Monday, March 10, 2008

PRU12: Finale


Aku masih ingat kenyataan dua orang penceramah BN di Seksyen 11, Shah Alam empat hari lepas...

"Ini perkara biasa di mana-mana pun ceramah UMNO atau Barisan Nasional, lebih kerusi daripada orang. Kita siapkan PA system yang canggih supaya yang di dalam rumah dan di kedai-kedai makan pun dapat mendengar apa yang kita cakap. Tapi yang luar biasanya, pilihanraya kita menang juga."


Yes, memang luar biasa kali ni... tapi yang luar biasanya kali ni, yang luar biasa tu bukan kepada BN tetapi kepada Barisan Rakyat. Pertama kali dalam sejarah 12 pilihanraya di Malaysia, kerajaan memerintah gagal mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat. Dan yang lebih luar biasanya, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang - Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Kalau Wilayah Persekutuan ada DUN, dia pun jatuh juga.

Barisan Rakyat bukan sekadar menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Yang lebih penting, kita akan menyaksikan 'check and balance' yang lebih mampan di Parlimen. Kita akan menyaksikan hujah-hujah yang lebih berkualiti, terutama dari pihak pembangkang yang membariskan nama-nama seperti Abdul Hadi Awang, Husam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Saifuddin Nasution, Mohd Hatta Ramli, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Lo'Lo', Teresa Kok, Mohamed Azmin Ali... and Anwar Ibrahim (soon).

Cuma, tempat aku membuang undi, Parlimen Tambun dan DUN Manjoi tidak berjaya ditawan. Sungguhpun begitu, aku teruja untuk lihat bekas-bekas Menteri Besar seperti Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahdzir Khalid jadi ketua pembangkang di negeri masing-masing. Juga, aku teruja untuk lihat bagaimana MIC akan menangani kekalahan yang menimpa Presiden, Timbalan Presiden dan dua Naib Presidennya, bagaiman Gerakan akan bangkit.

Dan yang paling best, bagaimana Pak Lah (atau PM yang baru?!) akan menyusun Kabinetnya nanti, selepas beberapa Menteri dan Timbalan Menteri tewas di samping yang tidak bertanding dalam PRU12. Juga, banyak pilihan portfolio untuk KJ kali ini, Penerangan, Kerja Raya, Kesihatan, Tenaga Air dan Komunikasi, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pengangkutan. Tapi aku rasa, dia paling sesuai pegang portfolio Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Itupun kalau dia layak dan kalau Pak Lah dah gila nak bagi menantu dia jadi menteri.

Yang tak bestnya, aku tak lama dapat merasa duduk di bawah pemerintahan non-BN. Tak lama lagi aku akan pindah ke negeri BN semula :-( mungkin kehadiran aku ke sana bersama gelombang baru dalam PRU13?!


8 comments:

Anonymous said...

deo... welcome back!

sitynuress said...

ehhehe :D tu aa kawasan kita BN still pegang .. the whole perak dah jadi BA.. :)

nanti balik perak kene pakai jubah la aku eheheh

Jingga Studies said...

weh nak pindah mana? negeri aku masih BN!!!

limaupurut said...

Going where the wind blows?

Enjoyed your previews. How about reviews of PRU12?

Deo said...

makcik karipap,
i'm cominggggggg.....

sity29,
jubah kalau jarang pun tak boleh. hehehe....

jingga studies,
kan masih ada 8 negeri di bawah BN?

limaupurut,
aku nak tidur...

sitynuress said...

alaaa.. tak leh jarang ek?
susah la nak carik makan cam gini :P
hehehee

Anonymous said...

oh membunag unbi di Tambun...byk la limau tambun...kirim satu boleh tak?

Deo said...

sity29,
jarang boleh, tapi kena jaraaannggg jaraaaanggg.... bukan kadaaaanggg kadaaanggg...

he,
yes tambun, dun manjoi... lepas ni Mydin nak bukak di Manjoi, beli limau tambun di Mydin Manjoi je... hahahaha

Related Posts with Thumbnails