Sesebelum ni, bukan aku tak usha baju-baju raya. Daripada yang dekat shopping complexes sampai ke di festive mall yang jual high-grade fake t-shirts macam all the Polos, Hackett laa apa semua tu, aku dah pergi. Tapi takde terasa pun nak menyopping. Dan hajat aku di bulan Rejab dulu nak tempah dua-tiga pasang baju melayu pun tinggal hajat je. Cukup le sepasang yang aku tempah dua bulan lepas. Itu je lah baju raya aku yang baru untuk tahun ni. Cuma tahun ni, aku galak lebih sikit beli kuih raya.
Tapi, bila dah 24 hari puasa, baru mood shopping aku mari. Mungkin sebab aku dah takde fikirkan pasal kerja lagi, pasal nak masak/tolong masak/makan apa untuk berbuka dan sahur, fikir kad raya tak sampai-sampai lagi, fikirkan duit raya tak ditukar lagi, semua tu laa. Itu yang bila kepala dah tenang, dah fokus kat raya, baru pintu hati untuk bershopping terbuka kot?
So, semalam daripada plan berbuka puasa kat Burger King, oleh kerana awal lagi waktu tu, aku decided untuk melajakkan diri ke Danga City Mall, nak tengok apa-apa yang patut kat Metrojaya. Time dah amik apa-apa yang berkenan, dah nak masuk waktu berbuka laa pulak. So, berbuka laa dulu dan continue shopping lepas tu. Haaa... main ambik je mana yang rasa berkenan. Yang overnya, semua yang display, yang mannequin pakai, yang tu laa nampak cantik kat mata aku.
Dan-dan tu jugak tanya promoters suruh cari saiz untuk aku, baju yang sama macam yang display tu. Biasanya baju yang mannequin tu pakai, mana ada diskaun. Kalau ada pun, dalam sesepuluh dua puluh persen je. Tapi, yang tu laa yang aku rasa elok je kalau pakai kat badan aku, kan? Dan, dalam tak pernah aku try baju banyak-banyak kat fitting room, haa amik ada laaa dekat 12 helai baju/seluar aku tried malam tadi. Kesudahannya, aku sental (sental??) sehelai seluar, 3 helai kemeja lengan pendek, sehelai t-shirt dan dua helai boxers.
Bila keluar dari MJ tu, dengan hati girannnggg ho ho ho balik kampungggggggg....... nampak pulak laaa shoe fair. Terfikir gak, yang aku punya 'kasut main sarung je' dah buruk sangat. Dan malas laa time raya nak pakai converse bertali aku, kan? Nak kena buka tali, ikat tali, buka tali, ikat tali. So, aku pun cekau sepasang 'kasut main sarung je' tapi takde saiz aku. Terus zassssss aku ke MJ Pelangi pulak. Perghhh ada size aku. Dan cukuplah shopping untuk raya tahun ni. Bak kata status facebook aku, "bila mood shopping sudah mari, spender pun nak kena beli baru."
Dan... errr.... walaupun aku tershopping jugak, polisi ekonomi aidilfitri 1430H aku tetap dikekalkan, iaitu pemberian duit raya akan dikurangkan antara 25 hingga 50% daripada tahun lepas, bergantung kepada tahap kesetanan penerima sepanjang setahun lepas, dan duit raya hanya akan dikeluarkan dalam minggu pertama raya sahaja.
Mood raya: 100%. Takde mood nak berpuasa buat apa-apa lagi dah, nak raya je.
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
1 comment:
raya sakan ni deo! Kad raya hubby dah dapat. tq!
Post a Comment