Tuesday, April 22, 2008

Evolusi nada dering


1. Tajuk entry ni bunyinya ada lebih kurang tajuk filem Melayu yang antara terbaru, "Evolusi KL Drif". Sesiapa yang dah nonton filem yang ala-ala Tokyo Drift ni, sila buat review. Aku nak tau jugak hebat ke tidak filem ni sehebat propaganda yang ditaburkan oleh media massa. Atau adakah ia seperti UMNO sewaktu PRU12 yang cakap besar, propaganda bukan main tapi hampeh, macam taik lembu jatuh ke tanah, kelepek kelepek kelepek...

2. Aku buat entry ni lepas aku terdengar satu lawak jenaka di radio tempatan beberapa hari lepas.

3. Sebelum aku tulis lebih lanjut, aku nak ingatkan bahawa apa-apa yang disebut dalam entry ni adalah secara kebetulan. Bukan sengaja aku nak bangkitkan apa-apa isu/perkara/terms/suasana tetapi memang dah jalan ceritanya macam tu. Nak buat macam mana, kan? Arc, tadahlah tangan segera... haahahahah...

4. Aku mula guna handphone sejak tahun 1999, bermula dengan model Ericsson GH688 (entry model-model handphone yang aku pernah guna kat sini). Setelah hampir 10 tahun berkepit dan berempit dengan handphone, sedar tak sedar BlackBerry aku sekarang ni (secara kebetulan je timbul term ni...) adalah model phone ke-9 yang aku guna.

Dalam sembilan model handphone tu semua, yang paling happening pernah aku pakai ialah model Nokia 3310 lah. Apa yang happening? Bukannya banyak sangat pun features nya kan? Kalau korang pernah pakai handphone ni korang akan appreciate lah ke'happening'annya.

a) LED - asalnya handphone banyak yang LED kat skrin tu warna kuning. Tapi LED kuning ni telah melalui proses ejakulasi evolusi dari kuning ke putih ke biru. So, berebut-rebut lah waktu tu gi kedai handphone nak upgrade warna skrin handphone ke puith atau biru. Aku ingat lagi satu LED tu harga dalam RM5, rasanya. So, kalau nak tukar semua, kena keluar modal dalam RM30 macam tu lah.

b) Number pad. Ni pun mengalami proses evolusi juga, daripada getah (yang original) ke plastik keras yang warnah silver atau chrome. Nampak kelass sikit kalau chrome/silver tu kan?

c) Casing (ke housing). Ni cukup hot! Setiap kali aku pergi pasar malam, mesti aku tapau casing/housing untuk phone aku. Macam-macam design aku ada waktu tu. Kalau rasa macam Manchester United tengah menang dan ala-ala nak jadi juara, aku tukar casing/housing MU. Kalau rasa-rasa nak penampor orang, aku tukar casing/housing gambar tengkorak. Aku tak ingat lah apa lagi casing/housing yang aku ada waktu tu, tapi tak kurang daripada lima designs aku ada, minimum at one time.

Tapi dalam banyak-banyak design casing/housing yang aku ada tu aku tak boleh terima kenyataan kenapa aku beli casing/housing design rokok 555 (tiga lima)?! Mungkin sebab kawan-kawan lain ada yang guna Marlboro, Dunhill, etc., aku nak kelainan so, aku guna design rokok 555. Mungkin juga sebab aku teringat arwah abah (pak angkat) aku yang hingga ke akhir hayat dia, hisap rokok 555.

Aku stop hobi tukar-tukar casing/housing ni lepas aku upgrade kepada Nokia 8890. Hajat memang nak sambung hobi aku tapi casing/housing Nokia 8890 tu makan ratus-ratus ringgit beb! Ni kalau lepas sembilan tahun aku nak sambung balik hobi aku yang dulu tu boleh ke? Ada ke casing/housing untuk BlackBerry aku ni? Hiks...

d) Ringtone - ini memang evolusi habis... tak payah aku nak sexplain lagi lah how it evolves. Dan kerana evolusi nada dering ni jugaklah satu lawak dulu-dulu dah tak boleh digunapakai lagi... (berbalik kepada item no. 2)

Apakah persamaan telefon dan kain di ampaian?
Mana ada lagi orang guna nada dering kerrrinnnngggg kerrrinnnngggg?! Hiks!

5. Dah tak relevan teka teki ni, macam mana dah tak relevannya UMNNO sekarang ni! Hiks! So, bolehlah buat perumpamaan, UMNO sekarang ni 'umpama nada dering kerrriiinngggg kerrrinngggg'...


1 comment:

lilinbiru said...

kl drift.ok la kalu minat tgk cite bising and jerit and seksi-seksian.
aku rasa..fasha sanda sure byk minum air asam jawa lepas berlakon filem tu.suara dia sama je masa cakap, masa marah, masa jerit.jerit jadik kecik skit laa suara dia, macam pipit tercekik gitu.
antara kl drift and tokyo drift.of coz aku lagi prefer fast and furious.haha!!

Related Posts with Thumbnails