Thursday, September 03, 2009

Raya sakan!


Ok, aku punya cuti raya dah approved!
Mula-mula aku plan nak ambik 8 hari, dari 17hb sampai 30hb September. Kalau macam tu, campur cuti raya, sabtu ahad, dapatlah 14 hari away dari office. Hehehe... sekali aku kira balik cuti aku setakat end of August, kalau aku ambik cuti 8 hari, balance cuti aku tinggal 0.2 hari je. Entitlement cuti September sampai Disember adalah dalam 7 hari je lagi. Adehhh...

So, aku cancel ambik 8 hari, aku ambik 6 hari je, 17hb sampai 28hb. Dan aku sure 29hb dengan 30hb tu kalau masuk office pun semuanya mood raya, semua saling rasa merasa kuih raya, bercerita pung pang pung pang pasal raya, masing-masing tanya balik mana raya, yang perempuan masing-masing tayang baju raya, pastu time lunch sibuk-sibuk ajak keluar makan. Almaklum, sebulan tak makan siang.

Tapi yang harunya, aku kena buat budget consolidation untuk 2010. Department lain punya submission kepada aku ialah waktu hari-hari terakhir sebelum cuti raya tu. Consolidation untuk first draft kena siap sebelum hujung bulan September. Damn it! Time raya-raya mana boleh fikir pasal bajet, hilang laa mood raya, kan? Takpe, aku nak bagi alasan rumah mak aku takde internet line je. Ekekeke...

Dan kalau lah (ni kalau je ye...) orang-orang office dok kacau aku time-time raya tanya pasal nak submit bajet ke apa ke dan aku ter-in mood bajet time raya nanti, siap lah anak-anak buah aku ke sepupu-sepupu aku tu. Time diorang mintak duit raya je, aku akan sebut "bajet! bajet!" pastu aku mintak diorang punya detail expenses plan, year-to-date actual expenditure semua tu, pastu aku akan slash kan 50% daripada request diorang. Ha ha ha ha ha haaa....


Tahap mood raya: 59%


3 comments:

Anonymous said...

mood raya aku 25%(berkadar terus dengan minggu puasa)..semangat hang dah 59%.

Anonymous said...

salam

Kujie said...

wah...lagu tu dah 59%
shopping komplek pun belum pasang lagu raya...hehehe

Related Posts with Thumbnails