Monday, June 30, 2008

EURO2008:Terkenang-kenang


Ok, Euro 2008 dah selesai. Pasukan Sepanyol menjadi juara, menewaskan Jerman 1-0. Pemain terbaik perlawanan akhir ialah Fernando Torres yang juga penjaring gol tunggal perlawanan. Bagi aku takdelah banyak pun kenangan tentang Euro 2008 ni. Untuk pengetahun korang, takde satu pun game penuh yang aku tengok live termasuklah game final. Aku dok tengok sekerat-sekerat, takpun aku bangun tidur, check out results ataupun aku tengok rematch the following night, itu pun bukan satu game penuh. Dah laa team favorite aku tersingkir awal, match results prediction aku pulak semuanya dok tersasar je. huhuhu...

Anyway, see you in Poland-Ukraine 2012!

--------------------

Semalam aku ke Amcorp Mall, mencari-cari pinggan mangkuk. Almaklumlah nak masuk rumah baru ni. Dulu, kawan aku ada beli pinggan mangkuk Ikea at 40% diskaun di Amcorp Mall. Aku rasa dah takde lagi kedai tu. Cuma ada kedai yang jual pinggan mangkuk ala-ala English style yang berbunga-bunga tu. Emmm... bukan taste aku agaknya, tapi murah!

Dalam dok berjalan-jalan kat Amcorp Mall tu, tiba-tiba aku teringatlah dengan si delinn. Apalah khabarnya dia first day di Sintok tu kan? Haa... jangan nak speku bukan-bukan. Takdelah aku tetiba teringat kat dia, kan? Aku teringat pun sebab aku nampak kedai ni...



So, aku pun called delinn. Happy sungguh bunyi suara dia. Benda pertama yang dia kata kat aku, "aku dah nampak dua cyber cafe!" Laaa... itulah benda yang disurvey dulu, rupanya?!

Rupanya family dia masih ada di Sintok. Dah berasap-asap dapur rupanya ada acara masak-masak dan makan-makan. Aku tak payah tanyalah delinn dia masak ke dia makan kan, aku dah boleh agak jawapannya. Aku tanya laaa dah bertukar-tukar makanan dengan jiran-jiran ke macam aku punya prediction? Belum katanya, tapi dah mula sembang-sembang dengan jiran, kekdahnya! Tepat sangkaan aku... *aku bayangkan delinn pok pek menyembang dengan jiran sambil sidai kain batik kat belakang rumah*

Aku pun tanya lagi, Sintok tu ada shopping mall apa yang besar? Tujuan aku bertanya tu sebab nak cakap apartment sewa aku nanti hanya 3 minit memandu dari Jusco! Menjerit minah tu mendengarnya. Petang tu jugak, sedang aku sedap tidur delinn sms aku, "aku dah merayap ke bukit kayu hitam dah hahaha"

Amboi! First day dah tawaf habis. Next weekend ke manalah tujuan si DQ Merpati tu? Wakakakaka....


Sunday, June 29, 2008

EURO2008: One step away


Germany and Spain (or Jemang and Sepang in Terengganu slang) is just one step away from clinching their fourth and second Euro title, respectively. Germany won in 1972 and 1980 under the banner of West Germany and won again in 1996 as a unified Germany. And Spain will try to emulate their 1964's victory over Soviet Union.

--------------------

Untuk aku, Euro 2008 milik Jerman. Aku pernah juga meminati pasukan Jerman sewaktu Lotthar Matthaeus mengemudi jentera tengah pasukan tersebut. Tambah pulak lagi warna merah, kuning, hitam, putih pasukan Jerman sama dengan warna sekolah aku, kann? Lagipun, bak kata kawan aku yang aku ni macam suka me'respect' dan meng'idola'kan orang-orang yang berwatak pemimpin, so.. karakter pemain-pemain Jerman yang berdisiplin tu macam sesuai sangat dengan taste aku.

Tak macam pemain-pemain Sepanyol yang macam hula-hula, enjoy-enjoy, rambut panjang, baju tak masuk dalam, pastu jersi warna caca marba merah-biru yang tak color coordinated langsung tu. Tapi ok lah, it will be an interesting final. Good luck to both teams, good luck to me untuk bangun tengok game dan tak mengantuk esok di tempat kerja.

My prediction: Germany 3, Spain 1

-------------------

Sepermegian delinn meneruskan cita-cita ke Sintok, sob sob sob, aku pun meneruskan pemergian aku ke JB untuk mencari tempat bersemayam dan berkubang aku nanti menjelang Ogos bila aku kena transfer ke JB. Macam Bangla laa aku semalam, dari jam 9 pagi sampai 4.30 petang memandu ke sana ke sini sekitar bandaraya JB mencari lokasi.

Aku buat appointment dengan dua agen hartanah. Yang mula-mula aku jumpa pagi tu sungguh menghampakan dan mendukacitakan. After viewing two properties yang tak berapa men'drop'kan aku punya jaw, kitorang proceed to the third property.

On the way ke situ, the agent called aku yang trail kereta dia di belakang, "Encik.. itu rumah aaa... ada itu cat hitam, you ada pantang larang ka?" Aku ingatkan dinding dia cat warna hitam. At first aku kata, gila ke cat dinding warna hitam. Then agent tu cakap, "itu owner aaa... dia ada hutang, dia punya rumah kena baling cat. tapi itu owner cakap aaa.. sebelum you masuk, dia boleh kasi clear itu hutang." Aku cakap pada agent tu, "takpelah tak payah pergi tengok..." Gila apa aku nak duduk rumah yang dihantui ah-long. Ada yang aku tidur di office sebab takut nak balik rumah.

Sementara menunggu appointment aku dengan agen yang sorang lagi jam 3.30 petang, aku merayau-rayau dan meredah je security house apartment mana-mana yang nampak menarik. Tanya situ sini, itu ini, ada laaa dua tiga apartment fully and partial furnished yang aku berkenan. Tapi belum ada confirmation.

Then, 3.30 petang, aku berjumpa agen yang sorang lagi nih. Dia ada satu property je yang dia nak tunjuk sebab satu lagi tu, owner dia pergi bercuti laa pulak. Perjalanan dari Plaza Pelangi agak jauh, ikut jalan belakang potong sana sini. Dalam perjalanan tu, puas aku mengagak mana satu laaa apartment yang dia nak tunjuk ni? Ada jugak laa terfikir yang dia nak kidnap aku. Hahahahah...

Siap lalu Jusco, Kelab Golf, macam-macam lah. Dan akhirnya tiba laa ke apartment yang dijanjikan. Terus naik ke unit yang nak ditunjukkan. Aku tak ingat tingkat 6 atau 8. It's a 1-year old apartment, 3 bedrooms and 2 bathrooms. Fully-furnished! 4 units of air-cond (in every room and 1 in living room), bedrooms fitted with wardrobe, bed and side table, dressing table. 2 water heaters (1 in every bathroom). Kitchen furnished with new 2-door fridge, kitchen cabinets, stove yang jenis kaca sekeping tu, microwave, toaster, periuk nasi, kettle, sudu, senduk, pinggan, mangkuk, mugs, mug Tiger beer pun ada. Washing machine. Semua baru!!!

In living room, ada sofa, dining table dengan coffee table. Ada pulak tv Philips flat screen 29 inci dengan sound system dan karaoke set. Dan view from te balcony, is SINGAPORE!!! tapi yang side industrial dengan portnya laaa.. still I can see causeway from the balcony. Terus lah jaw aku ni drop dan terus aku letak earnest deposit RM200. Itu je yang ada dalam wallet aku selain daripada duit tol balik nanti.

Inilah gambar apartment bakal tempat aku bersemayam come August, aku dapat dari internet...
Yang tu swimming pool dan units yang facing swimming pool, viewnya golf course. Apartment sewa aku on the other side with SINGAPORE view.

Description dari internet, meh aku nak quote... "located at Permas Jaya, 20 minutes drive to town centre & causeway, 3 mintues drive to Jusco Shopping Centre, easy access to Pasir Gudang Highway." Harusss laaa aku apply J-card dan bergeluman sewaktu J-card sales nanti!

Dan kalau korang nak buat parti bogel bbq ke, nak main tenis ke, nak main badminton ke, nak workout kat gym ke, nak gi sauna ke, nak mandi swimming pool ke, nak mancing kat kolam ikan ke, nak main golf kat golf course next door ke, mai laaa datang apartment sewa aku ye, mulai 1 Ogos 2008.

So, aku ni just one step away (bawak badan dan anggota-anggotanya dan pakaian je) untuk pindah ke JB.

Bye-bye light-light Shah Alam and KL!


Tuesday, June 24, 2008

EURO2008: Half-time break


Sekarang Euro 2008 tengah berehat. Barulah peminat-peminat fanatik dapat menikmati tidur malam yang lena. Barulah dapat si isteri atau isteri-isteri peminat-peminat fanatik merasa dipeluk ketika tidur. Atau mungkin terganggu semula tidur si isteri atau isteri-isteri peminat fanatik dengan dengkuran si suami.

Salah satu perbezaan menonton bolasepak secara langsung dari rumah dengan menonton secara langsung di stadium ialah persembahan sewaktu rehat separuh masa. Tapi, kalau setakat persembahan cheap publicity macam penonton-penonton berkaki bangku mengambil sepakan penalti setakat untuk memenangi goodie bag syarikat yang iklan berambut biru, baik tak payah.

Kalau persembahan pancaragam ATM atau PDRM, itu aku suka! Tak pun persembahan pancaragam Sekolah Tun Fatimah yang pakai skirt pendek-pendek (ye ke Ima?) pun aku suka!

Kalau sekarang ada Euro 2008 versi Sabah dan Sarawak, aku rasa tak payah susah-susah nak fikir siapa nak buat persembahan waktu rehat separuh masa. Dah tentu Pak Lah dan menteri-menterinya berbondong-bondong menawarkan diri nak buat persembahan. Alaa... tak perlu buat research, tak perlu buat rehearsal... guling-guling di padang, garu-garu badan, buat lawak sebaris dua, baling goodies kepada penonton dalam sebaldi dua. Happylah penonton!

--------------------

Aku rasa sekarang ni kalau rakyat Sabah dan Sarawak minta Pak Lah meluluskan peruntukan elaun untuk trim bulu kote pun, aku rasa Pak Lah luluskan. Yang penting rakyat Sabah dan Sarawak happy!

Alasan tuntutan elaun trim bulu kote...
1. Mentrim bulu kote memang menjadi amalan sebelum ini.
2. Masa-masa terluang untuk mentrim bulu kote yang menjadi amalan sebelum ini telah terpaksa digunakan untuk melakukan kerja lebih masa akibat kesan kenaikan harga bahan api dan makanan.



Kalau suruh Pak Lah dan menteri-menterinya trimkan bulu kote rakyat Sabah dan Sarawak pun, aku rasa Pak Lah sanggup!


Friday, June 20, 2008

EURO2008: Demam bola


Menangislah wahai peminat-peminat bolasepak yang minatnya hanya berdasarkan ke'jambu'an pemain sesuatu pasukan. Menangislah teresak-esak sebagaimana pemain yang korang kata jambu gile tu menangis sebab sepakan penalti tak masuk. Malam tadi dia menangis teresak-esak tak?

--------------------

Minggu ni takde mood sangat nak update blog. Blog ni demam, agaknya. Macam tuan dia, demam. Demam bola? Tak kot sebab Les Bleus dah tersingkir.

Demam... emmm... penat bekerja? Tak sesekali sebab aku ni kat workalcoholic, di samping rebano-tagolic wakakakakak

Demam... emmm... rindukan someone? Mungkin kot...

Demam... demam... demam... tapi ini bukan alasan untuk tidak mencari kayu api. Aku bukan meminta simpati tapi semoga mendapat pertimbangan. Hehehehe...


Wednesday, June 18, 2008

EURO2008 - Local version


The first XI - biru! Italy atau Perancis? Ambiklah Perancis, main macam perempuan...



The hooligans sesat. England tak qualify euro, brader!



The fans tak dapat masuk stadium, tiket sold out...



The pundits...



The cheerleaders...



The bomoh hujan: Lega tak hujan
And the bookie: tahun ni kureng masyuk, malaysia england tak qualify...



The local council: org putih pun makan kuaci ke?



Related Posts with Thumbnails