Aktiviti biasa aku di minggu malam - menggosok baju kerja stok seminggu. Dimulakan dengan menggosok pakaian untuk hari Jumaat diikuti untuk hari Khamis, Rabu, Selasa dan Isnin. Cara ini mampu mengelakkan aku daripada berhenti menggosok di tengah jalan, i.e. gosok pakaian untuk Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. Menggosok secara 'longgok' atau secara pukal juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana sterika menggunakan kuasa elektrik yang tinggi pada peringkat 'warm-up'.
Selain daripada menggosok pakaian, aktiviti melipat pakaian juga menjadi rutin pada minggu malam. Dan tadi malam, aku tengok sehelai boxer favorite aku warna merah gambar Coca-Cola aku beli kat Taipei, koyak. Di celah kangkang pulak tu. Aku pelik, kenapalah kalau spender atau boxer selalu koyak di celah kangkang. Bukannya aku selalu korek atau dikorek di celah-celah itu pun?
------------------------------
Selama ni, sebelum-sebelum ini kalau aku dalam keadaan seperti yang berlaku pada aku hari Jumaat lepas (baca entry bawah), siaplah ada lah yang kena maki ke perli ke kena 'bahasa' ke. Adalah pintu yang kena hempas, meja yang kena hentak, buku/kertas yang kena 'tegheban' dan awek yang kena gomol.
Macam berus dawai, aku ni. Lagi berdaki dinding bilik air tu, lagi kuat aku sental. Lagi kuat sakit hati aku, lagi kuatlah protes aku, lagi kuatlah aku maki, lagi kuatlah pintu aku hempas.
Tapi aku lega... lega sangat-sangat, yelah puas aku sental daki dinding bilik air tu, dah cantik berkilat-kilat puaslah hati kan. Tapi, dalam sedar tak sedar, dinding tu bercalarlah sebab kena sental dengan berus dawai. Adalah pintu yang senget kena hempas. Adalah hati-hati di sekeliling aku yang terhiris dan terguris, bukan sebab apa. Kadang-kadang time aku maki tu, bersembur air liur aku.
Hari Jumaat yang lepas, berkat hari Jumaat aku rasa. Entah mana hilang dawai-dawai aku. Aku pun pelik, aku jadi lembut youuu... awwww... nak gi mana tu, bang?! Aku jadi macam span.
Menyerap je perbuatan jahat orang menoda kesucian aku dan meragut dara hak aku. Aku rasa pintu, meja, buku/kertas dah kecut-kecut kot bila tahu masalah aku hari tu, takut dihempas, dihentak dan di'tegheban' lagi. Tapi hari tu aku serap, macam span! Walaupun berdaki dinding tu, aku gosok pelan-pelan guna span, sampailah bersih. Tapi adalah sesekejap aku perah span tu. Yelah mana tahan nak mengendong air yang banyak, air dah naik ke kepala!
Hasilnya, takdelah bercalar dinding tu. Takdelah pintu yang senget kena hempas. Takdelah hati-hati di sekeliling aku yang terhiris dan terguris.
Tapi kepala aku peningnya tak tahu macam mana aku nak cakap, menangkap di urat tengkuk aku nih. Yelah, ingat senang ke nak gosok dinding berdaki dengan span, mahu bengkok pinggang dan rebeh ponggong nih, kan?
Anyway, aku suka dan puas hatilah jadi span daripada jadi berus dawai. Cuma kena training banyak sikit. Bila jalan.. tangan tu kena bengkok sikit umpama menggantung handbag di bahagian siku dan pergelangan tangan dilembikkan supaya tapak tangan berada dalam kedudukan seperti tergantung atau longlai. Tak kuasa!
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
2 comments:
best tuh..marah2 cuci toilet..
camner bonus dpt ka?hehe jgn lor marahh
anon,
hahaha... mau berkilat2 je toilet kan? belum dapat laaaaaaa adehhhh
Post a Comment