Life is like whatever song you listen in the morning
Seek and Destroy - Metallica
Kebelakangan ni aku sering didatangani orang-orang yang bertanyakan soalan macam ni kepada aku... "Aku dengar kau nak berhenti ye? Kenapa?!" (read: company ni kan da best da boom, kenapa kau nak tinggalkan company yang da best da boom ni - yang average bonusnya 2.5 bulan, lepas tu boleh dapat ESOS, bla bla bla? kenapa kau nak pergi company lain yang belum tentu da best da boom?)
Sebelum sempat aku jawab, orang yang bertanya tu dah tolong jawabkan, "Kau dapat better offer ke?" Dalam hati aku jawab, "kalau bukan better offer pun, korang boleh masukkan cash dalam akaun aku every month ke?"
Satu lagi soalan yang orang company ni nak tau jawapan dari aku, "kau dapat tak ESOS?" Kan dah ada terms and conditions circulated dalam email, korang tak baca ke?! Mungkin korang confuse? Sebab aku pun confused! Hahahahaha...
Dalam circular yang mula-mula, ada satu clause kata, "Masih berkhidmat pada tarikh Opsyen ditawarkan (Tarikh Tawaran)" - note: last official date aku kat sini ialah 21 Mei 2008, dan tarikh tawaran ialah 17 Mac 2008, so obviously aku dapatlah kan.
Tapi ada satu lagi clause dalam syarat-syarat terperinci katanya, "Once resignation notice is given, the offer shall be become void." So, obviously lah aku tak dapat kan? Oklah sebab hari tu pun, Group CEO aku kata ESOS ni untuk 'staff retention and loyalty to serve the company throughout the demerger process." So, aku ni tak loyal lah pun sebab aku tak sempat pun nanti nak tengok company ni demerged.
Lepas tu, keluar pulak satu lagi clause dalam buku 555 company yang da best da boom ni katanya, "Kecuali aku seorang CEO syarikat, aku akan dapat ESOS 200,000 lot (200,000,000 unit saham), tak kisahlah last day aku esok ke semalam ke, 1 Mei ni aku start kerja jadi CEO kat Maybank ke.." So, obviously lah aku tak dapat kan? Sebab aku bukan CEO dan nama aku bukan Abd*l Wah*d *mar.
(Gambar cilok dari Memo Ubi Rebus)
Corrupt! Corrupt! Corrupt!
Correct! Correct! Correct!
That's why...
Kalau ada lagi orang tanya aku soalan, "kenapa you nak berhenti?" aku akan jawab, "Aku tak boleh lama-lama kat sini, boleh menimbulkan fitnah" tak pun aku bagi penampar je.
Metallica - Seek and Destroy:
Our brains are on fire, with the feeling to kill; and it won't go away until our dreams are fulfilled. There is only one thing on our minds. Don’t try running away `cause you’re the one we will find.
Running, on our way. Hiding, you will be. Dying, a thousand deaths. Running, on our way. Hiding, you will be. Dying, a thousand deaths. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Ahahahaha.......
3 comments:
ko tampar ajer la deo
visit http://mystance.wordpress.com utk berita terkini semasa
rock kapak yooooo!
lord budak,
aku tengah makan kuaci time tu, kalau aku tampar mau kuaci tu termasuk dalam lubang hidung dia sekali.
jingga studies,
rock kapak ke? aku ingatkan MC Hammer. hahahahah
Post a Comment