Saturday, April 25, 2009

Different round of sleep


Sekarang jam 12.30am. Aku kat Puteri Resort, Melaka ni ada team building. Aku sorang-sorang kat bilik ni. Patutnya aku share dengan house mate aku tapi dia kena balik KL sebab wife dia, si Ed kena fly to USA esok malam for a month. Kesian house mate aku, so bagi chance laaa segala aktiviti-aktiviti yang sepatutnya sebelum wife dia pergi US kan? Dan kesian jugak dengan anak kecik diorang tu, baru 4 bulan macam tu. Kesian jugak anak yang second kecik, kena tinggal jugak. Dah le house mate aku balik KL on weekends je. *menitis air mata sambil aku type perenggan ni tau, Ed! heheheh...

Anyway, aku tak boleh tidur lagi ni. Aku rasa aku jet lag laaa. Sebab kalau kat Abu Dhabi, sekarang baru jam 8.30pm. Tapi, malam semalam ok je aku tidur jam 12.30am. Mungkin itu sebab aku penat drive KL-JB then sampai JB, aku kemas-kemas (unpack) barang-barang aku. Tak pun mungkin sebab dalam bas JB-Melaka tadi, aku dah tidur dalam sejam. Punyalah sakit tengkuk aku tidur dalam bas tadi. Almaklum, dah biasa tidur flat bed dalam flight. Ecececece... sure nak termuntah korang baca ni. Lantak situ, entry ni aku nak buat korang lagi termuntah. Hahahaha...

Actually, gambar-gambar ni aku nak publish waktu entry aku yang baru sampai hari tu. Tapi, hotel tak provide free broadband connection pulak. Kalau nak pakai broadband, kena bayar 80 dirham (around RM80) sehari. Aduuuuhhh... hotel high-class, rate mahal-mahal pun tak mampu nak bagi free broadband. On the other hand, sure orang hotel pulak kata yang aku ni duduk hotel rate mahal-mahal pun tak mampu nak bayar pakai broadband yang RM80 sehari tu kan?

Sebenarnya, bos aku suruh get connected dan bayar je berapa pun tapi setakat nak check email, bukak attachment, pastu check sape yang dok bergebaaaannnggggg je kat tag box, aku rasa tak berbaloi laa bayar RM80 sehari tu. Daripada aku bayar RM400 untuk broadband connection for 5 days, baiklah aku beli souvenir apa-apa yang patut seperti mug ke apa ke bawak balik dirham tu dan convert balik ke RM, kan?

Anyway, ni gambar-gambar kenangan untuk aku laaa yang pertama kali travel under the expenses of the current company I'm working for, pertama kali jugak aku travel in business class, pertama kali jugak aku travel to middle east sampaikan waktu nak landing kat Abu Dhabi tu, aku siap cakap dalam hati, "I've never seen so much sand!!!" Mana taknya, pasiiiiiiiiirrrrrrrr je keliling. Selalunya, waktu nak landing tu, nampaklah laut ke hutan ke kan? Amazing!

Walaupun aku naik Gulf Air je, bukannya MH atau Singapore Airlines ataupun Emirates ataupun even Etihad, it's still satisfying...



and traveling in style loh... ekekekek membaca bahan-bahan ilmiah wo! Ini gambar waktu dalam position skema, sebelum aksi-aksi tertonggeng dan tergolek dog atas flat bed tu. Heh!



haa... dan budak ni pulak travel macam dia duk kat bilik dia kat rumah je. Dengan macam-macam barang permainan dia, dengan beg warna pink dia, doll dia, alat-alat mewarna dia, sambil main sambil tengok kartun.



Dasat betul laaa kecik-kecik dah naik business class. Aku ni umur 32 tahun barulah nak merasa. Ini baru business class, agaknya umur berapa laa aku dapat naik first class ek? Mau waktu umur aku 50 kot? Heheheh.... aku terbayang je nanti waktu tu, aku tengok ada sorang budak in early 20s dah naik first class. Pastu aku tanya laa kat dia kerja apa semua, dia kata dia buat business sendiri. Pastu, bila aku tanya nama dia, dia jawab "Jibr*iel Al*i". Mau je aku kirim salam penuh maut kat bapak dia kan? Ekekekeke...

Ni gambar satu scene dari cerita Slumdog Millionaire yang aku tak pernah nonton lagi sebelum trip aku ni. Cuba korang teka ni scene yang mana?



Ekekekke... Ni scene budak tu tengah ber@k kat dalam jamban kayu. Lepas tu dia dengar orang ramai jerit "Amitabh Bachan, Amitabh Bachan!!" Dia nak keluar dari jamban tu tapi pintu jamban tu terkunci dari luar. So, dia picit hidung dia dan terjun ke bawah, ke dalam sekawah t@!k sambil satu tangan memegang gambar Amitabh Bachan untuk diotograf. Lepas dia terbolos ke dalam sekawah t@!k tu, dia bangun dan keluar, pastu berlari-lari di celah orang ramai menuju ke arah Amitabh Bachan sambil seluruh badan dia diselaputi t@ik.

Dan ni pulak gambar butang-butang seat aku. Ni waktu malam (return flight).



Butang DND tu, maknanya "Do Not Disturb", bukannya "Disco n' Dangdut" ok. Butang "Please Disturb" pulak ada kat remote control. Aku tekan je butang tu, berlari stewardess datang kat aku. Ekekekeke... Yang butang ada bentuk macam wave/angin tu pulak, butang untuk massage kat belakang badan, bahagian pinggang macam tu. Tapi tak kuat sangat laa massagenya, tak macam kerusi Osim tu. Aku rasa kalau kat first class baru massage macam kerusi Osim kot?

Nanti aku cerita lagi lah last part aku kat Abu Dhabi.

Ok lah, aku nak rehearse lagu Noraniza Idris - Ya Salam ni seround, sebab esok group aku kena buat performance tarian zapin. Aku tak reti menari zapin ni. Kalau belly dancing, aku rasa aku reti laa sebab baru je aku tengok kat Abu Dhabi hari tu. Oppsss... Untuk performance esok, aku nyanyi je. Part yang "Ya salaaaammmm, ya salaaaammmm, senandung ya salaaaaaammmmm..." ramai-ramai tu.

Adios!


6 comments:

nOe suhaimi said...

wahhh..bess nyer awak..bila la dapat g abu dhabi

puding_melo said...

syoknya budak pompuan tu.

Anonymous said...

biasanya orang pi umrah pun naik flight ni...transit abu dhabi..next journey ingat ko sambung pi jeddah kot...dah dekat tu..

edrina said...

deo.. apa pasat tepon hubby malam2.. kacau daun tau.. hak hak hak

Deo said...

edrina,
hahhahaah sorry. kau salah kan hotel tu ngok! aku ingat, aku salah bilik rupanya dia kasi dua key cards tapi rupanya, bila kau activate one card, the other one deactivated. bongok tak bongok?!

tak sangka pulak awal betul hubby sampai rumah?! mencanak-canak dia drive agaknya ek? hahahahah

edrina said...

ha..ah mmg bongok hotel tu.. tak pernah dibuat dek hotel2 lain lagu tu..bongok sekali lagiks kat hotel tu hahahaha

Related Posts with Thumbnails