Sempat ke Kg Teluk Penyamun siang tadi nak melawat Lady Gaga yang baru melahirkan anak betina bulan lepas. Anak tu aku namakan Novena sempena mengambil nama bulan kelahiran dia dan nama shopping complex kat Singapura yang aku asyik dengar-dengar waktu kat sana hari tu.
Seperti biasa Lady Gaga memang nampak anggun dan bergaya dengan tanduk dia walaupun perut ada sikit buncit lepas beranak. Dan Novena pulak, memang comel. Muka macam mak dia. Yang paling aku suka, telinga dia yang macam keras dan mengembang. Hahahah
Pagi tadi jugak first time aku jumpa Blackrose. Blackrose ni kambing gantian kepada Julie selepas they found out Julie ni jantan sebenarnya (adehhh.... tersilap jantina). Dan first time jugak (aku dah lama tak pergi sebenarnya) aku jumpa dengan Lil' Brown, anak kepada Geena yang lahir sebelum raya lepas.
Lil' Brown ni punyalah takut, asyik berkepit je dengan mak dia. Ada sekali tu aku dapat tangkap dia, menjerit dia panggil mak dia, "emmmeeeeekkkkk emmmmeeeekkkkk" hahaha dan happy aku tengok Geena ni ok je menerima Blackrose sebagai anak angkat dia.
Dan jugak, dalam kandang kambing-kambing aku dan abang aku, tuan ladang tu letak pulak sekor kambing jantan. Macho dan hensem je rupanya. Ni kerja tuan ladang nak bagi kambing-kambing kitorang bunting lagi lah ni. Kita lihat siapa yang kena!
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
No comments:
Post a Comment