Aku dah mula bertugas semalam. Aku gerak dari Ipoh pagi-pagi Isnin lagi. Sempat singgah kat Tg Malim breakfast kat Yik Mun. Then, tengahari tu lunch ikan patin di Shah Alam dengan one old time friend. Lepas tu aku balik rumah aku kat Shah Alam, nak tidur kejap sebab ingatkan nak balik JB dalam jam 6pm macam tu. Alih-alih bila dah tidur petang tu punyalah nyaman dengan sejuk-sejuk lepas hujan, aku pun tertakde mood dah nak balik JB.
Pagi-pagi buta Selasa jam 3am aku bangun siap-siap nak balik JB. Tu pun lepas dah macam takde idea nak cakap apa dah kat boss kalau nak extend cuti. Dan boss aku pun dah call hari Isnin hari tu tanya aku masuk kerja hari apa dan aku pun cakap kat dia hari Selasa. So, susah sikit laa nak sambung cuti dan aku tak reti cari MC tipu ni. Sepanjang hayat tak pernah buat. Dan macam nak muntaahhhhhh aku driving SA-JB.
Dengan gelapnya, lori yang banyak, mengantuknya, highway dua lorong nya lepas Ayer Keroh dan loooooooonnnggg journey yang tak sampai-sampai. Serius rasa nak muntah, rasa meluat. Aku main twitter je laa sorang-sorang malam tu update progress journey aku. Dah le malam-malam gitu, takde orang update status facebook/twitter. Aku sampai rumah kat JB jam 8am, housemate aku baru kuar nak gi kerja.
So, bila dah kat JB ni takde laa apa nak diceritakan kan? Cerita pasal Oregon Ducks football je lah...
Last weekend, Ducks menang besar (upset) over then-No. 6 California. Memang aku pun tak expect boleh menang hari tu. Dan weekend lepas disebabkan takde tunjuk game tu kat Astro, aku pun malas laa nak tengok gamecast kat internet. Pagi tu aku bangun, aku check internet, terkejut aku tengok Ducks menang. Perghhhh... Following the week Oregon Ducks masuk balik top 25 at number 16. Dan sampai ke hari ni aku masih baca-baca artikel game Oregon-Cal tu.
Cuma yang tak sedapnya, Senior Cornerback and Kick Returner, Walter Thurmond III will be out for the rest of season lepas dia injured lutut dia waktu returning opening kickoff lawan Cal hari tu.
"Thurmond, who had been included on the preseason watch list for the Jim Thorpe Award as the nation’s top defensive back, hurt the knee on the opening kickoff of Saturday’s 42-3 victory over California. Thurmond tore the anterior cruciate, posterior cruciate and medial collateral ligaments in the knee. Thurmond intends to undergo surgery early next week and return to health in time to train for the NFL draft next April."
Ni video WT3 returning a punt for a touchdown waktu game dengan then-no. 18 Utah, two weeks ago.
And this would be another loss to the team this season after the season-long suspension of LeGarette Blount. WT3 will be missed. Hopefully, without WT3, Oregon can whip Washington State Cougars' asses this weekend.
Go Ducks!
Wednesday, September 30, 2009
Pasal football je laa
Posted at 5:20 PM 1 comments
Sunday, September 27, 2009
Oregon 42, #6 California 3
Oregon Ducks in its traditional yellow-green-yellow uniform with 'UO' logo on the helmet upset 6th-ranked California Golden Bears 42-3.
Next: Oregon Ducks vs Washington State Cougars.
Go Ducks!
Posted at 8:21 AM 0 comments
Wednesday, September 23, 2009
Raya ya ya yaaa....
Mood raya masih membara. So, takde mood sangat nak update blog ni (alasan je, padahal tak raya pun tak update blog, kan? hehehehe). Anyway, raya has always been a perutful occasion. Macam-macam makanan masuk dalam perut ni. Perut pulak, jadi culture shock sebab dah sebulan tak makan siang, tetiba datang 1 Syawal siang-siang lagi makanan dah masuk, macam-macam makanan pulak tu.
So, antara makanan-makanan yang men'culture shock'kan perut aku - lemang, nasi impit, rendang ayam daging, rendang ayam pencen, gulai kari daging, nasi briyani, laksa (laksa ni tak terkira laa beround-round aku makan), nasi goreng (ni nasi lebih malam raya yang tak makan, so digoreng di pagi raya kedua), mi hailam, roti canai, nasi minyak, aduuuhhhhhh macam-macam deh...
Dan tahun ni, aku tak ke Grik sebab sibuk nak siapkan adik aku nak bertunang dengan orang Penang. So, setelah berhempas pulas dan memulas-mulas perut di sepanjang raya pertama dan kedua, ke utara lah kitorang 7 bijik kereta untuk urusan memasang papan tanda projek mendirikan masjid, sebelum masjid menanam batu asas masjid diadakan. Hehehehe... ni gambar hantaran yang aku buat...
Aku susun cokelat-cokelat tu je sebenarnya. Hehehehe....
Alaaaa... dalam takde mood pun, terpanjang gak update aku. Hmmm... ok lah aku nak back to raya. So, tengok lah gambar sesikit dan seadanya ni....
Ni gambar di petang raya, kat rumah kawan keluarga kitorang. Cantik je pemandangannya macam kat kampung, tapi sebenarnya kat Ipoh. Err... Ipoh tu kira kampung laa kan? Hahahaha....
Yang ni beraya dekat rumah kawan keluarga kitorang jugak.
Arc sure tau belakang tu rumah apa? Itu lah rumah kuarters KTMB. Dulu keluarga aku duduk kat rumah papan tangga batu macam tu laa sebelum bapak aku pencen. Tapi bukan kat rumah yang dalam gambar ni, rumah yang sama tapi di area lain.
Yang ni pulak lepas makan laksa kuale kat Lembah, Kuala Kangsar. Lepas kenyang perut, kitorang naik Sungai Perak river cruise laaa pulak. Ala-ala beraya di Venice, ataupun Chicago River je, kan? Hahahaha...
Kuale jem gila beb time raya, kalahkan Shah Alam laaa jem nya. Ni gambar jambatan Sayong - Jambatan Sultan Abdul Jalil.
Ok lah tu je. Aku nak back to raya mood...
Posted at 9:20 PM 2 comments
Monday, September 21, 2009
Oregon 31, #18 Utah 24
Dalam keadaan badan yang masih penat lepas mengemas rumah dan membuat persiapan hari raya, dan dalam keheningan malam bila seisi rumah masih asyik berkeruh/berdengkur, aku masih menggagahkan diri untuk bangun bersahur jam 3.30 pagi walaupun anak bulan Syawal telah diumumkan nampak kelihatan pada malam sebelumnya. Ekekekeke bukan bangun bersahur laa tapi bangun nak tengok live telecast Oregon Ducks lawan Utah Utes kat ESPN.
Terkamjat jugak laa abang aku bila dia terjaga tengah-tengah pagi tengok aku tengah tengok live game Oregon. Abang aku tanya, "hebat sangat ke University of Oregon ni siap ada live telecast ni?" Mana taknya, sedangkan pasukan Selangor main bola Liga Super pun belum tentu ada live telecast kan? Manchester United tu lain laa, tu kan kelab terkayo. Ini, pasukan universiti je. Aku cuma mampu tersenyum, sambil berbangga menjadi alum University of Oregon.
Dan siap tamat perlawanan pagi semalam, ngam ngam waktu untuk bersiap-siap untuk solat raya. Aku melangkahkan kakiku ke surau untuk solat raya dengan rasa girang sambil membuat suara-suara itik di sepanjang perjalanan itu. Go Ducks! Tengok je laa video ni.
Update pasal raya? Hmm.... nantilah aku tengah mood raya sakan ni sampai takde mood nak update pasal raya ni. Hehehehe...
Posted at 2:41 PM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Baru mari
Sesebelum ni, bukan aku tak usha baju-baju raya. Daripada yang dekat shopping complexes sampai ke di festive mall yang jual high-grade fake t-shirts macam all the Polos, Hackett laa apa semua tu, aku dah pergi. Tapi takde terasa pun nak menyopping. Dan hajat aku di bulan Rejab dulu nak tempah dua-tiga pasang baju melayu pun tinggal hajat je. Cukup le sepasang yang aku tempah dua bulan lepas. Itu je lah baju raya aku yang baru untuk tahun ni. Cuma tahun ni, aku galak lebih sikit beli kuih raya.
Tapi, bila dah 24 hari puasa, baru mood shopping aku mari. Mungkin sebab aku dah takde fikirkan pasal kerja lagi, pasal nak masak/tolong masak/makan apa untuk berbuka dan sahur, fikir kad raya tak sampai-sampai lagi, fikirkan duit raya tak ditukar lagi, semua tu laa. Itu yang bila kepala dah tenang, dah fokus kat raya, baru pintu hati untuk bershopping terbuka kot?
So, semalam daripada plan berbuka puasa kat Burger King, oleh kerana awal lagi waktu tu, aku decided untuk melajakkan diri ke Danga City Mall, nak tengok apa-apa yang patut kat Metrojaya. Time dah amik apa-apa yang berkenan, dah nak masuk waktu berbuka laa pulak. So, berbuka laa dulu dan continue shopping lepas tu. Haaa... main ambik je mana yang rasa berkenan. Yang overnya, semua yang display, yang mannequin pakai, yang tu laa nampak cantik kat mata aku.
Dan-dan tu jugak tanya promoters suruh cari saiz untuk aku, baju yang sama macam yang display tu. Biasanya baju yang mannequin tu pakai, mana ada diskaun. Kalau ada pun, dalam sesepuluh dua puluh persen je. Tapi, yang tu laa yang aku rasa elok je kalau pakai kat badan aku, kan? Dan, dalam tak pernah aku try baju banyak-banyak kat fitting room, haa amik ada laaa dekat 12 helai baju/seluar aku tried malam tadi. Kesudahannya, aku sental (sental??) sehelai seluar, 3 helai kemeja lengan pendek, sehelai t-shirt dan dua helai boxers.
Bila keluar dari MJ tu, dengan hati girannnggg ho ho ho balik kampungggggggg....... nampak pulak laaa shoe fair. Terfikir gak, yang aku punya 'kasut main sarung je' dah buruk sangat. Dan malas laa time raya nak pakai converse bertali aku, kan? Nak kena buka tali, ikat tali, buka tali, ikat tali. So, aku pun cekau sepasang 'kasut main sarung je' tapi takde saiz aku. Terus zassssss aku ke MJ Pelangi pulak. Perghhh ada size aku. Dan cukuplah shopping untuk raya tahun ni. Bak kata status facebook aku, "bila mood shopping sudah mari, spender pun nak kena beli baru."
Dan... errr.... walaupun aku tershopping jugak, polisi ekonomi aidilfitri 1430H aku tetap dikekalkan, iaitu pemberian duit raya akan dikurangkan antara 25 hingga 50% daripada tahun lepas, bergantung kepada tahap kesetanan penerima sepanjang setahun lepas, dan duit raya hanya akan dikeluarkan dalam minggu pertama raya sahaja.
Mood raya: 100%. Takde mood nak berpuasa buat apa-apa lagi dah, nak raya je.
Posted at 6:23 AM 1 comments
Monday, September 14, 2009
Tuesday, September 08, 2009
Dua kepala lumbu
First of all, #16 Oregon Ducks lost its first game to #14 Boise State Broncos on that ugly blue turf, the only blue turf in the country for american football. Then, came to idiot, kepala lumbu Boise State player provoking one of the Oregon's star player which led to him being punched on his jaw. Watch the video below...
The aftermath...
The University of Oregon has suspended LeGarette Blount for the rest of season. I don't know what will happen to the team since he is one of the star players and a school record holder for number of touchdowns in a single season? And I don't know what will happen to the senior running back with his once-bright future in NFL since he will not be able to play anymore in his final year?
And for the idiot kepala lumbu Boise State player, the idiot university has decided not to suspend him. Just give him some counseling, instead. Idiot! Kepala lumbu!
Another kepala lumbu, happening in this country...
Orang kata, ni semua orang UMNO ni...
Mana taknya, orang UMNO Selangor je yang menyampah dengan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Haa... elok laa tu. 1Malaysia = 1KepalaLembu.
Dengar ceritanya, orang-orang UMNO dilarang berkorban atau menyembelih lembu waktu hari raya haji nanti sebab nak respek 1Malaysia takut orang agama Hindu marah orang Islam sembelih lembu.
Posted at 2:35 PM 1 comments
Friday, September 04, 2009
#16 Oregon at #14 Boise State
Yeay!
The NCAA football season is here.
The Oregon Ducks will be battling Boise State Broncos on the blue turf. As well as to revenge last year's defeat, the Ducks will try to end Broncos' 49-regular games winning streak.
Go Ducks!
Posted at 9:13 AM 0 comments
Thursday, September 03, 2009
Raya sakan!
Ok, aku punya cuti raya dah approved!
Mula-mula aku plan nak ambik 8 hari, dari 17hb sampai 30hb September. Kalau macam tu, campur cuti raya, sabtu ahad, dapatlah 14 hari away dari office. Hehehe... sekali aku kira balik cuti aku setakat end of August, kalau aku ambik cuti 8 hari, balance cuti aku tinggal 0.2 hari je. Entitlement cuti September sampai Disember adalah dalam 7 hari je lagi. Adehhh...
So, aku cancel ambik 8 hari, aku ambik 6 hari je, 17hb sampai 28hb. Dan aku sure 29hb dengan 30hb tu kalau masuk office pun semuanya mood raya, semua saling rasa merasa kuih raya, bercerita pung pang pung pang pasal raya, masing-masing tanya balik mana raya, yang perempuan masing-masing tayang baju raya, pastu time lunch sibuk-sibuk ajak keluar makan. Almaklum, sebulan tak makan siang.
Tapi yang harunya, aku kena buat budget consolidation untuk 2010. Department lain punya submission kepada aku ialah waktu hari-hari terakhir sebelum cuti raya tu. Consolidation untuk first draft kena siap sebelum hujung bulan September. Damn it! Time raya-raya mana boleh fikir pasal bajet, hilang laa mood raya, kan? Takpe, aku nak bagi alasan rumah mak aku takde internet line je. Ekekeke...
Dan kalau lah (ni kalau je ye...) orang-orang office dok kacau aku time-time raya tanya pasal nak submit bajet ke apa ke dan aku ter-in mood bajet time raya nanti, siap lah anak-anak buah aku ke sepupu-sepupu aku tu. Time diorang mintak duit raya je, aku akan sebut "bajet! bajet!" pastu aku mintak diorang punya detail expenses plan, year-to-date actual expenditure semua tu, pastu aku akan slash kan 50% daripada request diorang. Ha ha ha ha ha haaa....
Tahap mood raya: 59%
Posted at 9:55 AM 3 comments