Ok. Kat atas tu gambar tangan aku. Soalannya, berapa helaikah bulu-bulu di tangan aku dan apakah jenis syampu yang aku pakai untuk melembut dan memuluskan bulu-bulu tangan aku? Ha ha hah...
No, actually aku nak tunjuk yang kat arrow tu. Nampak tak macam ada benjol sikit? Tu bukan bengkak ke apa tapi tu tulang aku terbonjol. Korang tengok gambar yang ni pulak, tengok perbezaan tangan kiri aku dengan tangan kanan aku. Tangan kanan ok je kan? Tapi tangan kiri ada tulang terbonjol.
Masalahnya, aku tak ingat apa insiden yang membuatkan ada tulang terbonjol ni dan aku pun tak ingat bila yang aku mula sedar yang ada tulang terbonjol ni. Aku rasa, aku rasa je ni... mungkin tulang ni terbonjol lepas insiden aku terseliuh tangan aku dari pergelangan tangan ke siku waktu aku darjah 5 dulu tak silap aku.
Dan masalahnya pulak, minggu lepas tiba-tiba tangan kiri aku jadi macam sakit je. Macam rasa lenguh, macam terseliuh. Lepas tu aku picit kat bahagian terbonjol tu rasa sakit. Biasanya tak sakit. Takde laa pulak aku ada angkat benda-benda berat. Hmmm... adakah effect yang aku terseliuh dulu tu akan terasa selepas say after some 20 years or so? Dr. NSE E139 or Dr. Jingga Studies, please answer.
Tu satu hal. Ni ada satu hal lagi...
Isnin lepas office aku kat tingkat 3 dah mula lengang sebab budak-budak project team dah pindah ke office baru. So, tingkat 3 wing aku tu tinggal dalam 5 orang je, padahal boleh muat dalam 35 orang macam tu. Dalam jam 7 malam tu memang dah sunyi laa. Suspen gak aku, especially waktu team building hari tu ada team buat persembahan cerita hantu - hantu kat ofis. Kureng tau. Then, sebelum balik tu aku ada bergurau dengan kawan aku. Aku cakap, "kalau jumpa hantu lawa, ok apa?"
Malam tu ok je takde laa aku rasa apa-apa. Then, around jam 2.30 to 3.00 pagi aku mimpi ngeri sangat. Tak laa ngeri macam bunuh-bunuh ke tapi mimpi seram. Tah pasal apa bulu tengkuk aku meremang semua, aku pergi living room. Housemate aku masih ada kat situ tengah buat kerja. Aku pandang dia, dia pandang aku. Then slowly dia whisper kat aku, "dia datang dah... datang dah..." Then, aku toleh kat arah yang housemate aku cakap tu.
Aku tak nampak sangat anything dengan jelas. Cuma macam ada bayang-bayang kain putih yang ditiup angin. Aku mula lah nak baca apa-apa ayat yang patut. Masalahnya, aku nak sebut bismillah pun macam tak boleh nak sebut jelas. Macam melekat bibir aku ni. Then aku terjaga dari tidur aku. Cheh! Tapi memang meremang segala bulu aku waktu tu. Aku bangun kejap.
Lepas tu aku tengok arah tingkap bilik aku yang terkangkang je. Mak aaiii seram lah pulak tidur dengan tingkap terbuka ni. Dah le depan bilik tu macam hutan, then laut selat tebrau. Mengerikaaannnn... (ikut gaya Sarimah dalam Diari AF). Aku pun tutup tingkap, pasang lampu tidur then pelan-pelan aku boleh lah tidur.
The next day tu, aku macam tak selesa nak tidur. So aku pasang audio mengaji sepanjang malam tu. Tapi aku bukak sikit tingkap bilik aku. Nothing happened. Tapi esok paginya waktu nak mandi, aku tengok cermin. Kat dada aku kat area lurah dendam tu ada macam dua bintik kesan luka. Jarak antara dua bintik tu dalam setengah inci. Ini bintik yang macam kena kuku kucing, ataupun gigitan kucing dengan taring dia tu.
Kalau nak kata aku tercakar badan sendiri, tak mungkin sebab aku tidur pakai baju. Lagipun takde kesan cakar. Takdelah sakit, cuma mandi pagi tu pedih sikit laa sebab luka kan? Tapi aku takdelah ambik port sangat cuma aku cakap kat housemate aku yang aku kena gigit dengan dracula.
Tadi, aku saje laa cakap kat aku punya spiritual advisor yang aku kena gigit dracula. Tapi dia kata bukan dracula, tapi binatang bertaring dua. Aduuuhhhh lagi laa aku suspen. Dia suruh aku gi check dengan doktor kot-kot berbisa ke apa kan? Tapi masalahnya, ni dah berlaku dua hari lepas dan takde pulak sakit atau bengkak kalau nak katakan benda ni berbisa. Pastu aku tanya dia, apa dia binatang yang bertaring dua duduk dalam rumah??? Mengerikaaaaannnnnn.....
Ini lah penangan banyak sangat dengar lagu Jerangkung Dalam Almari. "Apa ada dalam kamus, ada juga di dalam diri. Apa ada dalam diri, ada juga di dalam kamu..."
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
4 weeks ago
4 comments:
ada yang bekenan dgn lurah dendam ko bro...hehe
alamek..baca entry kau ni deo buat aku seram sejuk la pulak dok kat bilik hotel ni sengsorang huhuhu..
Deo, tetek ko tetek seposen ke duaposen, sampai ada hantu yg berkenan ekekekeke
ishh mengerikan, nyesal aku baca entry ni di kala weekend! huhuhu
joe, lawak!! kekekekekekeke
-DeLinn-
Post a Comment