live without the book,
just read her notes. Tapi notes dia ringkas sangat lah pulak, dah tu notes dia direfer dari buku tu tiap chapter. Dia kata boleh pinjam kat library buat fotokopi. Aduuuhhh macam ni lecturers universiti kat Malaysia ek...
Tapi memang pengalaman hari pertama aku - blur and confused. Sampai dalam kereta, aku macam termenung je thinking why I choose this path? Dan rasa nak give up pun ada. Dan aku sedar juga yang it's all hardwork from now onwards. Sabtu pagi sementara menunggu kelas tengahari, harus aku memulun kat library. Nampak memang occupied habis aku nih all week long.
Itu je lah citer aku.
Ohh satu lagi, pagi tadi big boss aku dah signed confirmation aku, dan dia rekomen baik punya (tapi takde kenaikan pangkat laa). Dan dia ada panggil aku meeting pagi tadi, discuss portfolio baru aku, dan semakin menginci aku nak kena pindah ke Emerald Tower ni. Cuma masanya je tak tau bila, tapi kerja dah start kena buat. Hmmmm....
Ok lah, gua nak tidur dah ni, kepala berat gila. Tak pernah kepala aku kerja seteruk hari ni. Memang belajar ni lagi teruk dari kerja. Dan aku baru realized that you can't bluff your lecturer the same way you always do to your boss! Hahahah...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment