Dah lama aku tak update blog rupanya. Ni aku nak cuba 'pick up from where I left.' Not exactly pun. Aku just nak cerita benda-benda yang berlaku recently je sebab takde pun benda-benda menarik berlaku kat aku. Tiba-tiba datang mood nak menaip semula kan? Sebab tu aku tak berani nak quit blogging sebab aku tau suatu hari nanti aku terkinja-kinja nak update something punya.
Time aku menaip ni, aku dalam bas ekspress perjalanan dari Ipoh-JB. Bas delay 115 minit, sepatutnya gerak jam 8.30pm tapi jam 10.25pm baru jalan. Diorang repair bas, tukar belting pe tah tadi. Ni first time aku naik bas direct JB-Ipoh-JB. Selalunya aku akan stop over atau overnight di Shah Alam. It wasn't that bad. Aku agak relax, dapat rehat dan tidur lite-lite dalam bas. Cuma waktu balik ke Ipoh ada few things that ticked me off.
First, passenger depan aku yang tak reti2 bahasa nak recline kerusi dia sampai 75 degree, walhal kerusi tu boleh recline maksimum sampai 60 degree je. Kalau sekali dua try ok lah jugak, ni sampai berbelas-belas kali. Sampai berlanggar-langgar kerusi tu dengan lutut aku. Sampai aku 'F*ck' kan lah amoi tu. Bukannya reti nak cakap sorry ke apa, nasib lah balak dia kat sebelah dia bijak sikit cakap apa tah cong ceng cong ceng kat amoi tu, nasihat le kot. Tak pun diorang maki aku balik. Hiks!
Pastu ada lah pulak sorang passenger berdengkur, berkeruh punyaaaaaaa lah kuat. Ya salaaaammmm dah le dia tidur dari awal sampai akhir perjalanan. Aku pulak yang tak lena tidur jadinya. Dah le sekarang ni aku tak berapa minat nak sumbat telinga aku dengan ear phone. Hmmmm....
Anyway, aku balik naik bas ni pun sebab nak sampai cepat di Ipoh. Nak jenguk-jenguk orang tua aku. Last week pak aku masuk hospital, irregular heartbeat dan ada breathing problem sikit. 4 malam dia kat hospital. That weekend aku just call mak aku tanya keadaan pak aku, aku tak balik pun. Dah abang dan adik aku balik, biarlah. So, weekend lepas ni aku balik lah pulak tengok-tengok kalau mak-pak aku nak pergi mana-mana, beli apa-apa ke, boleh le aku bawak.
Pak aku dah ok le cuma tengah nak regain kekuatan dia dan selera makan. Tapi aku tengok time aku ada hari tu, banyak gak pak aku makan. Heheheh. Pergi nasi kandar vanggeh pun pak aku tolong habiskan nasi mak aku.
Lepas pak aku masuk hospital hari tu, terdetik lah kat hati aku nak cari kerja di KL semula. Ye lah kan, my parents are not getting any younger. Setakat hospitalized tu boleh le adjust-adjust sikit tapi kalau.... err na'uzubillah.
Masalahnya dengan JB ni, takde flight direct ke Ipoh. Yang ada pun Firefly Singapore-Ipoh. Bas pulak takes some 7-8 hours. Itu tak campur delay lagi. Kalau nak drive pun, aku rasa kalau aku tekan nak gila pun still take 5 hours, tu tak campur mengantuk segala lagi kan? Sedangkan JB-SA pun aku boleh berhenti tidur sebab letih.
So, aku back in the mode of looking for job in KL lah ni. Takde serius atau cari gila-gila sampaikan kerja tahpahapa pun aku sebat. Tapi kalau ada kerja yang elok-elok, dengan company yang ok aku akan cuba. That was my wish last week. Dan last Tuesday, ada pulak satu company O&G call aku untuk first round interview, dalam email nya sebut Chit Chat Session with HOD of Business Planning. Hmmm.... Nanti aku cerita part ni, ok?
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
1 comment:
elok la ade hati nak balik keje KL. Kak ngah pun setuju kalau adik balik kl
Post a Comment