Dalam keadaan badan yang masih penat lepas mengemas rumah dan membuat persiapan hari raya, dan dalam keheningan malam bila seisi rumah masih asyik berkeruh/berdengkur, aku masih menggagahkan diri untuk bangun bersahur jam 3.30 pagi walaupun anak bulan Syawal telah diumumkan nampak kelihatan pada malam sebelumnya. Ekekekeke bukan bangun bersahur laa tapi bangun nak tengok live telecast Oregon Ducks lawan Utah Utes kat ESPN.
Terkamjat jugak laa abang aku bila dia terjaga tengah-tengah pagi tengok aku tengah tengok live game Oregon. Abang aku tanya, "hebat sangat ke University of Oregon ni siap ada live telecast ni?" Mana taknya, sedangkan pasukan Selangor main bola Liga Super pun belum tentu ada live telecast kan? Manchester United tu lain laa, tu kan kelab terkayo. Ini, pasukan universiti je. Aku cuma mampu tersenyum, sambil berbangga menjadi alum University of Oregon.
Dan siap tamat perlawanan pagi semalam, ngam ngam waktu untuk bersiap-siap untuk solat raya. Aku melangkahkan kakiku ke surau untuk solat raya dengan rasa girang sambil membuat suara-suara itik di sepanjang perjalanan itu. Go Ducks! Tengok je laa video ni.
Update pasal raya? Hmm.... nantilah aku tengah mood raya sakan ni sampai takde mood nak update pasal raya ni. Hehehehe...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment