Semalam, seorang demi seorang, satu lepas satu. Menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Bermula dengan Najib Razak, Mike Tyson, Hishamuddin, Kak Dah, UMNO Bahagian 'somewhere in Kedah' (I can't remember). Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Hari ni dalam berita radio Bernama jam 8 pagi, ada lagi! Kali ni, Najib sekali lagi cakap dia akan beri sokongan 100% kepada Pak Lah. Tak cukup dengan itu, Presiden Cuepacs, yang mewakili semua kakitangan kerajaan, kononnya, akan memberi sokongan penuh dan berada di belakang Pak Lah (jangan main belakang, sudah?!). Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Bukankah secara otomatik orang-orang macam ni kena beri sokongan kepada Pak Lah, or whoever yang dilantik atau melantik diri sendiri menjadi PM?! Tak perlu lah disogokkan dalam media. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Tak pasal-pasal dah rugi 5 minit berita radio Bernama dengan cerita jilat menjilat. Itulah dia, 'budaya mengampu' dalam masyarakat kita. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Sudahlah aku bergerak dengan keperlahanan 8km/jam pagi ni, budak rambut spiky dalam Kancil depan aku ni bawak kereta macam saranan Samy Vellu dulu suruh naik kereta lembu dari Pulau Pinang ke KL pula. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
*Bila cerita tentang jilat-menjilat, teringin aku nak mandi kucing... wahahahaha. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Barisan Rakyat yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini menidakkan majoriti 2/3 BN dan menawan lima negeri.
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
3 comments:
"If you win, you need not to explain, if you lose, you should not be there to explain.."
- Adolf Hitler.
Lunamaya
Masa diorang jadi YB susah rakyat nak jumpa, sebab selalu tak free...
Dekat PRU-12, diorang nak jumpa tapi rakyat pulak tak free...Selepas PRU they were freed, tapi rakyat dah jumpa orang lain...
YB-YB dari UMNO ini seolah-olah hanya menjadi wakil pucuk pimpinan UMNO, bukan wakil Rakyat! Mereka menganggap selagi pucuk pimpinan memerlukan mereka, selagi itulah mereka akan berada di situ, tapi mereka lupa bahawa PENGUNDI (rakyat) yang meletakkan mereka di situ
lunamaya,
"if you win, you tell people that it's all your effort; if you lose, you tell people that it's not all your faults" - Abdullah Ahmad Badawi. hahahhaha....
anonymous,
yang tak jumpa rakyat dekat2 nak pru pun ada, tapi confident menang!
Post a Comment